Monday, March 4, 2013

jangan bersedih...saya maafkan dia...





Aduhai, dah banyak kisah mengenai saya yang diburukkan rakan sekerja,  disampaikan pula oleh rakan sekerja dari jabatan lain.

Tak sangka seorang yang dah berpangkat penerbit eksekutif masih tak puas hati dengan pencapaian orang lain.   Saya andaikan dia ni ada masalah jiwa agaknya.

Masa saya dah keluar dari Sri Pentas, umpatan dan fitnah mengenai saya dan dua lagi rakan sekerja menjadi santapan halwa telinga rakan-rakan dari sama dan juga jabatan lain.

Bila saya masuk balik, satu demi satu terbongkar rahsia dia memburukkan saya, terutamanya.  Entah apa yang dia tak puas hati.  Eh, baru ingat, bukan saya sorang je... ramai lagi yang menjadi bahan umpatannya.  Termasuk 'dayang' aka bibiknya di situ hehehe. 

Marah?  Mulanya ye.  Mungkin Allah menguji saya. Tapi, kenapa saya tidak lagi rasa marah, bila semakin hari semakin ramai yang datang memberitahu saya mengenai si polan itu?  Sebabnya begini, 

 Satu hari saya terdengar tazkirah melalui media elektronik.  Ada seorang ulama dulu difitnah, dia tak marahpun.  Malah, dia membawa barang makanan mahal kepada orang tersebut.  Orang itu tentulah terkejut kenapa... Ulama itu menjawab, dia berterima kasih kepada orang yang mengumpat itu kerana segala pahala kebaikan orang itu, Allah berikan kepada ulama tersebut. 

Huh bayangkan sebelum saya keluar dari jabatan dulu, kerja di stesen tv lain dan masuk balik... ha... dah lebih setahun.  Dia menghadiahkan saya kebaikannya.  Alhamdulillah,  saya redha.

Saya maafkan dia.  

Jadi bagi anda yang bersedih kena umpat dan fitnah.  Jangan cepat melatah.  Istighfar dan mengadu kepada Allah.

Kita belanja orang yang memfitnah dan umpat kita itu dengan belanja dia makan atau beli saja barangan kesukaannya.  Bila kita bagi, dia tanya kenapa?  Jawab je, saya berterima kasih sangat kepada awak.  Itu je.  

Jangan pula kita nak jadi macam diri dia...  biar kita dihina di dunia tetapi jadikan diri kita dimuliakan di Kerajaan Langit.

Fitnah dan umpatan yang melanda diri saya amat hebat.  Tetapi, Allah yang menolong saya.  Walaupun ada beberapa rakan setugas cuba menghalang saya bekerja semula di Sri Pentas, Allah tetap memberi rezeki kepada saya kerana jabatan lain yang memanggil saya untuk mencurah pengalaman saya di sini.

Alhamdulillah.  Ya Allah, kau jauhkanlah aku daripada fitnah dajjal, fitnah kubur,  fitnah dunia dan manusia.  

Amiinnnn.... 



No comments:

Post a Comment