semalam saya menonton tv9 rancangan tanyalah ustaz. agak menarik topiknya. ia berkenaan mendidik anak-anak remaja.
sebelum itu, ustaz tersebut membacakan surah paling pendek, iaitu al kautsar.
bagi yang merasa sedih, tidak tenteram. bacalah surah ini. caranya.
1. ambil segelas air mineral atau air yang tidak dimasak
2. bacalah 3 kali surah al kautsar - tiup
3. minumlah dan sapu sedikit pada wajah
insyaallah segala yang mengganggu fikiran akan berkurangan...dan jangan harap ayat ini saja yang akan menghilangkan segala-gala masalah.
pastikan, kita sentiasa ingat Allah. mintalah kepadaNya setiap masa yang termampu.
No comments:
Post a Comment