Monday, September 23, 2013

TAKKABUR


tazkirah tadi disampaikan oleh Ustaz Sahruddin dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Topik pada petang ni adalah menenai TAKKABUR.

Neraka adalah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang yang sombong dan angkuh.

Kebanggaan dan kehebatan itu adalah milik Allah S.W.T sahaja. 

Mereka yang menghuni syurga teramat indah layanannya.

Pelbagai makanan yang dihidangkan, setiap satunya, berlainan jenis, bentuk dan juga rasanya.

Katalah bila kita makan satu suap, sekali kunyah rasa lain, kunyahan kedua rasa lain, kunyahan seterusnya pun lain.  

Bayangkan betapa enak dan lazatnya makanan tersebut.  Tidakkah kita mahu memburu tempat di syurga nan indah?

Di syurga kalau kita minum sekali dah kenyang.  Tapi, kita nak juga minum lagi sebab terlalu sedapnya minuman itu.

Bila dah takkabur dan angkuh.

Iaitu apabila kita selalu melihat diri kita dengan orang lain.  Kita sering membandingkan diri kita dengan orang lain.  Ini adalah amat dilarang sekali.

Dia sentiasa rasa dia paling hebat.  Segala-galanya apa yang dia buat adalah lebih baik daripada orang lain.

Bagaimanapun orang yang tawadduk pula sentiasa berhati-hati dan merendah diri.

Dia juga tidak menzalimi orang lain.

Tawadduk adalah perkataan berlawanan dengan takkabur.

Orang yang tawadduk sentiasa mengutamakan orang lain.

Bukan mudah untuk kita mencapai darjat seorang yang tawadduk.  Tapi, tidak terlambat juga untuk kita mengubah diri kita menjadi lebih baik, biarpun perubahan paling kecil.

Sekurang-kurangnya kita ingin berubah untuk mendapat redha Allah.

Peringatan untuk diri saya sendiri.

Segala yang kita lakukan mesti niat kerana Allah dan dari situlah akan bermulanya segala kebaikan dengan izinNya. 

Mudah-mudahan kita semua akan sentiasa diredhai Allah.

No comments:

Post a Comment