Lama betul tak update blog ni. bukan apa, sibuk menyiapkan tugasan di tempat lama, lepas tu sibuk nak pergi ke tempat baru. alhamdulillah, la ni ada kat tempat baru.
ramai yang terkejut bila saya meletak jawatan. pelbagai reaksi saya dapat daripada kawan-kawan dan saudara mara.
buat pertama kali dalam hidup saya, saya berhijrah...hanya pada Allah saya serah masa depan saya. saya dah lama bersabar dengan pelbagai karenah. bagaimanapun ujian tetap datang apabila saya ditawarkan 2 tempat. pemilihan telah dibuat. alhamdulillah.
apabila kita melangkah ke tempat baru dan keluar dari tempat lama, tahulah kita, siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak.
saya dah maafkan semua orang.
mulakan hari baru, hidup baru. kita tahu ke mana arah kita dan keupayaan kita.
maafkan saya.
No comments:
Post a Comment