Sunday, March 11, 2012

menyanyi boleh, mengaji?


melihatkan banyaknya program hiburan di kaca televisyen, kita dapat agak ke mana arah tuju remaja kita.  biarpun realitinya, tidak ramai yang berjaya hingga menjadi terkenal sebagai penyanyi, masih ramai yang tidak putus asa.  semuanya ingin bergelar artis.


mak saya pernah berkata, "amboi kalau bernyanyi semua boleh, kalau suruh baca quran, boleh dak?".  ini bukannya apa. kita sebagai orang islam, masih menjadikan tuntutan agama kita pada 'level' nombor dua.


tak faham, ada yang masuk pertandingan realiti nyanyian dengan alasan ibu sakit, impian ibu bapa dan pelbagai lagi alasan.  hinggakan kalau penyertaan ditolak, sanggup meraung kecewa.


malah dalam pertandingan kategori ini pula, hadiah yang ditawarkan amat lumayan berbanding pertandingan berbentuk agama.  


adakah penyertaan muda mudi disebabkan tawaran hadiah ataupun impian menjadi terkenal dengan hidup mewah?


kadang kala agak menyedihkan, ramai peserta terdiri daripada bangsa Melayu dan beragama Islam.  


bila dah terkenal atau agak-agak nama dikenali, terlupalah pula mengenai halal haram.  ramai artis beragama Islam melakukan perkara yang sah-sah dilarang Islam.  antaranya ada yang memegang anjing bagaikan membelai kucing dengan alasan cetek, kering sama kering tak apa. aduh.


ada pula media cetak pernah melaporkan artis Islam suka makan daging yang memang sah sah haram.  wallahu 'alam.  minuman pula, saya pernah melihat artis terkenal yang menjadi pujaan, memegang gelas berisi air beralkohol selamba saja.  terkejut pun ada.  tapi, dia tak kisah dan wartawan bertugas serta penganjur tak ada yang tegur pun.  


namun, saya gembira dan menyambut baik, apabila ramai juga artis yang sekarang menjadikan tuntutan agama sebagai perkara utama dalam hidup.  artis perempuan ramai juga yang menutup aurat dan mengehadkan pembabitan mereka kepada watak yang tidak keterlaluan.


saya agak, mungkin ada  yang tidak setuju dengan pendapat saya di sini.  kalau tak ikut seperti artis barat, bukan artis namanya.  ya..terserah.


bagaimanapun, saya tabik kepada artis Iran, banyak filem mereka yang saya pernah tonton berkualiti tinggi.  kisah yang diketengahkan pula berkisar kehidupan sosial di negara mereka.  


biarpun tiada adegan panas (mungkin ada tapi saya tak pernah pula tonton) filem mereka telah diiktiraf di beberapa pertandingan berprestij di Hollywood.  tak perlu pakai seksi, tak perlu adegan ganas, tak perlu apa-apa yang seangkatan dengan filem barat yang kadang kala agak keterlaluan, tapi, mereka menang juga.


dan kepada remaja serta belia malaysia, saya harap jangan lupa diri, lupa agama dan hanyut di arus kealpaan.



No comments:

Post a Comment