Wednesday, December 1, 2010

susah benar nak puaskan hati semua orang

hai, susah benar nak puaskan hati semua orang.  ada je yang kita buat tak kena.  itulah hakikatnya.  tak kiralah dalam pekerjaan ataupun hidup seharian.

teringat kisah daripada ceramah yang saya dengar. itupun daripada kaset yang penerbit kanan al-kuliyyah beri.  rezeki tu.

di sini saya ingin kongsi bersama kisah seorang lelaki bersama anak kecilnya dan juga unta.

pada satu hari, si lelaki ni menunggang unta bersama anak lelakinya ini untuk ke daerah lain.

sampai je di satu kampung, tetiba ada orang bersuara, "apa la lelaki ni, tak berperikemanusiaan langsung.  ada ke dia dan anaknya tu menunggang unta, dua orang sekali. kesian unta tu terpaksa menanggung beban berat di belakangnya."

apabila sahaja si lelaki ni terdengar kata-kata orang kampung tersebut, diapun turun daripada unta dan membiarkan anaknya seorang tu saja duduk di belakang unta tu.

sebaik sahaja dia tiba di kampung lain, tiba-tiba terdengar orang-orang kampung itu berkata-kata.  "apa la lelaki tu, bodoh benar dia.  ada ke dia bagi anaknya sorang menunggang unta dan dia pula mengheret unta itu.  anaknya kan muda lagi, dia pula dah tua, sepatutnya dia yang tunggang unta tu, bukan anaknya. bukankah itu kerja sia-sia, ada unta tapi, dia berjalan kaki."

lalu, lelaki ini pun, menurunkan anaknya.  dia pula menyuruh anaknya itu berjalan kaki dan dia menunggang pula unta tu.  namun, tiba aje sampai di sebuah kampung.  sekali lagi orang mencemuh dia.

"eh...apalah lelaki tu, ada ke dia menunggang unta sorang-sorang dan dibiarkan anak lelakinya itu berjalan kaki?  anak lelakinya kan kecil lagi, dia tu dah dewasa, biarla anaknya yang tunggang, kesian anaknya itu."

sekali lagi lelaki itu terasa malu.  lalu akhirnya, dia mengambil keputusan dia dan anaknya berjalan kaki dan membiarkan untanya tanpa ditunggang.

namun, sampai saja ke sebuah kampung, orang-orang kampung itu pula mentertawakan dia.  "apa la orang lelaki tu, ada unta tapi dia dan anaknya berjalan kaki.  bukankah kita gunakan unta untuk menunggang? sia-sia sahaja lelaki itu memiliki unta dan tidak buat apa-apa kepada untanya.  sanggup bersusah payah berjalan kaki."

mendengar sahaja kata-kata orang kampung itu, lelaki inipun berfikir.  segala cara yang dilakukannya tidak satupun yang dapat memuaskan hati orang-orang di sekelilingnya.  fahamlah dia, bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang, walau dengan apa cara sekalipun kita lakukan.  pasti ada saja kekurangannya.

moral ceritanya, walaupun kita fikir kita dah buat perkara atau pekerjaan terbaik, ada saja yang tidak kena.  walaupun kita berhempas-pulas (all out) tenaga, semangat dan sebagainyalah, kita masih tidak memenuhi kriteria.  tambahan pula, kalau kita bukan termasuk 'golongan' disukai atau diiktiraf bakat atau kebolehan.  tak percaya? lihatlah dunia...

tak payah pandang jauh-jauh...di sekelilingpun dah cukup.  kalau orang yang disukai dipandang dapat memenuhi kriteria walaupun tidak adil kepada yang lain, walaupun...walaupun...walaupun...
fikirkan sejenak... letakkan diri kita ke tempat orang yang kita pandang seadanya...

No comments:

Post a Comment