Friday, October 18, 2013

Fadhilat Selawat - untuk hafal dan kisah masuk syurga


Semalam masa 'on the way' ke tempat kerja, sempatlah juga saya mendengar radio IKIM.

Oh ya, program MOTIVASI PAGI. Mengenai kelebihan selawat.

Ustaz yang memberi tazkirah menceritakan kisah mengenai seorang jiran yang bermimpi mengenai jirannya yang baru meninggal...masuk neraka...

Esoknya dia bermimpi lagi jiran yang sama juga tapi,  masuk syurga.

Dia  merasa hairan kerana jirannya itu adalah seorang yang sering melakukan maksiat.

Apa yang tidak pernah dilakukannya?  Semua dia buat.  Tidak ada satu kebaikan pun yang dia lihat jirannya itu buat.

Tapi, kenapa dia masuk syurga?

Lalu dia bertanya kepada jirannya itu apabila dia bermimpi lagi.

" Wahai jiranku... apakah yang engkau lakukan sehingga engkau dimasukkan ke syurga?  Setahu aku, engkau sering melakukan maksiat...semuanya engkau lakukan...dan aku tidak pernah pun melihat engkau beramal"

"Ya benar, aku memang melakukan maksiat,  apa yang tidak pernah aku lakukan?  Semuanya aku lakukan..." jawab jirannya itu.

"Tapi, ada satu amalanku yang aku tidak pernah tinggal...sehingga aku meninggal..."  tambahnya lagi.

Dengan rasa kehairanan dia bertanya lagi.."Apakah rahsianya hingga membolehkan engkau dimasukkan ke syurga wahai jiranku padahal sebelumnya aku melihat engkau dimasukkan ke neraka"

"Sebenarnya, sebelum aku tidur, aku membiasakan diriku membaca selawat sebanyak 10 x secara istiqamah dan aku tidak pernahpun meninggalkan amalan itu"  jawabnya lagi...

Itulah sedikit tazkirah yang saya dengar dari ustaz dalam program IKIM itu..

Bayangkan betapa banyak fadhilat yang kita boleh dapat dengan berselawat kepada Rasulullah.

Tapi, barang diingat...jangan  pula kita ingat kalau kita berselawat tapi kita masih melakukan larangan Allah dan tidak melakukan suruhan Allah, janganlah begitu...

Lebih baiklah kita lakukan suruhan Allah dan tinggalkan larangannya... jika tak dapat buat segera, buatlah secara perlahan-lahan tetapi istiqamah...insyaallah.



No comments:

Post a Comment