Tuesday, November 19, 2013

5 A - 3 kali air mata mengalir


Saya ingin kongsikan situasi yang berlaku :

Seorang pelajar UPSR dengan berdebar-debar menunggu keputusannya di sekolah.

Guru besar tiba dan membuat pengumuman, hanya  9 pelajar sahaja yang mendapat 5A dengan menunjuk ke arah mereka di depannya.  Namanya tiada.

Terus sms kepada ibunya memberitahu namanya tidak disebut, jadi, dia gagal mendapat 5A.  Dalam esak tangisnya, dia sms lagi kepada ibunya, tak apalah dapat 4A pun jadilah.

Tiba masa gurubesar umumkan nak beri sijil penghargaan kepada pelajar 4A dahulu.

Dia masih berdebar-debar lagi.  Seorang demi seornag pelajar naik ke pentas menerima sijil.  

Gurubesar umum, tamat sudah pemberian sijil kepada pelajar 4A.

Namanya tiada lagi.

Sedih, sambil menangis, dia sms ibunya lagi, Ma, kakak tak dapat 4A pun, semua nama cikgu dah bagi untuk 4A.  Dapat 3A pun jadilah, tapi, kakak takut abah marah.. nanti abah tuduh kakak tengok tv sangat, nanti abah kata tu la asyik tengok cerita korea..

Sekali lagi dia menangis...tapi masih lagi menaruh harapan dapat 3A.

Sedih kecewa masih bersisa di hatinya.

Aduh, nak tunggu pengumuman siapa dapat 3A pun lambat sangat terasa...kena tunggu pula pemberian sijil kepada pelajar 5A.

Seorang demi seorang pelajar 5A naik ke pentas.  

Tiba-tiba dia terdengar namanya diumum, eh... betul ke, dia masih tidak berganjak... sebab ramai pelajar yang nama sepertinya.  

Namanya diumum lagi, kini, sah dialah yang dipanggil... Terus dia menangis kerana dia juga pemilik keputusan 5A.  

Dia tak tahu, adakah tangisannya adalah tangisan kegembiraan atau tangisan daripada rasa lega kerana tidak akan dimarahi abahnya...

Dan inilah perasaan seorang di antara pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan UPSR mereka.

Bagi yang ibu bapa tidak tegas, mereka menerima seadanya.. dan pelajar yang berharap mesti ada dilema.

Bagaimanapun, paling mengejutkan ada ibu bapa menghadiahkan kereta mewah... 

Perjalanan masih lagi jauh... waktu masih berdetik... mudah-mudahan anak-anak bangsaku berjaya...dalam hidup dan menuju kejayaan yang diredhai Allah... bukan untuk dunia saja mesti berjaya.. akhirat pun wajib.



1 comment: