Sunday, July 14, 2013

Yahya yang ku rindui di Kem Burj Al Barajneh, Beirut, Palestin.

Saya mengusik Yahya minta coklat yang dimakannya, pada mulanya dia tak nak bagi, tapi, akhirnya dia nak berkongsi dengan saya juga.  Inilah pertama kali dia makan coklat.  Ni selepas habis shooting... barulah nampak mukanya yang polos.

Terlalu istimewa anak kecil di atas tu.  Yahya namanya.  Tinggal di Kem Pelarian Palestin Burj Al Barajneh, Beirut, Lubnan.  Umur dia 2010 baru 4 tahun.

Rumah dia betul-betul sebelah longgokan sampah yang tinggi 3 tingkat bangunan.  

Ayahnya pula tak sihat.  Bukan gila.  Semasa bekerja di Jerman, mereka telah memberi kejutan elektrik di kepalanya kerana dituduh mengganggu ketenteraman awam.

Hingga kini ayahnya perlu makan ubat untuk mengurangkan tubuhnya yang menggigil sentiasa akibat kejutan itu.

Ibunya pula, kalau kita bersembang tidak seperti wanita normal.  Banyak bercakap dan tak pedulikan sangat kepada anak-anaknya.

Cuba banyangkan semasa saya bertemu Yahya dan keluarganya, Yahya dah lama tak mandi.  Penuh daki dan kotoran di seluruh badannya.

Ketika penggambaran, saya minta Yahya dimandikan sebab nak cantikkan aktiviti yang ada.  Yahya menangis teresak-esak sebab dia jarang mandi.

Yahya adalah anak bongsu dan paling comel daripada 3 abangya yang lain. 

Air mata saya menitis ketika pertama kali berjumpa Yahya dan pada masa yang sama kisah hidupnya diceritakan kepada saya.  Sebak.

Saya rindukan dia.  Mereka hidup seadanya.  Tak bebas keluar masuk dari kem mereka ke bandar Beirut, kecuali dengan adanya surat kebenaran daripada kerajaan atau penjaga mereka, WAFRAH yang bertugas menjaga kebajikan pelarian Palestin di Lubnan.

Anak-anak di sini pula asal bulan Ramadhan sahaja, masuk hospital sebab cedera bermain mercun atau meriam buatan sendiri.

Satu perkara yang saya kagum.  Anak-anak Palestin dan juga warga Palestin memang pandai bercakap dan penuh isi.

Jom ubahlah cara berfikir anak-anak supaya mereka berdikari dan menghargai apa yang ada.  Didiklah secara sederhana.

Nanti bersambung lagi pengalaman saya di sana.



Saturday, July 13, 2013

SERVIS TERBURUK MYEG BANDAR UTAMA, SELANGOR.


Miss Lim di kiosk MYEG Tesco Mutiara Damansara .  Terbaiklah. Hanya tutup 2 hari, pada Hari Raya aidil fitri dan 2 hari Tahun Baru Cina.  OPERASI DARI 9.30 PAGI HINGGA 10 MALAM.


15 Julai 2013, cukai jalan tamat.  

Hari Isnin telefon abang saya tanya pasal cukai jalan, dia kata nak buat.   Hari Khamis saya telefon, tak angkat, sms tak jawab.

Petang semalam baru nak sibuk itu ini.  Akhirnya saya juga yang terpaksa cari jalan.  Geram... selalu macam tu.  

Jadi, saya google cari myeg.  Adalah myeg kat OU.  Telefon, ada sorang mamat ni angkat.  Dah diterangkan saya ni pertama kali dan nak pergi ambil sendiri, dia pun kata dia nak hantar 'quotation'.    

Nak tanya banyak soalan, tapi, dia kata tunggu sebutharga dulu.  Kereta tu dia nak buat insuran RM18000.  Saya telefon abang saya, dia kata boleh buat insuran harga RM15000 sebab ikutkan harga kereta saya cuma RM10000 sekian, sekian, sebab pinjaman bank dah habis dan NCB dah 55%.



KIOS MYEG DI TESCO MUTIARA DAMANSARA 



Sayapun telefon nak minta MYEG BANDAR UTAMA sediakan sebutharga baru dan saya nak terangkan balik dan nak tanya, tapi, mesin la pulak jawab... sabar.  Tunggu... tekan 2... bla bla...lepas tu terputus.

Telefon lagi, mesin jawab, setelah beberapa minit buang masa, barulah dapat bercakap, adalah sorang mamat ni bercakap, nak buakan, saya kata tadi saya dah 'deal' dengan si w ni, minta dia sambungkan... tunggu lagi, tambah buang masa, dering... putus...

Oh ya mesin tu jawab hantarlah email melalui help@myeg.com.my supaya dapat tindakbalas segera... saya pun hantar dan terangkan situasi supaya mamat w ni telefon balik.  Tunggu... periksa email, harammmmm takde tindak balas. 2 atau 3 kali hantar email.  Buang masa betul, sampai sudah tak dapat.

Telefon Kali ke 4, mamat a, ni jawab, saya minta sambung pada mamat w, dia sambung... putus... buang masa betul...

Dah sejam buang masa berurusan dengan MYEG Bandar Utama, sayapun buat keputusan nak cepat, setujulah sebutharga yang dia bagi.  

Tapi, sampai sudah, tak de apa-apa.  Moral of the story, servis terburuk MYEG Bandar Utama... 

Bayangkan dah 2 email saya hantar, 5 kali telefon, haram si w tu nak telefon balik.  

Nak berurusan dengan orang lain, orang yang jawab tu kata elok urusan dengan si w, sebab dia yang buatkan.  Payahnya... 

Memang tak profesional langsung.  Hampir dua jam, saya buang masa  nak hubungi mamat w ni,  sikit pun dia tak balas.  Yang si mamat a jawab saya 2 kali tu, saya minta dia buatkan yang baru, dia tetap nak sambung ke w, entah betul mamat a ni wujud ke tidak, sebab saya rasa suara yang jawab telefon saya tu, macam si mamat w.

Memang saya menyampah berurusan dengan myeg bandar utama.  Saya ingat bila dah dekat pejabat senanglah nak pergi ambil.  Rupanya sikap pekerja tu,  kelas terbawah sekali. 

Akhirnya saya pergi ke kiosk myeg Tesco hari ni.  Tak sampai 15 minit ke 20  minit siap semua.  Terima kasih kepada Miss Lim.  Dah dapat baharui insuran dan cukai jalan.  SENANG SANGAT.

MYEG di Tesco Mutiara Damansara  tu dibuka pukul 9.30 pagi hingga 10 malam.  Tutup 2 hari pada Tahun Baru Cina dan Raya Aidilfitri sahaja.  Cuti Umum tetap wujud. Bagus. 

Tak perlu ke sana ke mari terkejar-kejar.  Alhamdulillah Allah mudahkan semalam.

Saya kesal dengan sikap tak profesional MYEG di One Utama, susah sangat ke orang nak jawab pertanyaan pelanggan?  

Tuesday, July 2, 2013

TILAWAH AL QURAN ANTARABANGSA 2013 - MALAYSIA




Assalammualaikum,

Maaflah dah lama tak menaip di sini.  Sejak kamera saya rosak dan nak kena beli baru... buat saya sukar nak membuat 'entri' baru. Eleh.. alasan tu kot.  Sebenarnya ada banyak kisah kalau saya nak kongsi.  Gambar-gambar yang saya ambil tu banyak juga... hmmm.

Semalam, saya mendengar bacaan qariah dari Indonesia.  Not bad. Hari ini, saya terpegun dengan bacaan qari dari Palestin.  Sedap bacaannya.  Ye la saya ni jahil... tak pandai sangat pasal makhraj, taranum, tajwid dan sebagainya.  

Agaknya dia al hafiz kot, dia perdengarkan bacaan tanpa melihat sangat pada naskhah al quran.  

Bila habis baca, baru tau dia dari Palestin.  Bergetar hati, bila  lagu yang dia bawa... sampai ada beberapa penonton yang membalas...(maksud saya di sini, bila orang arab suka sesuatu dia akan bertindak balas dengan suara.. ha macam tu lah...)

Saya pun bila dia tarik kat ayat yang ada Allah... sayapun tersebut dalam hati... subhanallah... sedapnya... 

Senang cerita hati saya tertambatlah dengan bacaan mereka kali ini.  Ramai juga peserta kali ini yang baik bacaan mereka.  (Bagi sayalah... maaf sekali lagi, saya ni jahil)

Tetiba saya teringat sorang pakcik kat kem pelarian Palestin di Lubnan... kem Sabra Syatilla... rindu sangat kat saudara-saudara ku di sana... kalaulah saya banyak duit, nak je pi sana... rindu sesangat...

Kita tunggulah siapa yang akan dinobatkan sebagai johan nanti.  

Oh ya... hadiah kali ini saya suka sangat.  Berbaloi-baloi.  Barulah rasa ilmu akhirat dah menjadi satu acara yang dititikberatkan...



Monday, June 17, 2013

Oh.. kamera & telefon bimbitku...






Aduhai, kamera dan telefon bimbit buat hal la pulak.  Kamera tetiba lens tak boleh nak berfungsi, seperti tersekat.

Dua minggu lepas bawa ke One Utama, Old Wing tu, konon nak  baiki lens.

Alamak, katanya, lens kamera perlu ditukar, disebabkan jenis lama, harga lens saja mencecah RM400, hantar ke kedai kamera tu saja untuk servis RM30 dan bila dia nak hantar ke tempat servis, ada lagi caj servis.  Katanya kamera tu jenis lama... hello... tapi, tak marah la.. cuma rasa macam ketinggalan... 

Paling kurangpun akan terbang RM500.  Fikir-fikir, hmm, banyak juga tu, lebih baik beli yang baru.  Sekarang ni dok 'survey' kamera , tak tahu pula saya nak yang macam mana... hmm.

Itu satu hal.  

Telefon pula hal ke 2.  Kat skrin tak keluar pula lampunya.  Jadi, kalau nak tengok mesej masuk atau panggilan masuk ke, gelaplah skrinnya.  Tapi, taklah tak nampak langsung.  Kena ke kawasan bercahaya untuk lihat apa yang dipapar di skrin.

Ha, ramai dah gelakkan saya suruh tukar yang baru.  Biarpun jenis lama, tapi, banyak jasanya pada saya.  Dah jatuh berkali-kali tak terjejas.

Cuma mungkin saya beli 'charger' tiruan, itu yang jadi penyebab lampu skrinnya tak berfungsi.  Alat pengecas bateri saya ok, cuma masa balik raya 2 tahun lepas, abang saya terbawa balik alat pengecas saya.  Disangkanya milik dia.

Dia dah balik Shah Alam, saya pula kat kampung lagi, jadi, nak tak nak kena la beli apa yang ada kat sana.  Sejak guna pengecas itulah, lampunya kadang ada kadang tidak.. sekarang terus... tak ada... 

Aduhai, kena beli baru, tapi, tak pula saya bersedia nak beli lagi, tapi, rasanya kena juga, sebab agak menyukarkan saya.

Jenama apa, itu perlu saya fikirkan ... 

Alahai dah banyak saya masak dan banyak juga peristiwa menarik nak saya kongsi bersama... tapi, terbantut dulu... mungkin.. tengoklah apa yang akan berlaku.. kamera dan telefon.

Insya Allah nanti saya muatkan tazkirah yang saya hadir di surau untuk di kongsi bersama, sebenarnya banyak yang menarik tu.

Resepi, soto, laksa tak dapat nak ambil gambar, tapi, alhamdulillah, saya google dan buat menjadi la pulak.  

Paling menarik pertama kali buat laksa goreng, semua suka.  Eh bukan nak riak, dari buat kuah laksa bawa ke ofis, terlebih laksa, jadi, sayang nak buang, saya masak le laksa goreng,... menjadi la pula... ruginya sebelum ni laksa yang lebih dibuang...

Puasa dah dekat, minggu depan nak belajar buat kuih.. alamak... kena beli kamera la juga... heheheh.... alasan la tu...

Anyway I'd like to share with you the recipes that I might learn.  Not sure what, but, one thing, I was told by my friend it's pie.  Maybe mushroom and chicken pie.  Just wait.




Sunday, June 2, 2013

DOA DIBERI KECUKUPAN DENGAN HARTA YANG HALAL... INSYAALLAH






Mencari wang ringgit dan harta biarlah cara yang halal.  Sebenarnya definisi halal ini amat mendalam.

Jika kita bekerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang, kenalah ikut masa yang ditentukan oleh majikan.  Jika ada hal, masuk pula pukul 10 pagi, balik tu kenalah pukul 7.  Cukupkan masa yang diwajibkan kita bekerja.

Ramai yang mengular (ponteng).  Waktu rehat melebihi masa yang dibenarkan.  Nak pula kalau hari jumaat.  Keluar awal balik lambat.  Mengalahkan orang lelaki pergi solat jumaat.

Kadang-kadang masa di pejabat, kita bermuka buku, berblog, berSMS, bersembang, mengumpat, memfitnah, lambat siapkan kerja yang patut disiapkan mengikut masa yang diberikan.

Ada yang lebih berani masuk lewat petang, balik pula awal.  Walaupun boss kita tak tengok, tapi, Allah nampak, malaikat pula mencatit.  Aduh, di akhirat nanti jenuh nak menjawab.

Walau gaji beribu riban, tapi tak amanah... sentiasa tak cukup aje.  Cuba tengok ada yang keluarga anak ramai, masih bersekolah, kerja gaji tak sampai beribu riban, tapi, sentiasa cukup.  

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.  

Nasihat untuk diri sendiri :)  mudah-mudahan tidak alpa ...

Tuesday, May 14, 2013

menunggu rejab, syaaban dan ramadhan 2013


Moral of the story, jalan sempit bawa kehidupan, jalan luas bawa kehancuran.

Fikir-fikirkan.  

Selamat beribadah... sayangi Rejab, Syaaban dan Ramadhan.

Semalam sempat mencatit serba sedikit tazkirah ustaz Elyas dari surah yasin.

Istiqamah puasa isnin dan khamis. 

Sedekah paling afdhal adalah kepada keluarga sendiri daripada kita dok sibuk belanja kawan-kawan makan.  

Bukan tak boleh, tapi, agak-agaklah.  Dahulukan keluarga dulu. 

Jom kita penuhkan masa kita dengan perkara baik sebab di akhirat nanti waktu akan ke pengadilan juga untuk menuntut haknya yang kita persia-siakan.


Tuesday, April 23, 2013

bumi dipijak milik orang... tanah dah hilang



Ketika pertama kali mendengar dan menyanyikan lagu ini di pusat pengajian tinggi dulu, saya dan rakan-rakan seuniversiti  sebak dan kami menangis teresak-esak.  Kami amat sayangkan tanah air tercinta ini.  Kami tak mahu Melayu bercakaran sesama sendiri.  Tapi, mungkinkah ia akan bertambah buruk?

Hayati lirik asal dan lirik diubah... baca sampai habis.


                                                             LAGU WARISAN

ANAK KECIL MAIN API

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
Melayu kan gagah di Nusantara
Melayu kan gagah di Nusantara…


Tapi, di bawah ini dah diubah liriknya... mungkin untuk sesuaikan ia bersama  arus zaman... 

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita 
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia


sedih tak?  mungkin ada yang berkata saya ni emosi sangat.  ya, memang.  hasil pemerhatian saya sendiri, tanah pusaka yang nenek moyang pugar dulu kini dah pun dijual oleh anak,, cucu cicit.

susah payah moyang kita menebas, menebang pokok kayu kayan di hutan tebal berebutkan kawasan dengan harimau serta haiwan buas lain untuk mendirikan rumah dan berladang bagi kelangsungan hidup, tapi, apa yang tinggal kini?

dulu ramai yang ada tanah luas, dijual mereka tanah tersebut sebab hendak tinggal di rumah teres ataupun rumah susun... tapi ramai juga mereka yang hidup tak seindah dulu... rumah makin sempit, tanah dah tiada.

saya ada terjumpa kenalan yang ada tanah di sungai penchala.  katanya, bapa dan emak saudaranya bergaduh sesama sendiri sebab nak jual tanah.  1 ekar dijual cuma RM80 ribu  pada tahun 90an.

saya tanya lagi, tinggal kat mana?  jawabnya, hulu langat. (saya sangka mungkin beli tanah baru sebab mungkin dapat tanah idaman.)  oh.. buat rumah banglo ye.. tanya saya.

mana ada, taklah... kami tinggal kat flat di hulu langat.

terkedu saya.  dulu rumah mereka sebuah sebuah. kini...