Friday, March 30, 2012

pentingkan diri

kadang kala kita lupa perbuatan kita boleh membawa kepada sesuatu yang terkeluar daripada nilai murni.


setiap daripada diri kita, pasti ada sikap pentingkan diri.  cuba lihat apabila kita mendapat 'sesuatu'.  misalnya apabila jiran kita membenarkan kita mengambil buah mangga epal yang masak dengan jumlah yang kita ingini.


sudah pasti kalau boleh kita nak mengambil sebanyak yang mungkin.  dalam kepala kita dah terbayang kepada siapa yang ingin kita berikan.  


saya yakin di antara jiran sebelah rumah kita yang lain, ia jatuh ke nombor yang entah ke berapa.  dalam kepala kita dah ada, suami atau isteri atau anak-anak atau ibu bapa.


bila kita dah mengait buah, kita akan mencari buah tercantik dan terbesar dan yang masak elok.


ataupun semasa kita berkumpul bersama jiran-jiran  lain di bawah pokok ara yang rendang di tepi sungai yang mengalir jernih.  di situ ada 5 orang bersama kita.  


datang pula seorang jiran lain membawa 20 biji buah manggis yang besar dan segar.


tiba-tiba kita terfikir, ah..ada 5 orang je...lebih banyak ni.  ni mesti keluarga aku suka.


tanpa kita sedari kita mengambil mungkin 5 biji dan disimpan untuk dibawa pulang. padahal kita terlupa, jiran kita membawa buah itu untuk dikongsi bersama-sama dengan jiran-jiran lain yang berada di situ.  


mungkin ada seorang dua jiran yang lebih memilih untuk menikmati manggis tersebut bersama-sama di situ.


kita pula 'terlupa' yang kita berada bersama-sama kumpulan lain tanpa keluarga.


adalah lebih murni, jika hendak membawa pulang, manggis tersebut hanya setelah jiran-jiran kita makan dan tidak lagi berkehendakkan manggis yang terlebih, barulah kita boleh membawa pulang baki manggis.


mungkin juga semasa kita menikmati manggis, ada pula jiran lain yang singgah sebentar di 'port' kita tadi.


memanglah keluarga kita penting, tapi, kita perlu tengok situasi yang bagaimanakan kita 'dibolehkan' mementingkan diri.



No comments:

Post a Comment