Monday, November 18, 2013

GRADUAN PILIH KERJA?



Pagi tadi semasa memandu ke tempat kerja, saya bukalah siaran radio IKIM.FM.  Topik dah separuh jalan mengenai graduan yang masih mencari pekerjaan.

Terkejut saya, apabila kerajaan punyalah usaha untuk membantu graduan bekerja, tapi, hakikatnya ramai yang MEMILIH pekerjaan.

Ada kes, di Gua Musang, Kelantan, graduan tersebut tidak mahu bekerja di luar daerah kelahirannya, kerana terlalu selesa berada di kampung.

Agak-agak macamana bakal jurutera ini nak bekerja di situ.  Pihak skim latihan 1Malaysia dahpun mendapatkan pekerjaan di sebuah syarikat yang besar dan terkenal, tapi, dia menolak kerana nak bekerja di Gua Musang juga... Habis tu, siapa yang salah ni?

Ada kes lain pula, mak bapak beria-ia pergi ke EPU isi borang bagai, bila tanya, anak yang nak memohon di mana sekarang?  Jawab, ibu bapanya, kat rumah.

Ada juga bila ditawarkan skim ini, siap berkata lagi, kalau hanya RM1000 je elaun yang dapat, ia adalah kecil, kerana ada seorang graduan ini siap membalas, "kalau saya jual telefon bimbit dalam 3 hari sahaja saya boleh dapat RM1000 dengan senang...

Kalau nak cari kerja tapi banyak songeh, siapa lagi yang kita nak salahkan?  Dah tolong macam ni pun masih banyak alasan.

Tapi, barang diingat tak semua graduan yang menyertai skim ini berperangi begitu.  Ada juga yang bersungguh-sungguh menerima dan akhirnya, sekurang-kurangnya dalam 'resume' bila nak minta kerjakan.. cantik sikit... ada pengalaman setahun.

Jangan terkejut, kebanyakan adalah anak-anak Melayu.  

Apa salahnya mereka masuk ke dalam skim ini daripada duduk di rumah goyang kaki.  Kalau ibu bapa yang mampu, tak apalah, tapi, kalau ibu bapa yang biasa-biasa atau berada pada paras kemiskinan?

Skim 1Malaysia ini diwujudkan bagi membantu lepasan universiti untuk menerima latihan yang diperlukan sebelum mereka bekerja. Kebanyakan syarikat memerlukan pekerja yang berpengalaman. 

Tapi, kalau beginilah situasinya... fikir sendirilah kenapa ramai orang asing mengisi kekosongan jawatan di sini... 

Dan siap lagi anak-anak tempatan marahkan pentadbiran... konon tak prihatin... tapi, kalau tak berusaha, manakan dapat sagunya, kalau tak dipecahkan ruyungkan..

Fikirlah untuk masa depan... 

Kalau yang masih menganggur, silalah ke laman www.epu.gov.my


No comments:

Post a Comment