seketika dulu, aku agak geram bercampur marah dengan pihak pengurusan.
apa saja yang aku buat, ada je yang tak kena. biarpun aku buat sebaik mungkin, itu ini masih lagi kurang.
tapi, aku sering tak faham. walaupun apa yang dibuat orang lain memang sah-sah tak kena, tak ikut apa yang pengurusan mahu, diterima pula.
kata mereka, ia kreatif. hello? kalau dah satu tugasan ambil masa sebulan nak siap, memangla hebat. buat pula di rumah, siapa tak nak?
tapi, adakah sebagai pemimpin, anda berlaku adil?
aku bukan nak kata aku bagus, tidak terlintas di hatipun. tapi, yang membuatkan rasa tidak adil, ramai yang bertanya pada aku, apa maksud sebenar kisah yang hendak disampaikan?
aku sentiasa bersikap positif, tapi, tugas pemimpin itu yang berat sebelah. alasan diberi, cantik visual. lain daripada lain.
tup tup, kali ini berbalik pula kepada cara lama. konon, penonton lebih suka kepada penceritaan cara lama. masa aku ambil alih, itu ini tak kena.
geram tu memang la geram. profesional?
aku pernah bekerja dengan orang yang sama lebih 10 tahun lalu.
apalah salah aku, aku pun tak tahu. apa saja aku buat tak boleh, tak kena.
bila aku kena bekerja dengan dia semula, akhirnya aku akur, aku kena lebih profesional.
alhamdulillah, doa aku, Allah dengar. cuma, masa tu ambil lama sikit untuk aku bersabar dengan ujian yang Allah cuba padaku.
aku ni cepat melenting juga. aku sangka dengan aku berkongsi masalah, ada orang yang cuba memberi aku jalan. rupanya tidak.
membatu apikan (hehehe) ada la. aku tahu, dia pun tidak mahu aku menjadi lebih baik daripada dia.
akhirnya, aku mencari jalan keluar.
terima kasih kepada mereka yang tidak mahu melihat kejayaanku. terima kasih kepada mereka yang pilih kasih. terima kasih kepada mereka yang memfitnah aku. terima kasih kepada mereka yang memandang rendah padaku. terima kasih kepada mereka yang terasa amat hebat dariku hingga menghina tempat aku mencari rezeki sekarang. terima kasih kepada mereka yang bermuka-muka kepadaku. terima kasih kerana menyakitkan hatiku. terima kasih kerana sanggup menyisihkan aku dengan cara kotor demi mengambil posisiku dulu.
kini, aku faham, Allah memberi aku pengalaman untuk aku belajar sikap manusia.
Allah Maha Mendengar. moga kalian tidak tersungkur. doaku.
Alhamdulillah, hanya kepadaMu ya Allah aku memohon dan Engkau memakbulkan.
Saturday, April 21, 2012
Thursday, April 19, 2012
aku teringin nak pergi haji
lebih kurang 2 bulan lepas, aku dapat tahu ada seorang kawan aku nak pergi jumpa seseorang di tabung haji. dia nak bawa seorang selebriti jumpa orang yang berkenaan. selebriti tu nak bagi surat rayuan untuk mak ayah dia pergi haji tahun ni.
bila dah dapat tahu, akupun nyatakan hasrat aku nak ikut serta, sebab mak aku teringin sangat nak pergi haji dah beberapa tahun. aku dah buat surat tahun lepas, tapi tak ada rezeki.
jadi, tahun ini bila aku dapat tahu daripada kawan ni aku pun naklah ikut.
hemm. aku sedar siapalah aku. dia tak hubungi aku langsung. aku agak dia dah pergi dengan selebriti tu jumpa orang tabung haji.
masa aku nyatakan hasrat tu pun dia macam tak berapa gemar aku ikut serta, dia kata pergilah sendiri. ish. aku ni seganlah juga.
tapi tak apalah kalau orang tak sudi buat apa aku dok terhegeh-hegeh lagi. sendiri mau fahamlah.
aku faham. Allah mesti nak aku minta terus padaNya buka minta bantuan orang lain. kan?
dulu kawan aku ni pergi haji pun melalui orang yang dia kenal. dia dapat pergi. mungkin ini juga rezeki dia.
tapi, kenapa dia boleh tolong bawakan selebriti tu dan tak nak bawa aku? oh.. aku sedar aku ni dah tak kerja di tempat yang sama lagi.
itukah nilai murni yang ada padanya?
ya Allah, Kau perkenanlah doaku supaya aku dan mak aku serta abang-abang aku dapat menjalani ibadah haji dan memperoleh haji mabrur.
amin.
kenapa masih lagi sesak? jem sana jem sini?
pagi tadi masa nak pergi kerja, aku jenguklah kat luar tingkap apartmen aku,"oh, jenuhla kalau jem sampai macam tu..."
ni kalau saya redah juga untuk ke pj, lebih daripada sejam baru sampai walaupun pejabat hanya dalam 12 km sahaja.
tapi, demi mencari rezeki halal, semua tu saya tak kisah. harap-harap, saya tidak mudah jemu meredah jem yang tak sudah-sudah.
sayapun tak faham kenapa la jalanraya kita tidak lancar. yang saya tahu, jalan asyik dibaiki, ditambah sana sini tapi, macam tu juga.
pernah bila hujan sikit, ha parahlah jugak. mana tidaknya, jem, pernah dari pejabat ke rumah saya, ia mengambil masa lebih 2 jam. huh..nak jerit camana lagi? redah je la.
tapi, redha je la.
| trafik lambat sangat bergerak, tak dapat nak zoom sebab guna kamera telefon |
tapi, demi mencari rezeki halal, semua tu saya tak kisah. harap-harap, saya tidak mudah jemu meredah jem yang tak sudah-sudah.
sayapun tak faham kenapa la jalanraya kita tidak lancar. yang saya tahu, jalan asyik dibaiki, ditambah sana sini tapi, macam tu juga.
pernah bila hujan sikit, ha parahlah jugak. mana tidaknya, jem, pernah dari pejabat ke rumah saya, ia mengambil masa lebih 2 jam. huh..nak jerit camana lagi? redah je la.
tapi, redha je la.
Wednesday, April 18, 2012
kualiti budah nak bekerja dah menurun
pagi tadi di radio ikim.fm membincangkan pelatih yang dibuli. saya agak, perbincangan ini dipilih berdasarkan kes doktor pelatih yang mati akibat terlebih ubat tempoh hari bagi menghilangkan tekanannya.
saya masih ingat ketika saya sebagai pelatih dulu, memang agak teruk juga 'bekerja' atau lebih tepat masa untuk menimba ilmu.
masuk 9 pagi, balik pula lebih daripada tengah malam. sabtu ahad pula jarang bercuti. tapi, disebabkan kerana minat untuk menambah ilmu, ia bukanlah halangan untuk saya mengadu domba kepada keluarga, betapa teruknya 'bekerja'. walaupun teruk, tapi saya amat seronok bekerja.
tapi zaman sekarang pula lain. ada pula pelatih yang datang belajar lebih sudu daripada kuah.
sepanjang pengalaman saya, ada beberapa kerat sahaja yang memang belajar bersungguh-sungguh. tapi, ada ramai pula yang sekadar nak memenuhi buku log sahaja.
saya seringkali dituduh sebagai garang. tapi, biarlah, walaupun saya dituduh macam-macam kalau mereka sendiri tak nak belajar, tak juga mereka pandai.
saya bersikap tegas. saya nampak sangat kalau saya bersikap lembut, kerja lambat disiapkan sampai berhari-hari, arahan kita tak diendahkan. tapi, bila saya tegas, cepat pula dan tepat.
malangnya, pengurus saya bukannya nak menyebelahi tindakan kita, malah lebih percaya pada pelatih. ha, bila saya dah tak masuk campur, pandai pula mengadu itu ini mengenai kedegilan pelatih.
mana taknya, bila menemuramah, entah sesiapa dia orang ambil. bila buat kerja, tak betul-betul, tak sesuai untuk dimasukkan dalam rancangan tv langsung, tapi, disebabkan kita tak nak mereka tertekan, kita pun ajar dengan sebaiknya. mereka ni ramai yang main-main. yang mereka tahu nak glamor aje.
tapi, kualiti mereka sekarang tak sama dengan zaman saya dulu. kalau nak ambil bekerja pun kita fikir 2, 3 kali.
bosan saya dengan kerenah budak-budak.

hari lahir bos
hari ini hari lahir ketua pegawai eksekutif kewangan, encik adnan. dia pun tak sangka budak-budak di pejabat nak bagi kejutan.
sebenarnya kalau sambutan hari jadi ini, 'the thought that counts'. itu yang membuatkan kita tersentun terutamanya kepada mereka yang menyambut hari lahir. selamat hari lahir ya cik nan.
saya sempat bertanya kepada anak cik nan, apa hadiah dia bagi kepada ayahnya? baju yang dia pakai hari ni l ah... oh...baju baru rupanya....jalur hitam tu.
bagi saya bila teman-teman buat kejutan, memang yang kita langsung tak sangka, membuatkan kita tersentuh, gembira dan macam-macam perasaan berbaur.
seronok tu memang tak boleh nak dikata. memanglah ia bukan budaya kita. tapi, tak salahkan ada orang meraikan hari lahir kita. dan yang pasti, bersama azam untuk menjadi terbaik.
tahun ini, saya pula berazam untuk menjadi insan yang dirahmati Allah selalu. mudah-mudahan Allah melindungi saya daripada sebarang perkara yang tidak disukaiNya.
Ya Allah, lindungilah aku sebagaimana Engkau lindungi nabi dan rasul yang Engkau kasihi. Amin.
| blueberry cheese cake menjadi rebut an |

Wednesday, April 11, 2012
kerenah manusia : gempa di acheh, sumatera indonesia
![]() |
| arkib tsunami google |
status fb bersilih ganti dengan maklumat terkini mengenai gempa di acheh berukuran 8.7 skala richter.
bila membaca komen orang ramai, saya kecewa dengan komen sinis mereka yang tidak ada empati langsung. ada yang mengutuk satu status dari media online. ada pula yang membuat komen sangat bodoh.
memanglah, bila tak terkena batang hidung sendiri, perkara serius sebegitu dipandang enteng. kalau dah jadi pada ahli keluarga sendiri baru tahu.
saya kasihankan mereka ni yang tidak dapat menggunakan akal dengan baik. sepatutnya kita memberi perangsang dan berdoa mudah-mudahan ramai yang 'alert'.
saya inginkan negara saya ada generasi yang berakal lagi cerdas.
Tuesday, April 10, 2012
doa bila menghadapi stress
siapa yang tak pernah 'stress' ye tak? tambahan pulak kalau kerja berlambak dan kena 'meet deadline'. dah banyak kali aku rasa.
masa aku google terjumpa la doa hilangkan stress. bab doa ni. janganlah kita mengharap ia menjadi waktu tu juga. kena ikut adab. kena yakin dan minta bersungguh-sungguh kepada Allah. insyaallah.
kepada semua yang membaca ni, selain solat khusyuk. elok dibaca doa di atas ni.
memang mujarab. aku pun pernah rasa stress berat...hehehe guna ayat indonesia. alhamdulillah. rasa ringan dan semua yang datang dapat dihadapi dengan tenang.
alhamdulillah.

| ihsan darul syifa. |

Subscribe to:
Posts (Atom)