Saturday, March 10, 2012
sedekah yang dibalas Allah
percayalah, sedekah dengan ikhlas pasti dibalas Allah. kan Allah yang memberi rezeki.
jika anda sering ke bank cimb, maybank di taman tun dr ismail yang bertentangan dengan simpang empat yang ada pam minyak esso dan mobil, pasti anda terserempak dengan mereka yang mengutip derma di depan pintu bank-bank yang saya nyatakan.
mereka ini adalah pemungut derma dari pusat tahfiz.
seringkali bila saya nak keluarkan duit, insyaallah saya akan sedekahkan. jumlah pula bergantung kepada 'rasa nak bagi' pada masa tersebut. itulah, saya ni manusia biasa, kadang kala masa masukkan wang dalam tabung ada diniatkan kerana Allah dan kadang kala masukkan macam tu je. nak cepat.
saya bukan nak riya'. yang ingin saya kongsikan di sini adalah balasan Allah. sungguh. mudah-mudahan sesiapa yang membaca blog saya ini diharap tidak cop yang bukan bukan ya mengenai sedekah saya ya.
begini. hari khamis malam jumaat lalu, saya ke bank nak keluarkan duit. saya agak dalam akaun, cuma tinggal RM700 je. sebab akaun ni memang jarang digunakan, ye lah duit pun cuma untuk kecemasan saja.
bila nombor pin dah ditekan, selalunya saya terus tekan jumlah, tah, kali ni terlintas nak tengok jumlah pulak. bukan apa takut jumlah yang nak dikeluarkan tak cukup...nanti buat malu je kalau kena tolak.
bila jumlah terpapar, saya terkejut. manakan tidak, jumlah akaun tu dalam RM2,900 lebih. ish, mustahil betul. seingat saya, saya tidak menambah duitpun dalam akaun tu je.
yang saya tahu, semasa kemaskini, duit cuma ada dalam RM200 je. RM500 pula bayaran dari abang saya yang meminjam bulan lepas.
tah antara percaya dengan tidak, saya cuma ambil RM200. macam bingung la pulak. dari mana datangnya duit tersebut.
sampai di rumah, saya menelefon abang saya, bertanyakan jumlah wang yang dimasukkan ke akaun. jawabnya, RM500.
pelik. mungkin ini semua adalah balasan Allah kepada sedekah saya sebelum itu.
jangan berkira masa bersedekah. yang penting istiqamah biarpun sedikit, tapi, bila ada rezeki banyak tu, lebihkanlah sikit. saya selalu teringat, sebahagian daripada rezeki kita sebenarnya ada rezeki orang lain.
bersedekahlah, selain dapat pahala, balasan juga akan kita terima samada di dunia mahupun akhirat. hanya Allah sahaja yang dapat tentukan. bila bersedekah tu, mesti ikhlas.
bentuk sedekah pula banyak, mungkin sedekah tenaga, belanja orang makan dan macam-macam lagilah. saya percaya anda semua biasa bersedekah.
dan balasan juga bukan dalam bentuk wang sahaja, malah mungkin kesejahteraan hidup, kesihatan, keselamatan diri adalah termasuk dalam rezeki kita yang Allah balas.
cubalah. lagi kita rasa kekurangan, masa itulah elok kita bersedekah. lagi kita rasa kedekut, lagi eloklah bersedekah.
tak pernah pun dalam sejarah dunia, orang jatuh miskin disebabkan bersedekah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment