Assalammualaikum,
Jumaat lalu, saya bertolak dari rumah ke Ulu Yam dalam misi mengambil air mata air yang terkenal dengan khasiatnya.
Kira-kira pukul 10 pagi lebih, saya bertolak ke sana dengan santai, tidak terkejar-kejar untuk sampai ke sana. Namun, dalam kepala menerawang dalam fikiran, mungkin kali ni saya terpaksa menunggu berjam-jam untuk sampai ke giliran saya menakung air jernih ini.
Ini rupanya dari kawasan tadahan air |
Setakat ini dah 3 kali saya datang ke lokasi ini untuk mengambil air yang dikatakan dapat mengubati penyakit yang mungkin pada ubat biasa sukar sembuh.
Rasa air ini agak manis. Tapi, saya sukakan air mineral Seamaster...
Mungkin antara tumbuhan di sini adalah tumbuhan herba yang menghasilkan air mata air melalui akar-akar tumbuhan di atas |
Walaupun air mengalir dalam titisan, demi mendapatkan air berkhasiat ini, ada yang sanggup menunggu lama... |
Paip ke 2 yang airnya cuma titisan laju dikatakan paling berkhasiat. Kononnya, sesiapa yang mengalami masalah mata boleh sembuh dengan cepat. Bagaimanapun, bagi pembaca, saya sarankan berjumpa dengan doktor bertauliah terlebih dahulu...
Ada yang mendakwa pernah mengalami sakit mata, selepas dititis air ini, alhamdulillah sembuh. Wallahu'alam...
rupa paip yang baru ditukar dan dipasang baru serta papan di bawah yang ditukar juga walaupun yang lama masih elok, baik sungguh hati orang yang menukarnya.... |
Kisah bermula air mata air ini mula terkenal apabila ada seorang mualaf cina dikatakan bermimpi dan disuruh mengambil air di Ulu Yam ini untuk diminum bapanya yang dikatakan mengalami stroke. Setelah beberapa minum air ini, alhamdulillah, ayah mualaf tersebut sembuh.
Lalu, penyebaran berita mengenai air ini tersebat luas di seluruh Malaysia melalui media massa.
Maka ramailah orang datang untuk mengambil air ini.
Disebabkan ramai yang datang menadah air di situ, akhrinya saudara kita yang baik hati itu, (mualaf) membersihkan kawasan tersebut lalu dibina paip dan dielokkan dengan ditambah papan bagi kemudahan orang ramai. Bayangkan pahala yang saudara kita ini dapat. Sikitpun dia tidak mengambil kesempatan...malah menjadikan kawasan lebih bersih lagi untuk orang ramai yang datang.
air yang mengalir ke corong |
Biarpun hujan , air ini tetap mengalir banyak ni je... |
Bekas minuman yang mampu saya bawa untuk menadah air jernih ini |
Bagaimanapun, kalau nak datang ke sini, kena pandai bajet masa. Kalau datang pada hujung minggu... alamat berderet-deretlah kena tunggu giliran. Tambahan pula ramai yang datang dengan tong-tong yang besar dan banyak, tak kurang juga yang bawa botol-botol minuman macam saya, hehehe.
Kena banyak sabar bila ada yang caras giliran kita dengan menukar tempat tadahan air mereka ke paip ini... |
N
Jangan lupa bawa corong supaya air ni tak dibazir. Kadang kala angin meyebabkan air ini tidak turun lurus ke dalam mulut botol.
Saya suka sangat melihat air ini mengalir masuk ke corong botol.
walaupun panas terik, tapi air ini tetap sejuk... |
Sayang sekali, walaupun kawasan ini dibersihkan, tetapi ada juga manusia yang mementingkan diri sendiri dengan membuang sampah sesuka hati. Mudah-mudahan Allah ubah diri mereka kepada sukakan kebersihan.
Antara botol tadahan... |
Setakat ini saya belum rasa kesan khasiat air ini ke atas diri saya. Tapi, yang saya tahu, air ini pantang terdedah sikit. Si semut suka sangat masuk dalam bekas berisi air Ulu Yam ni. Agaknya khasiat air ini memang berkesan kot.
nyaman |
Add caption |
Air ini sedap sangat (pada sayalah) kalau dibubuh ke dalam bekas berkaca dan disejukkan bagi dijadikan air minuman biasa.
Kalau nak datang ke sini, pastikan anda bawa banyak bekas untuk isi air sebab dah tunggu berjam-jam takkan nak bawa balik 1 liter je kan?
Kalau pergi hari biasa, mungkin peluang menunggu lama agak kurang.
Bagaimanapun, saya memilih hari bekerja untuk ke sini memandangkan masa menunggu lama tidaklah seperti di hari minggu.
Tak payah masak dulu ke?
ReplyDeleteadakah ulu yam terletak di selayang
ReplyDeleteSeeking the source of a spring in Ulu Yam" presents an adventurous quest. Navigating through Ulu Yam's landscape, uncovering hidden gems, and tracing the origin of a spring offers a connection with nature's mysteries. What Should Do Such journeys remind us of the wonders Earth holds, inviting exploration and appreciation.
ReplyDelete