Sunday, November 24, 2013

MISTERI : ANJING BERKUMPUL KALA MALAM JUMAAT


Assalammualaikum,


Semasa belajar dulu di UiTM Shah Alam, banyak juga la kejadian pelik berlaku, walaupun saya tidaklah berjumpa dengan makhluk bukan sedunia dengan kita terang-terangan.

Kisah yang ingin saya kongsikan ini berlaku apabila kami akan menghadapi peperiksaan akhir semester.

Saya tak ingat semester berapa.  

Saya menginap di Kolej K5 yang pintu depannya masa tu mengadap kawasan hutan kecil.  Hairan juga saya tak pernah nak ambil tahu ada apa di sebalik pagar kolej.

Ok, setiap malam Jumaat, mesti ada beberapa ekor anjing berkeliaran.  Pelik la juga, kenapa malam-malam lain dia tak datang.

Di belakang kolej pula, ada kaki lima berbumbung yang menghubungkan kolej K5 dengan kolej-kolej lain dan juga kolej S. 

Di sebelah kiri kolej pula ada makmal menyimpan barangan, tak tahu pula barangan spesifiknya... tetapi ada la nampak kerusi meja patah atau rosak.  

Bertentangan dengan makmal tu pula ada gelanggang badminton... jarang kami menggunakannya.. malas kot.

Oh ya kolej saya dulu dekat sangat dengan tempat makan pelajar... dinamakan K Inn.  Ha sesiapa yang pernah belajar di situ mesti tahu... zaman awal 90an...

Satu malam tu, saya rasa rimas, panas, gelisah.. tak tahu pasal apa.  Mungkin peperiksaan nak dekat, saya gementar kot, banyak yang nak kena ingat dan masa yang sama tugasan perlu diselesaikan.

Tiba-tiba terdengar bunyi anjing menyalak... saya buat tak kisah sebab ia perkara biasa bagi saya... makin lama makin banyak.  Saya tak kisah juga.

Masa tu cuma saya dan 2,3 orang kawan je yang tak tidur lagi.  Saya ni bukan kaki belajar sangat... tapi lepak tu adalah.

Entah macamana tiba-tiba anjing yang menyalak tu, bertukar melolong.. alamak... bulu roma dah meremang... 

Saya bukak tingkap.. saya intai.. dan nampak sekumpulan anjing membuat bulatan di gelanggan badminton.  Yang anehnya, ada seekor tu melolong di tengah-tengah.  Manakala anjing yang lain pula melihat saja anjing yang tengah tu melolong.

Oh ya, mereka membentuk bulatan, cantik, bulat betul, padahal anjing jer...yang sekor tu dok kat tengah bulatan... amacam?

Anjing yang di tengah tu melolong sambil memandang ke arah bulan.  Lupa pula waktu tu bulan penuh ke tidak.  Saya ni suka tengok bintang dan bulan waktu malam... jadi, tak pelik sangat.

Dalam pada itu, sempat lagi saya mengira berapa ekor... Kira punya kira.. dalam 9 atau 11 ekor tak ingat,tapi angka ganjil.  

Saya masih tak percaya apa yang saya lihat... jadi, saya pun memanggil teman sedorm saya untuk melihat di luar sambil bertanyakan beberapa soalan..

Dia pun mengintai dari tempat saya berdiri... terus dia terdiam.. dan sempat juga menjawab soalan saya.. Alah, soalan saya tu, saya tanya, betul ke anjing ada 9 atau  11 ekor tu dan buat bulatan,  di tengah-tengah ada seekor yang memandang ke bulan sambil melolong?  Dia mengiakan...sampai sekarang saya pelik kenapa berlaku pada malam jumaat je?

Apa lagi dia terus tutup tingkap dan menuju ke katil.  Di luar pula anjing-anjing tu bertambah rancak melolong.. alahai, meremang la pulak bulu roma saya... terus saya menuju ke katil dan.. apa lagi.. tidur le.. lampu pun tak tutup... takut... 

Oh ya, kejadian tu saya buat tak kisah sangatlah biarpun.. perasaan seram ada... tapi betul juga, kalau kita buat tak kisah... perkara tu taklah mengganggu kita sangat...

Ada lagi beberapa kisah yang berlaku...semasa di K5.. nanti saya sambung lagi yer... 


No comments:

Post a Comment