kaki 'pau'. itulah gelaran diberi teman saya kepada seorang teman lain yang sering minta dibelikan makanan untuknya ataupun suruh orang belanja makan.
mungkin ini perkara remeh bagi sesetengah kita. ya lah, setakat belanja makan atau minta dibelikan makanan, apa salahnya tak?
kalau sekali sekala tak kisahlah. ramai juga yang jadi mangsanya. kami lihat hampir separuh daripada teman sepejabat menjadi mangsanya supaya membelanja dia makan.
tak pernah pula dia belanja orang lain makan. nak tergelak. tapi, strategi dia ni pandai. bawalah apa saja, dia akan memuji makanan tu sedap dan minta dibelikan atau dibawakan lagi kepadanya.
mangsa pertama, y. masa tu keluar musim 'prosperity burger'. hahaha sedar tak sedar y kena belanja dia makan. masa dia orang dok sibuk dengan 'prosperity burger' dan y teringin nak makan, ajaklah si kaki pau. apa lagi beria-ia la kaki pau ni nak, tapi bersyarat kena belanja dia makan.
kita kalau minta belikan kalau teman kita pergi makan tapi lupa nak tapau kat kita atau ajak kita, kita dah tak kisahkan? tapi, dia ni lain sikit, bila dapat tahu saya dan ya pergi makan 'prosperity burger' terus dimarahnya kerana tak tapau untuk dia. dia tak fikir masa tu kami ada kerja luar pejabat yang perlu dilakukan dan pukul 3 petang baru kami sempat makan tengah hari. itu je makanan terpantas yang kami dapat santap.
nak tak nak, satu hari, y terpaksa belikan juga.
mangsa kedua bos. saya lihat bos ni rajin sangat belikan makanan untuk dia. rupa-rupanya y gitau kena pau. hahaha
ada sekali tu kami ada mesyuarat. hampir tengahari bos bermesyuarat dengan bahagian kami. entah macamana disebabkan terlanggar waktu makan. pandai juga si y ni pau bos minta belanja kami 'prosperity burger' lagi. bos bagi RM100 untuk 8 set. dah tentu tak cukup. jadi senyap-senyap saya tambah lagi RM50, ye lah mana cukupkan? lagipun 'delivery' charge ada lagi. lebih sejam menunggu sampailah makanan kami. harga seratus ringgit lebih. kalau tak silap saya bakinya dalam dua puluh ringgit atau kurang sikit daripada tu.
disebabkan saya tambah dengan ikhlas hati, saya menunggulah baki wang. sampai sekarang tak dapat sebab si kaki pau ni buat tak tahu. nak minta segan la pula. kalau dia guna duit itu untuk kami mesyuarat lain kali tak kisahlah. ni tidak.
seterusnya, y sekali lagi jadi mangsa. ada sekali tu kami makan di jaya33. saya tak kisah 'go dutch'. tapi, yang lain nak kira sekali. logik la juga sebab, teman saya order macam-macam, tapi kami merasa, jadi, kenalah bayar sekali. kira pi kira mai dalam RM20 seorang bagi 5 orang. hari ni saya diberitahu y, kaki pau cuma bayar RM13 je dengan alasan dia tak ada duit waktu tu, lain kali dia bayar. tapi, sampai sekarang dia senyap.
sebelum tu y terkena juga. dia minta y dahulukan RM50 ditransferkan ke satu akaun - dia beli barang tapi kena bayar segera. mulanya y keberatan memandangkan dia perlu ke luar daerah esoknya.
si kaki pau dengan lantang berkata, ala kak y, transfer je la, bukannya saya tak bayar, esok saya transferla duit akak. bukannya susahpun.
aduh, dia nak pinjam tapi agak kasar. memandangkan dia ni agak lepas cakap, si y pun transfer la.
hehe nak dapat balikpun bukan senang, terpaksa y beberapa kali sms si kaki pau minta dipindahkan wang ke akaunnya. itu pun secara paksa dengan alasan perlu duit.
kami bukan berkira. tapi, kerap sangat. tak perlu saya catatkan di sini beberapa peristiwa saya dengannya.
tapi, kami tak kisah nak belanja siapapun. sukarela. dia ni lain sikit. caranya mengungkit dan kadangkala memaksa la pula.
gajinya boleh tahan. tapi, agaknya dia terlupa kalau kita sedekah atau belanja orang makan, selain dapat pahala, Allah akan tambah lagi rezeki. tapi, jarang sekali kami dapat rasa 'belanja' makannya kepada kami.
tapi, lain kali kena berhati-hati dengan orang macam ni. sebab kadang kala masa dia 'paksa' tu masa tak kena, duit cukup-cukup je.
jangan mudah berjanji nak belanja makan. kena orang camni susah sikit.
dan bila orang nak belanja kita, jangan pula kita memilih lauk atau menu mahal. agak-agakla. biar orang nak belanja tu pilih menu. saya fikir seeloknya begitu. lainlah dia kata ambil apa sahaja.
apapun setiap yang berlaku ada hikmahnya.
No comments:
Post a Comment