Tuesday, February 7, 2012

tak tahu lebih baik diam

entahlah, kadang-kadang apabila kita berbual ia boleh mencetuskan rasa marah apabila perkara yang dicakapkan itu menjadi sindiran pula.

perjalanan mendamaikan
memang benarlah, membaca boleh menambah pengetahuan.  kadang kala media cetak dan elektronik memainkan peranan penting dalam memberikan maklumat berguna kepada penonton dan pembaca.

baru-baru ini ketika pulang dari rumah kenduri, beberapa teman bertanyakan berapa banyakkah petrol yang diperlukan bagi memenuhi tangki kereta saya.  ketika itu kami berhenti di stesen minyak memandangkan kami akan mengikut jalan biasa.  lagipun saya bimbang kalau di pertengahan jalan nanti kami kehabisan petrol.

maklumlah 4 orang naik.  sebelum itupun, ada teman saya seorang lagi nak ikut, tapi, saya agak keberatan, memandangkan perjalanan kami jauh, selain berat, ia akan melambatkan perjalanan kami.

dari sinipun, teman profesional saya tak nampak apa relevennnya ramai orang dalam satu kereta dengan perjalnan lambat.

saya pula takut teman saya seorang lagi tak selesa.  bayangkan kalau dah 3 orang di belakang, bukan ke yang duduk di tengah-tengah tak selesa.

susahnya kalau berurusan dengan orang yang tak biasa berjalan jauh.

dari machap, kami merancang ke umbai untuk menikmati makan malam.

saya memberitahu kira-kira RM80 lebih memandangkan malam sebelumnya tanda amaran tangki minyak telah memberikan isyarat.  jadi, disebabkan keeesokannya perjalanan jauh, saya penuhkan tangki kereta.

jadi, saya memulakan bicara, apabila muatan berat, ia menggunakan minyak lebih banyak termasuk menggunakan pengdingin hawa yang tinggi.  tetapi, jika muatan ringan tidaklah menggunakan minyak yang banyak.

tiba-tiba ada suara ketawa.  "oh kalau macam tu, kalau i sorang tak payahlah tambah minyak"  getusnya.

saya tanya kenapa pula? "iyalah, sayakan kecil jadi tak payahlah guna minyak, dengan teori tadi?"  tambahnya lagi.

"taklah sampai macam tu."  celah saya.  saya beranggapan dia pintar memandangkan dia adalah seorang profesional.

"eh kak, apa yang kak hajar cakap tu betul, memang saya baca kalau lagi berat muatan lagi banyak dia guna minyak"  celah teman saya.

"sebab tu kalau kita nak berjalan jauh, digalakkan kurangkan bawa balik barang-barang, bawa apa yang perlu saja, sebab lagi berat, lagi makan banyak minyak"  sambung teman saya lagi.

jadi, bagi saya selama ini, saya menghormati pandangannya memandangkan dia adalah profesional walaupun kadang kala kenyataannya tidak mencerminkan begitu.

ye lah dalam hati, saya tekankan manusia memang buat silap, dan ada masanya membuat kenyataan salah.

tapi, peristiwa itu membuktikan saya perlu menegakkan apa-apa kenyataan maklumat saya, jika saya yakin ia adalah benar.

tak sangka pula saya dia cetek fikiran dalam hal ini, memandangkan saya jangakan dia banyak ilmu dan maklumat.

ketika dia gelakkan saya, rasa sakit hati juga, sebab masa saya menerangkan fakta itu, saya serius dan kenyataan saya berikan itu pula dimain-mainkan.

namun, saya diamkan saja, sebab tak guna bercakap dengan orang yang tak tahu dan seolah-olah apa yang kita cakapkan itu adalah sampah.

tapi, baguslah apabila teman saya seorang lagi mengiakan kata-kata saya.

No comments:

Post a Comment