Thursday, March 29, 2012

baru niat dah dapat balasan sedekah

beberapa tahun lalu, bila teman saya pulang ke kampung, saya selalu berpesan padanya supaya memberitahu saya.  dia berasal dari taiping, di utara perak. 


katanya di kampungnya ramai juga orang susah yang memerlukan bantuan.  dia juga seorang yang suka bersedekah.  


mendengarkan beberapa kisah yang disampaikan kepada saya mengenai mereka yang susah ini, saya terpanggil untuk sama bersedekah mengikut kemampuan saya.   


jadi, satu hari dia memberitahu saya, dia nak pulang ke kampung lusanya.  alahai, masa itu sudahlah agak hujung bulan, dia pula beritahu lambat.  nak tak  nak saya terpaksa mengadakan juga jumlah wang untuk disedekahkan.


semakin nak bersedekah, amboi-amboi semakan terasa kedekutnya. tapi, saya nekad juga.  rasanya saya ke bank mengeluarkan wang asb.  seribu ringgit saya keluarkan.  tapi, saya nekad nak sedekahkan 500 ringgit.  bagaimanapun wang tersebut hanya boleh diserahkan pada jumaat esok hari memandangkan teman saya cuti pada hari khamis.


aduh, kuat sungguh bisikan syaitan.  asyik terngiang-ngiang, ruginya kalau saya sedekahkan 500 kerana boleh dibuat banyak perkara.  tapi, dalam hati terlintas juga.  ish malunya aku pada Allah kerana dah niat nak bersedekah RM500 tapi takkan aku nak kensel.  tak apalah, kalau aku terdesak...mesti ada jalan, boleh puasa, jadi belanja tak banyak.


subhanallah.  esok paginya, saya dapat cek dari Lembaga Hasil Dalam Negeri yang memulangkan rebet wang untuk beberapa tahun.  jumlahnya, buat saya terduduk.  


RM5000 ringgit tertera pada cek.  


padahal, saya belum memberikan wang RM500 untuk disedekahkan kepada teman saya.  


alhamdulillah, petangnya teman saya datang untuk mengambil wang sedekah tersebut.  dan saya teringat ia adalah 2 minggu pertama bulan Ramadhan.  


subhanallah, Allah Maha Kaya.  dia beri cash lagi hanya dengan berniat sahaja.  alhamdulillah saya berjaya mengalahkan syaitan yang menghasut saya.  mujur saya tetap meneruskan niat saya.


ini bukan cerita rekaan.  ia adalah pengalaman yang sebenar.  


saya ada lagi beberapa kisah sedekah, yang ingin saya kongsikan lagi, samada dari diri saya sendiri mahupun dari orang-orang keliling saya.


jom...niatkan ikhlas kerana Allah dan ingatlah, setiap rezeki kita itu adalah rezeki yang Allah amanahkan untuk orang lain. 


Allah menggantikan pemberian ikhlas kita melalui caranya yang unik.

No comments:

Post a Comment