Saturday, July 13, 2013

SERVIS TERBURUK MYEG BANDAR UTAMA, SELANGOR.


Miss Lim di kiosk MYEG Tesco Mutiara Damansara .  Terbaiklah. Hanya tutup 2 hari, pada Hari Raya aidil fitri dan 2 hari Tahun Baru Cina.  OPERASI DARI 9.30 PAGI HINGGA 10 MALAM.


15 Julai 2013, cukai jalan tamat.  

Hari Isnin telefon abang saya tanya pasal cukai jalan, dia kata nak buat.   Hari Khamis saya telefon, tak angkat, sms tak jawab.

Petang semalam baru nak sibuk itu ini.  Akhirnya saya juga yang terpaksa cari jalan.  Geram... selalu macam tu.  

Jadi, saya google cari myeg.  Adalah myeg kat OU.  Telefon, ada sorang mamat ni angkat.  Dah diterangkan saya ni pertama kali dan nak pergi ambil sendiri, dia pun kata dia nak hantar 'quotation'.    

Nak tanya banyak soalan, tapi, dia kata tunggu sebutharga dulu.  Kereta tu dia nak buat insuran RM18000.  Saya telefon abang saya, dia kata boleh buat insuran harga RM15000 sebab ikutkan harga kereta saya cuma RM10000 sekian, sekian, sebab pinjaman bank dah habis dan NCB dah 55%.



KIOS MYEG DI TESCO MUTIARA DAMANSARA 



Sayapun telefon nak minta MYEG BANDAR UTAMA sediakan sebutharga baru dan saya nak terangkan balik dan nak tanya, tapi, mesin la pulak jawab... sabar.  Tunggu... tekan 2... bla bla...lepas tu terputus.

Telefon lagi, mesin jawab, setelah beberapa minit buang masa, barulah dapat bercakap, adalah sorang mamat ni bercakap, nak buakan, saya kata tadi saya dah 'deal' dengan si w ni, minta dia sambungkan... tunggu lagi, tambah buang masa, dering... putus...

Oh ya mesin tu jawab hantarlah email melalui help@myeg.com.my supaya dapat tindakbalas segera... saya pun hantar dan terangkan situasi supaya mamat w ni telefon balik.  Tunggu... periksa email, harammmmm takde tindak balas. 2 atau 3 kali hantar email.  Buang masa betul, sampai sudah tak dapat.

Telefon Kali ke 4, mamat a, ni jawab, saya minta sambung pada mamat w, dia sambung... putus... buang masa betul...

Dah sejam buang masa berurusan dengan MYEG Bandar Utama, sayapun buat keputusan nak cepat, setujulah sebutharga yang dia bagi.  

Tapi, sampai sudah, tak de apa-apa.  Moral of the story, servis terburuk MYEG Bandar Utama... 

Bayangkan dah 2 email saya hantar, 5 kali telefon, haram si w tu nak telefon balik.  

Nak berurusan dengan orang lain, orang yang jawab tu kata elok urusan dengan si w, sebab dia yang buatkan.  Payahnya... 

Memang tak profesional langsung.  Hampir dua jam, saya buang masa  nak hubungi mamat w ni,  sikit pun dia tak balas.  Yang si mamat a jawab saya 2 kali tu, saya minta dia buatkan yang baru, dia tetap nak sambung ke w, entah betul mamat a ni wujud ke tidak, sebab saya rasa suara yang jawab telefon saya tu, macam si mamat w.

Memang saya menyampah berurusan dengan myeg bandar utama.  Saya ingat bila dah dekat pejabat senanglah nak pergi ambil.  Rupanya sikap pekerja tu,  kelas terbawah sekali. 

Akhirnya saya pergi ke kiosk myeg Tesco hari ni.  Tak sampai 15 minit ke 20  minit siap semua.  Terima kasih kepada Miss Lim.  Dah dapat baharui insuran dan cukai jalan.  SENANG SANGAT.

MYEG di Tesco Mutiara Damansara  tu dibuka pukul 9.30 pagi hingga 10 malam.  Tutup 2 hari pada Tahun Baru Cina dan Raya Aidilfitri sahaja.  Cuti Umum tetap wujud. Bagus. 

Tak perlu ke sana ke mari terkejar-kejar.  Alhamdulillah Allah mudahkan semalam.

Saya kesal dengan sikap tak profesional MYEG di One Utama, susah sangat ke orang nak jawab pertanyaan pelanggan?  

6 comments:

  1. Mari share pasal benda ni kat facebook masing2

    ReplyDelete
    Replies
    1. serik betul dengan MYEG BANDAR UTAMA TU... buang masa sangat-sangat dan dipermainkan.... gila la servis macam tu

      Delete
  2. Murah..Murah..Murah Dan Percuma 2 Barang apabila Anda memperbaharui insurans dan roadtax kenderaan anda dengan saya boleh renew ikut kemampuan bajet anda..cepat dan service pintu ke pintu, senang cerita roadtax dan barang saya hantar by hand, Jadi apa tunggu lagi...Untuk mendapatkan kiraan insurans, sila emailkan butiran lanjut eg:-nama, ic, No kenderaan, Jenis kenderaan dan tahun kenderaan dibuat ke faizal.zainal@coshareez.my atau hubungi saya terus di talian 018-9712 106

    ReplyDelete
  3. http://www.roadtaxmyeg.com/

    Masih ramai dikalangan kita masih tidak tahu atau kurang arif bagaimana ingin 'Renew Roadtax' . Jika anda dalam situasi tersebut tidak perlu risau lagi kerana ia sangat mudah kerana apa yang anda perlu dapatkan ialah dua (2) dokumen penting iaitu: 1) Salinan Geran (Sekiranya Geran Asal masih di Bank) 2) Nota Perlindungan (Cover Note Insurans/Takaful)

    ReplyDelete
  4. terima kasih...dah tahu semua tu selepas gi ke myeg...
    selalunya bank yang buat dan saya tak perlu risau... kali ni...buat sendiri pulak

    ReplyDelete
  5. http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=449748

    atau boleh buat dengan saya :)

    ReplyDelete