Saturday, April 21, 2012

Allah Maha Mendengar

seketika dulu, aku agak geram bercampur marah dengan pihak pengurusan.


apa saja yang aku buat, ada je yang tak kena.  biarpun aku buat sebaik mungkin, itu ini masih lagi kurang.


tapi, aku sering tak faham.  walaupun apa yang dibuat orang lain memang sah-sah tak kena, tak ikut apa yang pengurusan mahu, diterima pula.


kata mereka, ia kreatif.  hello? kalau dah satu tugasan ambil masa sebulan nak siap, memangla hebat.  buat pula di rumah, siapa tak nak?


tapi, adakah sebagai pemimpin, anda berlaku adil?


aku bukan nak kata aku bagus, tidak terlintas di hatipun.  tapi, yang membuatkan rasa tidak adil, ramai yang bertanya pada aku, apa maksud sebenar kisah yang hendak disampaikan?


aku sentiasa bersikap positif, tapi, tugas pemimpin itu yang berat sebelah.  alasan diberi, cantik visual.  lain daripada lain. 


tup tup, kali ini berbalik pula kepada cara lama.  konon, penonton lebih suka kepada penceritaan cara lama.  masa aku ambil alih, itu ini tak kena.  


geram tu memang la geram.  profesional? 


aku pernah bekerja dengan orang yang sama lebih 10 tahun lalu.  


apalah salah aku, aku pun tak tahu.  apa saja aku buat tak boleh, tak kena.


bila aku kena bekerja dengan dia semula, akhirnya aku akur, aku kena lebih profesional.


alhamdulillah, doa aku, Allah dengar. cuma, masa tu ambil lama sikit untuk aku bersabar dengan ujian yang Allah cuba padaku.


aku ni cepat melenting juga.  aku sangka dengan aku berkongsi masalah, ada orang yang cuba memberi aku jalan.  rupanya tidak.  


membatu apikan (hehehe) ada la. aku tahu, dia pun tidak mahu aku menjadi lebih baik daripada dia.  


akhirnya, aku mencari jalan keluar.


terima kasih kepada mereka yang tidak mahu melihat kejayaanku.  terima kasih kepada mereka yang pilih kasih.  terima kasih kepada mereka yang memfitnah aku.  terima kasih kepada mereka yang memandang rendah padaku.  terima kasih kepada mereka yang terasa amat hebat dariku hingga menghina tempat aku mencari rezeki sekarang. terima kasih kepada mereka yang bermuka-muka kepadaku.  terima kasih kerana menyakitkan hatiku.  terima kasih kerana sanggup menyisihkan aku dengan cara kotor demi mengambil posisiku dulu.


kini, aku faham, Allah memberi aku pengalaman untuk aku belajar sikap manusia.


Allah Maha Mendengar.  moga kalian tidak tersungkur.  doaku.


Alhamdulillah, hanya kepadaMu ya Allah aku memohon dan Engkau memakbulkan.

2 comments:

  1. Salam Kak Cik... kadang-kadang frust tu bagus.. semangat untuk kita MEMBINA DIRI.. jadi lebih KUAT (bukan macam dalam iklan sabun KUAT HARIMAU tu ye).. jadi lebih BAGUS (Kak Cik sekarang pun memang dah bagus dah).. jadi lebih KREATIF (dalam kehidupan luar kerja pun)...

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya, saya masih belajar. Belum bagus lagi. Saya masih mengkaji. Lagipun hidup ini penuh diuji. Saya bersyukur kita tak terlajak. Alhamdulillah. Semua itu, boleh dijadikan pengalaman dan kenangan untuk iktibar.

    ReplyDelete