Wednesday, April 18, 2012

kualiti budah nak bekerja dah menurun

pagi tadi di radio ikim.fm membincangkan pelatih yang dibuli.  saya agak, perbincangan ini dipilih berdasarkan kes doktor pelatih yang mati akibat terlebih ubat tempoh hari bagi menghilangkan tekanannya.

saya masih ingat ketika saya sebagai pelatih dulu, memang agak teruk juga 'bekerja' atau lebih tepat masa untuk menimba ilmu.

masuk 9 pagi, balik pula lebih daripada tengah malam. sabtu ahad pula jarang bercuti.  tapi, disebabkan kerana minat untuk menambah ilmu, ia bukanlah halangan untuk saya mengadu domba kepada keluarga, betapa teruknya 'bekerja'.  walaupun teruk, tapi saya amat seronok bekerja.

tapi zaman sekarang pula lain.  ada pula pelatih yang datang belajar lebih sudu daripada kuah.

sepanjang pengalaman saya, ada beberapa kerat sahaja yang memang belajar bersungguh-sungguh. tapi, ada ramai pula yang sekadar nak memenuhi buku log sahaja.

saya seringkali dituduh sebagai garang.  tapi, biarlah, walaupun saya dituduh macam-macam kalau mereka sendiri tak nak belajar, tak juga mereka pandai.

saya bersikap tegas.  saya nampak sangat kalau saya bersikap lembut, kerja lambat disiapkan sampai berhari-hari, arahan kita tak diendahkan.  tapi, bila saya tegas, cepat pula dan tepat.

malangnya, pengurus saya bukannya nak menyebelahi tindakan kita, malah lebih percaya pada pelatih.  ha, bila saya dah tak masuk campur, pandai pula mengadu itu ini mengenai kedegilan pelatih.  

mana taknya, bila menemuramah, entah sesiapa dia orang ambil.  bila buat kerja, tak betul-betul, tak sesuai untuk dimasukkan dalam rancangan tv langsung, tapi, disebabkan kita tak nak mereka tertekan, kita pun ajar dengan sebaiknya.  mereka ni ramai yang main-main.  yang mereka tahu nak glamor aje.

tapi, kualiti mereka sekarang tak sama dengan zaman saya dulu.  kalau nak ambil bekerja pun kita fikir 2, 3 kali.

bosan saya dengan kerenah budak-budak.

No comments:

Post a Comment