saya masih ingat lagi peristiwa 10 tahun lalu yang menimpa saya di tempat kerja.
ketika itu, 'appraisal' atau penilaian prestasi kerja sedang dijalankan. macam biasalah, pengurus saya akan memberi markah tinggi kepada 'orang-orangnya'. saya pelik, kalau dapat markah penuh, mestilah kualiti kerja terbaik, kehadiranpun terbaik, 'rating story' yang dibuat mestilah terbaik juga.
tapi, itu bukan nilaiannya.
setiap kali, orang-orangnya jugalah yang mendapat markah penuh. ada sekali, saya sepatutnya mendapat markah penuh, tetapi, tidak diberikan dengan seadil-adilnya, kerana katanya terpaksa mengikut kuota untuk itu.
saya amat kecewa, markah saya dikurangkan dalam menghadiri kursus yang dijalankan. kursus yang saya hadiri melebihi adalah 21 jam, tetapi pengurus tersebut meletakkan 13 jam, kursus minimum adalah 15 jam bagi setahun. sayapun mempersoalkan keputusannya.
"kak s kenapa beri saya kursus ni 13 jam, sedangkan saya hadiri 21 jam, kenapa padam (liquid paper)?"
"tak boleh dik, nanti kau dapat 5, dah tak boleh, sebab kita ada quota" jawab kak s.
saya amat kecewa kerana terang-terangan dia menidakkan hak saya. sejak itu, di kolum komen mengenai 'appraisal' saya tak pernah isi. kecewa.
pemimpin yang menyalahguna kuasa. dalam hati, saya tidak meredhai keputusannya. sebab saya bekerja di bawahnya beberapa tahun dan saya tidak diberi penilaian sewajarnya.
terus saya berdoa dalam hati, "ya Allah, jika inilah hak aku sepatutnya dapat, aku redha, tapi, kalau ia bukan, aku tuntut di akhirat ya Allah. Engkaupun tahu bagaimana aku bekerja, aku memberikan segala-galanya untuk syarikat, tetapi, inikah pemimpin yang menidakkan hakku. Ya Allah, hanya kepada Engkau aku mengadu, aku serahkan segala-galanya kepada Engkau."
hanya itu yang saya dapat lakukan. mungkin ada yang memandang remeh. tetapi, bagi saya, ketidakadilan amat ketara. kenapa orang-orangnya mendapat bonus tinggi sedangkan hasil kerja asal buat, datang lewat, meng'ular' (hilang)?
perangkap makan tuan.
bonus saya selalu kurang daripada orang-orang kak s, tetapi, alhamdulillah Allah berikan ketenganan pada saya. masalah kerja tidak ada, selalu mendapat pengiktirafan orang teratas. tetapi, dibawahkan oleh pengurus kak s. tak apa, Allah Maha Adil. itulah pujukan hati saya bila terasa 'down'.
Tahun lepas. lain cerita kak s. orang kesayangannya mengenakannya. kini, kuasanya diambil alih oleh staf yang disayangi. bos besar lebih mendengar kata-kata kosong stafnya. dia kini terkontang-kanting. apa sahaja cadangannya tidak diterima.
tetapi, tahun ini dia membuat strategi baru, dia mengambil staf yang boleh menurut perintahnya tanpa soal. tidak serik lagi.
bekerja dengan kak s meninggalkan kesan mendalam. kebanyakan kerja kita akan diakui adalah kerja-kerjanya, ideanya dan pelbagai lagi. sebab itulah dia mudah naik pangkat. tak kisahlah, itu pangkat dunia. hidupnya pun tidak seindah pasangan lain.
saya pula jenis yang meluahkan kebenaran yang memungkinkan orang tidak suka. manakan tidak? jika kerja tidak memberi kebaikan atau menghasilkan yang baik, pasti saya akan memberi cadangan. tetapi, ini tidak disukai. banyak cadangan saya ditolak. akhirnya beberapa bulan atau setahun atau beberapa tahun kemudian, cadangan saya diguna. tetapi, ia bukan lagi milik saya...jadi milik orang lain...
ya lah, bila kita dah cadang lama, orang tak nak pakai, siapa yang ingat, kecuali orang-orang yang menjadi saksi. bila kita dah keluar dari program tersebut, idea kita dijadikan idea mereka.
tak apa, saya redha, sebab di akhirat, di dunia yang kekal, Allah akan membalas.
itu yang saya dapat.
serahlah diri kita bulat-bulat pada Allah. pasti tidak mengecewakan sedikitpun.
Alhamdulillah, setakat ini, Allah memelihara saya. saya bersyukur. Hanya Allah yang tahu apa terbaik untuk saya.
Sabar.. Pandainya mereka kan!!!
ReplyDeleteKita nak ketenangan. Biar mereka kekalutan. Tidur mereka tak lena, dik!
Tidur kita lena sangat. Allah ada.. Janj Allah benar..