Sunday, November 17, 2013

hujan rahmat



Assalammualaikum,

Ha.. punyalah lama tak 'update', sebabnya, sibuk juga, dan lagi satu asyik menangguh nak update... dan terakhir, malas... 

 Apa kena mengena rambutan kali ni kan?  Aha, sebabnya saya paling suka waktu hujan.  Foto ini diambil semasa saya berada di rumah abang di Hulu Langat.  

Hari ini, cuaca agak lembab, bila hujan je, bonus untuk saya, seronoknya melihat keindahan alam bila hujan.


 Bila dah hujan saya membayangkan saya berada di rumah dikelilingi bukit bukau yang menghijau, ada anak sungai... 

Rambutan ni akan masak dalam 2 bulan lagi kot.  Cantik je saya tengok buahnya, nak kata lebat, taklah pula, tapi, bolehlah kalau setakat nak merasa sebiji dua.

Teringat pula pokok rambutan di kampung, dah besar mana ye... rindu nak balik... 

Saya ni lain sikit, orang selalu dok kejar rambutan yang lekang, saya pula dok kejar rambutan yang masam, tetapi, bila masak dia berair dan manis pula.

Rambutan masam ni kalau buat jeruk, paling sedap tau. Sekarang ni dah susah nak jumpa rambutan masa sebab tuan punya akan tebang, tak ada orang nak makan.

Saya pula suka, masam masam manis rasanya memang menggamit memori masa zaman kanak-kanak di rumah tok saya. 

Semua sepupu dan saudara mara akan bertumpu di pokok rambutan yang lekang dan manis serta tebal isinya, saya pula, dok sorang-sorang bawah pokok rambutan masam tapi masak ranum.

Semua orang kata saya ni pelik.. tak kisahlah pelik ke apa, tapi, bila mereka dah merasa rambutan kegemaran saya, hmmm akhirnya mereka pula melekat di pokok tu...huhuhu saya pula dah tak dapat merasa sangat...


Nanti bila masak dah buah ni, saya akan muat turun gambar ye.. dan rasanya nak tulislah apa-apa je aktiviti yang menarik nanti...



No comments:

Post a Comment