Sunday, July 14, 2013

Yahya yang ku rindui di Kem Burj Al Barajneh, Beirut, Palestin.

Saya mengusik Yahya minta coklat yang dimakannya, pada mulanya dia tak nak bagi, tapi, akhirnya dia nak berkongsi dengan saya juga.  Inilah pertama kali dia makan coklat.  Ni selepas habis shooting... barulah nampak mukanya yang polos.

Terlalu istimewa anak kecil di atas tu.  Yahya namanya.  Tinggal di Kem Pelarian Palestin Burj Al Barajneh, Beirut, Lubnan.  Umur dia 2010 baru 4 tahun.

Rumah dia betul-betul sebelah longgokan sampah yang tinggi 3 tingkat bangunan.  

Ayahnya pula tak sihat.  Bukan gila.  Semasa bekerja di Jerman, mereka telah memberi kejutan elektrik di kepalanya kerana dituduh mengganggu ketenteraman awam.

Hingga kini ayahnya perlu makan ubat untuk mengurangkan tubuhnya yang menggigil sentiasa akibat kejutan itu.

Ibunya pula, kalau kita bersembang tidak seperti wanita normal.  Banyak bercakap dan tak pedulikan sangat kepada anak-anaknya.

Cuba banyangkan semasa saya bertemu Yahya dan keluarganya, Yahya dah lama tak mandi.  Penuh daki dan kotoran di seluruh badannya.

Ketika penggambaran, saya minta Yahya dimandikan sebab nak cantikkan aktiviti yang ada.  Yahya menangis teresak-esak sebab dia jarang mandi.

Yahya adalah anak bongsu dan paling comel daripada 3 abangya yang lain. 

Air mata saya menitis ketika pertama kali berjumpa Yahya dan pada masa yang sama kisah hidupnya diceritakan kepada saya.  Sebak.

Saya rindukan dia.  Mereka hidup seadanya.  Tak bebas keluar masuk dari kem mereka ke bandar Beirut, kecuali dengan adanya surat kebenaran daripada kerajaan atau penjaga mereka, WAFRAH yang bertugas menjaga kebajikan pelarian Palestin di Lubnan.

Anak-anak di sini pula asal bulan Ramadhan sahaja, masuk hospital sebab cedera bermain mercun atau meriam buatan sendiri.

Satu perkara yang saya kagum.  Anak-anak Palestin dan juga warga Palestin memang pandai bercakap dan penuh isi.

Jom ubahlah cara berfikir anak-anak supaya mereka berdikari dan menghargai apa yang ada.  Didiklah secara sederhana.

Nanti bersambung lagi pengalaman saya di sana.



No comments:

Post a Comment