Wednesday, August 8, 2012

agaknya apa masalahnya?


Beberapa hari lepas, saya menonton sebuah program yang pernah menjadi krew produksinya.

Agak lama saya tidak menonton program itu kerana ia buat asal siap bila orang lain ambil alih.  Suntingan tak licin dan kadang kala skrip kelakar.  

Berbalik kepada program minggu lepas, baru beberapa minit saja, saya dapati ia juga dibuat seadanya. .  Kronologi hanya dari A ke Z, tidak ada sesuatu yang menarik dapat dicungkil daripada pemergian subjek-subjek yang pernah keluar kisah mereka di tv, ke tanah suci.

Saya teringat pula, ketika saya mengendalikan beberapa program ini ada saja yang tak kena di mata 'immediate superior', terutama tugasan saya.  Walaupun beberapa pihak ada yang memuji hasilnya... tapi, sebaliknya yang saya dapat.  Kritikan dan ada saja yang saya buat tak kena.

Pada mulanya, saya tak kisah.  Tapi, hampir setahun saya di program itu, saya pun rasa pelik juga bila budak baru yang tak ada pengalaman dan hasilnya caca merba, taklah kena teruk.  Hmm di mana yang tak kena ya?

Contohnya, pada permulaan kisah saya telahpun menceritakan beberapa butir peribadi subjek.  Umur, pekerjaan, berapa beradik.  Tetapi, immediate superior saya baru menonton pada bahagian kedua kisah keluarga itu tiba-tiba merungut, " pasal apa tak letak umur dia berapa, dari mana, dia kerja apa?"

"eh, saya dah letak dah masa bahagian pertama tadi"  jelas saya.

"tapi, kalau orang baru nak tengok, tak tahulah maklumat itu semua."

eh pelik pula saya, takkan nak ulang lagi maklumat itu semu yang telahpun diceritakan pada bahagian pertama.  

saya dapat akal.

"jadi, kena letak lagi sekalilah maklumat tu?"

dia tidak menjawab pertanyaan saya, cuma mengulan semula ketidakpuasan hatinya.  

"kalau orang baru tonton, tak tahu siapa perempuan tu.."

ah, ni sudah lebih.  alasan tak logik.  cubalah tanya sesiapapun yang pernah buat skrip atau program tidak akan mengulangi maklumat seperti itu lagi sekali di bahagian kedua.  

sudah terang lagi bersuluh.  oh... selama ini ada saja yang tak kena dalam kerja saya adalah sengaja untuk mencari salah.

contoh kedua. subjek yang saya lawati meninggal dunia. dapat pula rakam hingga nafas terakhirnya.  

sebelum itu saya telah menelefon 'immediate superior saya untuk menawarkan diri menyiapkan tugasan itu walau hanya ada masa 3 hari sahaja untuk ditayangkan.  tapi, kerana tugas, saya sanggup berkorban masa semata-mata...dia tanya sempat ke?  dengan yakin saya jawa, "insyaallah" saya cuba...(lagipun sebelum ini saya tidak pernah melangkahi 'deadline'.

setelah siap, kebetulan 'immediate superior' pula menghadiri mesyuarat, sayapun memanggil penerbit eksekutif untuk menilainya.  pas.  tapi saya bertanya kepada penerbit tersebut, adakah akan menjadi kesalahan kalau nafas terakhir subjek itu dikeluarkan juga dalam kisah itu.  

lalu dia mencadangkan saya memanggil Pengurus Besar Jabatan untuk menilainya.

Pas, tanpa sikitpun ada sebarang kritik.  Pujian adalah.  Tapi, itu bukan yang saya dambakan.  Saya pentingkan kepuasan semua pihak.

Tiba-tiba saya dapat panggilan telefon daripada 'immediate superior' untuk menilainya.  Saya teruskan permintaannya.  

Ha.. nak tergelak.  Banyak juga kritikan untuk ubah itu ini.  Sayapun memberitahu kepadanya yang Pengurus Besar telahpun menilainya dan dia tidak meminta untuk mengubah apa-apapun.  Tapi, penerangan saya menimbulkan rasa tidak puas hati di wajahnya.

Ok, that's it.  Saya dah malas nak layan.  Terus saya memberitahu Penerbit Eksekutif masalah itu.  

Akhirnya alhamdulillah ia dapat disiarkan juga tanpa diubah sedikitpun.

Moralnya.  Ada rasa tidak puas hatinya terhadap saya walau apa pun yang saya buat.  

Saya bukan bagus tapi, saya memenuhi kehendak.  Banyak juga peristiwa selama bekerja dengannya dan saya boleh buat kesimpulan.

Dia memang tidak sukakan saya.  Jadi, menyusahkan saya melalui kerja yang saya buat.

Tak apalah... sekarang, saya faham.  Fikir positif.


No comments:

Post a Comment