Saturday, January 29, 2011

susah senang

entah kenapa, asyik terkena aje.  yang tak elok tu mesti orang nak 'letak' kesalahan atas kita.  padahal, ikut logik, segala tuduhan tu mereka yang mulakan.

kita dikatakan tidak bekerjasama.  padahal mereka yang tidak mahu kita bekerjasama. 

kalau mereka tu baik seperti yang mereka 'perasan', mengapa pulak bila ada 'event' yang memenuhi kepentingan diri mereka, kita dipinggirkan?

banyak kali dah kena.  kesian.  mereka 'perasan' bagus.  sebenarnya tidak.

mereka selalu ke mana sahaja, dengan anak ayam dan itik yang sama.  takkan la kita nak terhegeh-hegeh meminta.

masa mula dengar perkara ini geram la juga. manakan tidak, mereka yang buat hal, kita pula yang terkena.  gila ke apa? 

tapi, ada aku kisah?  ini yang sedap didengar. 

jawablah nanti kat akhirat.  pilih kasih, tak adil, itu akan diambil kira nanti. 

jangan fitnah orang, akibatnya akan memakan diri sendiri.  cepat atau lambat aje, balasannya.  kalau tak kena batang hidung sendiri, anak, adik atau sesiapa saja yang terdekat, akan terkena tempiasnya.

eh, macam marah je.  setakat ni ye la... nak cuba hilangkan marah hahaha, kelakar.

jangan jadi munafik ye.  terutamanya mereka yang berada di atas.

No comments:

Post a Comment