ihsan google - cantik bertudung
"orang yang jual tudung ni buat orang yang niat nak pakai tudung ni terbantut nak pakai tudung, mahallah". itulah kata-kata daripada teman-teman apabila melihatkan pelbagai jenis tudung dijual dengan harga yang berbeza.
ihsan google - tuntutan agama
bagi saya, itu adalah kenyataan paling tidak adil. bertudung adalah menutup aurat. tuntutan agama Islam. silap saya juga, tidak cuba pertahankan semata-mata nak menjaga hati. insyaallah bila ayat itu keluar lagi daripada mereka. kali ini saya tidak akan diam.
mereka memberi alasan. penjual tudung menjual dengan harga mahal hingga mencecah ratusan ringgit.
bagi saya, bukan harga yang menjadi persoalan. di malaysia pelbagai jenis tudung dijual. (jangan la buat lawak termasuk dengan tudung saji atau tudung periuk pulak). ada harga yang murah dan kualiti kainpun agak baik.
ihsan google- menutup aurat wanita islam WAJIB
pelik juga mereka yang berfikiran begini. alat make up, kasut berjenama, pakaian yang harga ratusan ringgit, tidak pula mereka merungut. malah setiap kali jika ada wang, itu bukan menjadi soalnya.
tudung pula menjadi persoalan, seolah-olah mereka tidak mampu.
saya pula mula memakai tudung ketika usia tiga puluhan. saya menyesal sangat kerana pakai tudung pada usia itu. alangkah bahagianya saya jika saya memakai tudung lebih awal. nikmatnya lain.
wahai wanita, sanggupkah kita menghadapi seksaan api neraka? sehelai rambut yang terlihat bukan muhrim, balasannya seksaan amat pedih. panas terik di duniapun kita tidak sanggup. terluka sikitpun kita merungut dan mengaduh sakit.
wanita tidak akan nampak hodoh jika menutup aurat dengan betul. ilmu kita boleh belajar dengan bebas. malah apabila kita menutup aurat dengan pakaian yang betul. kecantikan pasti terserlah. lihatlah wanita arab, biarpun berpurdah, kecantikannya membuatkan kita rasa iri.
wahai wanita, marilah kita menjaga maruah kita, tinggikan darjat kita di sisi Allah. nikmat syurga lebih baik daripada nikmat dunia.
No comments:
Post a Comment