sejak saya keluar (berhenti kerja) dari pejabat lama, tidak ada sesiapa lagi yang beramah-tamah dengan saya dari situ. walaupun yang pernah rapat dengan saya.
kecuali kak zana saja yang masih berhubungan dengan saya.
biasalah bila kita tiada apa-apa kepentingan pada mereka, buat apa nak mesra lagikan?
saya masih ingat kawan-kawan dari sana, tetapi, ada tak kawan yang ingat saya? mungkin tidak.
saya juga pernah rapat dengan KL ni. saya jugalah yang menjadi pemandunya apabila dia ingin berjumpa dengan ustaz. kadang kala panas juga hati ni bila dia tak sabar-sabar nak pergi, nak ikut masa dia saja tanpa memikirkan sangat masa kita. tapi, mungkin orang tak nampak. saya ikut saja.
saya tahu, dia mengalami masalah rumahtangga. tapi, sekalipun saya tak pernah bertanyakannya kerana dia sendiri tidak ingin memberitahu saya. saya hanya mendengar daripada teman-teman di pejabat. saya ingin menjaga air mukanya. maklumlah mungkin dia segan memandangkan kami belajar bersama-sama.
tapi, biasalah adat manusia. mudah lupa. bukan saya mahu dia menghargai pertolongan saya. tidak. tidak sama sekali. saya hanya inginkan dia menjadi insan berhati murni.
saya terkilan apabila dia terlalu percayakan pada senior kami di pejabat yang gilakan glamor. senior ni jenis yang tidak boleh orang lain melebihi dia. saya tahu sangat kerana saya pernah bekerja di bawahnya. dan orang lain yang pernah bekerja dengannya pun mengadu hal yang sama. dia akan menjatuhkan sesiapa yang boleh melebihi dia.
kl ni terlalu percayakan senior ni. tapi, saya tak tahu pula kalau kl ni pernah mendengar senior ni asyik mengadu domba hal kl yang tidak menunjukkan prestasi dalam kerjanya.
kami selalu melihat kl diperkeldaikan oleh senior ni. kesian.
oh ya berbalik kepada kl dengan saya. pernah satu ketika saya menelefon kl untuk bertanyakan sesuatu. satu soalan sahaja. dengan agak keras, dia kata dia sibuk. saya berkata kepadanya, bukan saya nak bersembang lama. sekejap sahaja. satu soalan sahaja.
saya tahu benar suara orang yang tidak menyenangi panggilan kita. saya cuma ingin bertanyakan mengenai langganan majalah solusi saya yang dihantar ke pejabat. langganan solusi tu dihantar ke pejabat lama. tak sangka pula dalam ramai-ramai yang bekerja di sana, seorangpun tidak 'ingat' pada saya. mengenepikan majalah tu dan kumpulkan semula untuk saya ambil nanti.
kami berdua berlanggan majalah yang sama kerana saya yang membawanya pergi ke pejabat telaga biru. seingat saya waktu tu, langganan saya masih ada lagi. tapi ia hilang. dah beberapa bulan saya tidak menerimanya. saya menghubungi bekas pelatih bertanyakan soal majalah tu. tapi, katanya tidak ada.
saya agak kecewa kerana kepada pelatih tersebut, berbuih-buih mulut saya berpesan kepadanya untuk menyimpan baik-baik segala surat menyurat saya yang ada di situ. apa nak buat. saya bukan orang penting.
berbalik kepada kl. apa yang hendak dimarahkan kepada saya? sayalah penemannya bila dia nak makan, (itupun bila senior tu tak ada, kalau ada sebelah mata kitapun dia tak pandang).
bukalah mata luas-luas. orang yang awak anggap sebagai orang paling baik di situ, tidak ikhlas dengan awak. segala kelemahan kl ramai yang dah tahu. tapi, semuanya buat kabur mata.
tak sangka pula saya, orang yang saya anggap sebagai teman, rupa-rupanya kawan sahaja. betapa murahnya harga diri manusia yang mudah lupa erti persahabatan. erti bersilaturrahim.
nak tergelakpun ada. ada sesetengah tu menghubungi saya semata-mata mahukan nombor telefon seseorang.
biasalah. adat dunia. tapi, saya tak gelisah situasi sebegini. saya ada Allah. saya rasa lebih tenang.
No comments:
Post a Comment