Tuesday, September 24, 2013

RESEPI ULANGAN, UDANG SALUT TEPUNG TELUR MASIN


 Ha, saya ni suka sangat dengan resepi udang salut tepung telur masin.  Memang sedap.  Kaloripun tinggi.  Tapi, bukan makan selalupun...



Kali ni dapat udang sederhana besar.  Beli di Tesco Mutiara Damansara. Seronoknya, sebab barulah rasa udangnya.

Bila saya buat udang salut tepung telur masin ni, saya tak makan dengan nasi, tapi ratah gitu saja... 

Serius sedap.

Nak resepi?  Cubalah...

Bahan-bahan

1.  Udang dalam 10 ekor saiz sedang atau besar - udang laut lagi sedap daripada udang bela... so suka hati nak yang mana ye
2.  Telur asin 3 biji - direbus dan diambil telur merah sahaja
3.  Tepung celup - Kentucky @ adabi - tapi, kalau nak buat sendiri pun ok, guna je tepung jagung, lada putih dan garam sikit, gaul tepung tu, tapi jangan bubuh air na...
4.. Minyak untuk menggoreng
5. Sebiji telur putih yang telah dipukul
6. 2-3 pelepah daun kari, ambil daun sahaja
7. 5 biji cili padi, dihiris
8. Stok ayam ataupun boleh guna pati ayam tapi guna separuh je atau sedikit, elok rasa dulu sebab pati tu dah ada garam
9.  Buttercup / lepa susu
1. 1 sudu besar gula atau lebih pun tak apa ikut rasa atau sikit...ikut rasa sendirilah

11.  2-3 sudu besar susu segar
1
Cara membuatnya

1.  Udang tadi dibuang sedikit kepala dan dibuang urat belakang (untuk udang besar ).  cuci dan toskan
2.  Celupkan udang tadi dalam telur putih dipukul 
3.  Salutkan pada tepung tadi
4.  Panaskan minyak
5.  Goreng  udang hingga masak - angkat
6.  Masukkan satu sudu minyak masak yang guna untuk goreng udang tadi - masukkan 2 sudu butter
7. masukkan daun kari dan cili padi dihiris tadi - jangan sampai garing, bagi masak je
8. masukkan telur merah yang dihancurkan terlebih dahulu, terus kacau tanpa henti
8. a - masukkan susu segar tadi ya...
9. masukkan 2 sudu besar stok ayam ataupun sedikit kiub ayam - kacau (separuh kiub ok)
10. Masukkan udang tadi, gaul hingga sebati...masukkan gula akhir sekali,  bila dah kering, angkat dan hidang...




Monday, September 23, 2013

KONGSI SEMUA RASA DENGAN ALLAH SEBAIKNYA...




Bila kita gembira, sedih, marah, bingung dan sebagainya.  Apakah yang selalu kita buat?

Ada yang mengadu pada seseorang.  Tak kira saudara sendiri atau teman-teman, malah ada juga yang mengadu pada orang asing dan wujud juga luah rasa pada haiwan belaan atau apa saja yang terlintas di hati.   Benar, ada masanya beban atau rasa yang ingin kita kongsi tu memberi satu kepuasan kepada kita.  

Tapi, seringkali juga kita lupa untuk berkongsi segala rasa dengan Allah, yang lebih tahu mengenai kita.

Peringatan untuk diri saya juga.  Kadangkala kita lebih percayakan manusia, padahal, manusia itupun tidak memahami kita sepenuhnya.

Satu-satunya tempat yang paling terbaik untuk mengadu segala rasa hati, adalah kepada Allah sendiri.  Bila susah kita mengadulah kepada Allah, Allah lebih mendengar malah lebih mendalam lagi Dia tahu dan merancang untuk kita.

Cubalah, segala rasa di hati kita, kita mengadu kepada Allah.  Percayalah, hati kita akan ada segala rasa yang kita inginkan.  

Allah memberi apa yang kita perlu dan pada masa yang tepat.

Betul, jika ditoleh ke belakang masa yang berlalu... benar, ia ada hikmah di sebaliknya...

Masa terbaik untuk berdoa ketika sujud.  Waktu itulah paling dekat dengan Allah, lebih dekat daripada urat leher kita.  

Detik yang terbaik untuk kita mengadu adalah ketika semua orang tidur... nyenyak sekali.  Apa salahnya kita bangun dan bersama Pencipta kita, kita luahkan segalanya.  Mintalah apa saja.

Dia Maha Mengetahui  dan Maha Memberi.  Kadang kala bukan dalam bentuk yang kita pinta.  

Cuma, adakah kita bijak dalam berfikir, ujian yang Allah berikan dalam pelbagai bentuk dan pada setiap saat. 

Percayalah dan cubalah...mengadu kepada Allah ketika semua orang sedang tidur.  Bermunajatlah, insyaallah hati kita tenang saja.  

Atau pada bila-bila masa kita ingin berbicara dengan Allah... lafazkanlah dengan cara yang sopan dan tertib, solat dan berdoa...


TAKKABUR


tazkirah tadi disampaikan oleh Ustaz Sahruddin dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Topik pada petang ni adalah menenai TAKKABUR.

Neraka adalah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang yang sombong dan angkuh.

Kebanggaan dan kehebatan itu adalah milik Allah S.W.T sahaja. 

Mereka yang menghuni syurga teramat indah layanannya.

Pelbagai makanan yang dihidangkan, setiap satunya, berlainan jenis, bentuk dan juga rasanya.

Katalah bila kita makan satu suap, sekali kunyah rasa lain, kunyahan kedua rasa lain, kunyahan seterusnya pun lain.  

Bayangkan betapa enak dan lazatnya makanan tersebut.  Tidakkah kita mahu memburu tempat di syurga nan indah?

Di syurga kalau kita minum sekali dah kenyang.  Tapi, kita nak juga minum lagi sebab terlalu sedapnya minuman itu.

Bila dah takkabur dan angkuh.

Iaitu apabila kita selalu melihat diri kita dengan orang lain.  Kita sering membandingkan diri kita dengan orang lain.  Ini adalah amat dilarang sekali.

Dia sentiasa rasa dia paling hebat.  Segala-galanya apa yang dia buat adalah lebih baik daripada orang lain.

Bagaimanapun orang yang tawadduk pula sentiasa berhati-hati dan merendah diri.

Dia juga tidak menzalimi orang lain.

Tawadduk adalah perkataan berlawanan dengan takkabur.

Orang yang tawadduk sentiasa mengutamakan orang lain.

Bukan mudah untuk kita mencapai darjat seorang yang tawadduk.  Tapi, tidak terlambat juga untuk kita mengubah diri kita menjadi lebih baik, biarpun perubahan paling kecil.

Sekurang-kurangnya kita ingin berubah untuk mendapat redha Allah.

Peringatan untuk diri saya sendiri.

Segala yang kita lakukan mesti niat kerana Allah dan dari situlah akan bermulanya segala kebaikan dengan izinNya. 

Mudah-mudahan kita semua akan sentiasa diredhai Allah.

Sunday, September 22, 2013

SEDEKAH DARAH - ANDALAH WIRA


Assalammualaikum,

Pagi tadi tetiba rasa nak menderma darah.  Hari ni malas nak masak, jadi ke KFC beli nugget untuk sarapan.   Saya terus belok kereta ke kawasan berhampiran masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail, saya hentikan kereta, habiskan naget ayam tu.



 Hari ni Allah permudahkan niat saya.  Ada 3 orang menunggu giliran berjumpa doktor.  Rasanya hari ini paling cepat.

Tapi, kali ni jururawat lelaki yang buat, tak sakit, sebelum ni, 3 bulan lepas, jururawat wanita tusuk jarum di lengan dari mula darah keluar sampai habis, sakit je.  Lebam pula 2, 3 hari.

Kali ini sikit pun tak lebam.  Kalau kita menderma darah, kita dapat selamatkan 3 nyawa.  Saya tak mampu nak sedekah atau beri bantuan material sebanyak orang kaya, tapi, saya mampu apa yang saya terdaya.  Menderma darah adalah langkah terbaik.

Dah siap, rehat sebentar dan terus ke pantri untuk makan.  Semangkuk nasi ayam kampung, dan 2 jenis kuih.  Oklah.  Juga segelas air milo.  

Siap makan, saya makan ubat folic asid.  Hati saya rasa tenang dan puas.  Gembira sekurang-kurangnya saya dapat membantu dan juga menyelamatkan nyawa seseorang yang mungkin juga ibu, bapa, abang, kakak, adik, suami, anak seseorang.

Apa kata jika anda tak pernah menderma darah, cubalah.  Sekali buat, mesti anda nak buat lagi.  Betul, saya rasa amat tenang dan puas.  

Mungkin Allah gantikan dengan perasaan sebegini.  Jom menderma. 




Saturday, September 21, 2013

DAH MULA DAH...TEGANU KITA


Assalammualaikum,

Ha, dah mula nak aktif balik.  Lama menyepi.  Sibuk buat tugasan untuk tajaan dalam Buletin Utama.

Akhirnya, kini dapat tugasan baru, Teganu Kita.  

Teringat masa baru masuk dulu diberi amanah buat Warna-Warna Malaysia dengan Normala Samsudin.

Teruja saya kali ni sebab inilah yang saya suka, buat program.




Biasalah, bila dalam kereta masa perjalanan ke Merang, banyak pula saya bertanya kepada pria di atas tu.  Habis kisah peribadi mereka saya tahu.  Aha... tapi, tak boleh dikongsilah di sini, hehehe.



Saya bergerak sebelum pukul 12 tengahari.  Sambil menunggu kumpulan lagi satu, aduhai, tak sampai-sampai.




Nak mengisi masa, saya ambillah gambar apa yang patut.


Ha, sampai di R&R Jabor, krew lelaki, tambah karbon dalam badan depa.  Saya pula ... tak tau nak buat apa, sebab saya seorang je perempuan dalam kumpulan ni.







Teruja bila dah nampak daerah-daerah di Terengganu.  Apa yang menanti?


Tugasan kali ini, saya perlu buat liputan mengenai tempat menarik di Pulau Redang.  Ingat-ingat lupa...dulu masa Warna-warna Malaysia, saya dah sampai, tapi, sebab banyak pulau, saya keliru apa yang ada di sana.

Bagaimanapun, sebelum itu, saya kena ke Kuala Terengganu, bertemu dengan penerbit Teganu Kita, Khairizal untuk maklumat sepenuhnya dan juga apa yang saya perlu tahu.

Mak ai, pukul 8 malam lebih baru sampai.  Mana tidaknya, asyik-asyik berhenti je dengan kumpulan satu lagi, padahal, bukannya mereka tu nak makan apa pun, cuma ... asal ada tempat boleh berhenti rehat, ha.. rehatlah mereka.

Ok, nanti bersambung lagi... dalam perjalanan ke Pulau Redang la pulak ye...

Monday, September 9, 2013

kembali...ke pangkal blog



rumah saya sempit macam nilah...ini gambar dari i-creative facebook

Assalammualaikum,

tangan ni gatal je nak menulis.  tapi, disebabkan kamera rosak dan tak dapat nak upload, jadi, terhentilah kejap.

banyak peristiwa menarik berlaku tapi tak dapat nak menulisnya...ehem.. nampak gaya kena juga la pi beli kamera.  

saya ni minat sangat dengan susun atur rumah seperti di atas... ringkas.

rumah saya ni pulak banyak perabutnya... ish...kena la kurangkan apa yang patut nanti...

ok...saya akan menulis peristiwa yang berlaku nanti ya...