Friday, April 8, 2016

RESEPI : MASAK LEMAK SIAM - RESEPI DARIPADA ORANG SIAM SENDIRI



ok, ni resepi masak lemak siam, memang sedap.  pertama kali mencuba mak dah puji.  kakak ipar pun suka tapi tetiba dia kata kalau buh ubi kentang lagi sedap.  hmm dia ni tekak lain sikit.  bila dah tambah yang bukan resepi asal.  memang lari lar rasanya.  ada la beberapa menu dia sesuka hati tambah ubi kentang, tambah asam limau.. hilang rasa original.



Bahan-bahan ;

setengah kilo daging lembu atau kerbau pastikan daging ada lemak sikit (sukatan suka hati) hiris nipis
secawan terung belanda / terung pipit
secawan santan pekat
2 cawan santan cair
20 biji cili padi - ditumbuk halus
2 batang serai diracik - tumbuk halus
2 jari belacan
2 ulas bawang putih tumbuk kasar
4 ulas bawang merah ditumbuk kasar
setengah inci kunyit hidup / 1 sudu teh kunyit serbuk
secubit gula




cara membuatnya
1. daging direbus bersama santan cair, api perlahan ye, kalau api kuat daging terkejut dan jadi liat, kalau nak cepat buh sudu besi
2. bila dah dekat nak empuk masukkan semua bahan-bahan masak lain  beberapa minit - santan pekat jangan masuk lagi
3. bila daging dah lembut, masukkan santan pekat, api biar perlahan supaya santan tak pecah, bila masak cantik je
4. dah masak sebati, angkat hidang.



No comments:

Post a Comment