hari ni hari ke 3 cuti, isnin 5 februari 2012.
tah kenapa berkobar-kobar nak membakar kalori yang makin bertambah ni. manakan tidak, dah lama tak keluar melakukan penggambaran. otak taklah tertekan memikir apa shot terbaik, suntingan visual terbaik ... jadi, tiba-tiba dah jadi bosan dok umah.
nak keluar malas sekali. walaupun boleh ke mana saja.
jadi, lepas asar karang nak keluar ke taman rekreasi bukit kiara taman tun ismail...ummm tak ingat nama...disebabkan lama tak bersenam, tak boleh 'rushing'.
hari ni nak bersenam jalan cepat je. dalam beberapa tip, bagi beginner cuma perlu buat dalam 30 minit, beberapa minggu kemudian, lepas dah stabil degupan jantung, bolehlah tambah lagi.
tak sabar la pulak.
nak ambil gambar juga. cantik sebenarnya pemandangan di kawasan tu. nanti kalau dah ok, nak 'brisk walking uphill' kat taman rekreasi bukit kiara... dapat agak dah, siksa la juga memandangkan agak mencabar...bukit tu...bila dah lama tak mendaki, kena pulak badan dah bertambah montel.
harap-harap kali ni tak putus semangat dan meneruskan senaman ini sampai larat...tak nak berhenti di tengah jalan...heheheh
ok ...i'll update later
No comments:
Post a Comment