semalam di pejabat saya bawakan beberapa biji mangga yang dibeli di pasar malam sungai penchala.
sampai saja di pejabat, terus saya letakkan bungkusan mangga tersebut di atas meja yang kami jadikan meja makan.
hampir pukul lima petang saya lihat, sedikitpun buah tersebut tidak diusik. terdetik dalam hati, takkan saya nak bawa balik semula mangga tersebut.
tanpa membuang masa, terus saya bawa mangga tersebut untuk dicuci di sinki. saya bawa semula mangga yang siap dicuci di meja makan untuk dikupas kulitnya.
siap saja, sayapun terus memanggil teman sepejabat untuk merasa buah yang dibawa.
alhamdulillah, saya bersyukur kerana buah yang saya bawa manis rasanya. biasalah bila ada rezeki tak ramai yang bersyukur. manakan tidak, mangga manis dikatakan tidak sedap. mereka nakkan mangga yang masam manis.
hai, bukan senang saya nak tentukan manis ke tidak. sebab setahu saya ramai yang suka rasa buah manis, ini tidak, mangga yang masak ranum, harum baunya dikatakan TIDAK SEDAP.
bila makan ada yang kata, "eii...masak sangat, geli la nak makan, manis sangat." sambil menggeleng kepala, ala ala geli bila makan gitu.
mujur saya tak rasa marah, cuma masa tu terlintas, macam ni pun ada. tak bersyukur dengan nikmat yang diberi Allah.
alhamdulillah, habis juga. tak apa, saya tetap akan membawa buah mangga manis ke pejabat, andai ada rezeki lagi kalau dapat dibeli di pasar. biarpun mereka berkata, "lain kali bawalah mangga masam".
bukan saya yang tentukan rasa masam atau manis...Allah juga yang berkuasa.
lain kali bila saya bawa, akan saya panggil mereka yang sempat rasa sedikit saja buah tu dan sukakan rasanya.
pengalaman ini saya jadikan, iktibar untuk saya tidak mengada-ngada bila ada orang yang memberi rezeki kepada kita.
bagi anda yang membaca, kita ikutla Rasulullah sullullahu 'alaihiwassalam yang tidak pernah mencerca makanan biarpun tak sedap.
No comments:
Post a Comment