Wednesday, November 27, 2013

RAHSIA ORANG DULU-DULU : BILA DATANG HAID, SUCIKANLAH


aerospike page

Assalammualaikum,
Setiap kita yang bergelar perempuan akan melalui beberapa peringkat dalam hidup.  Paling penting, apabila usia mencapai akil baligh aka menjadi wanita sempurna bila mana didatangi darah haid setiap bulan.

Mungkin ada yang pelik, perkara macam ni pun saya nak menyibuk.  Kalau ada yang merasa tidak penting, bagi saya, ia penting.

Sebagai orang Melayu yang penuh dengan adab sopan dan Islam pula yang indah peradabannya... jom kita renungkan.

Apabila masuk ke tandas wanita, kita yang ingin membuang hajat, inginkan suasana bersih.  Tapi, apa anda rasa bila masuk, darah haid penuh di atas pelapik mangkuk tandas?  

Ada pula yang menitis di lantai?  Kenapa tidak dibersihkan?  

Saya geram, apabila banyak kali saya terjumpa dengan keadaan mangkuk tandas, lantai tandas dan tempat buang sampah serta buang tuala wanita yang kotor dan bertompok-tompok darah.

Selain jijik, tak segan ke kita dengan keadaan yang sebegini? Apa kata apabila kedatangan haid, pastikan diri kita juga bersih.  Ke mana saja kita pergi pun bersih.  

Bila nak menukar tuala wanita, apa kata bersihkan dulu.  Orang dulu-dulu pesan, wanita mesti cucikan pelapik / tuala wanita bersih baru dibuang.

Caranya?  Sebelum dibuang ke dalam tong tuala wanita, apa kata bersihkan dengan air, (takkan nak rasa jijik, lagipun darah sendiri)...

Basuhlah tuala wanita itu hingga tiada lagi darah pada air yang mengalir pada tuala wanita.  Dah bersih, ambil kertas suratkhabar atau tisu, balut elok-elok dan barulah dibuang.

Mudahkan?  Selepas buang hajat, dah bersihkan diri tu, sebelum keluar tandas, pastikan tiada titisan darah di mangkuk tandas, tiada juga di lantai, bersih.

Pili air jangan biar jatuh di lantai, sangkut elok-elok.

Orang dulu-dulu amat menjaga kehormatan diri.  Ia adalah rahsia penting wanita dan amat memalukan apabila rahsia diri yang pengotor terdedah.

Banyak tempat yang saya pergi, bila masuk tandas, aduh amat memalukan.

Bagi kita yang berbangsa Melayu Islam, tolonglah beritahu kepada anak-anak perempuan supaya bersihkan diri dan juga perbuatan apabila datang haid.

Cucilah tuala wanita itu dan buanglah dengan elok-elok.  Kalau seorang buat, lama-kelamaan ramai yang buat akan bersihlah.  

Tidaklah tandas itu menjadi makhluk lain bersarang dan tidaklah akan ada kisah seram.  Jin dan iblis wujud.  Fikirkan di manakah dan apakah makanan kegemaran mereka?  



AARON ANDERSON PAGE

No comments:

Post a Comment