Sunday, February 14, 2016

Minta tolong buat kali terakhir...


Assalammualaikum.  

Huish... lama benor tak kemas kini blog.  Dah bersawang dah.  Banyak perkara berlaku.  Meh nak kongsi kisah yang dilalui...




Genap tiga bulan saya dapat mesej terakhir daripada seseorang yang amat memerlukan duit.  (Tak tahu samada saya ni tak prihatin ataupun dah cukup terkena)

Setelah sekian tahun DIA meminjam wang dan janji tinggal janji... tiba-tiba sms ini masuk...

Askm kchik sihat ke ...kak ? nak minta bantuan buat kali terakhir kat kchik...kak? nak pinjam rm500 @ brp sja yg kcik mampu, kak? merayu sangat2 kak? nak buat modal untuk menyara hidup tlng simpati pada kak? bagi jawapan segera...

hmmm

Saya memberi jawapan, tidak dapat membantunya, kebetulan banyak komitmen tertangguh.

tanpa balasan dia terus senyap.

DIA punya suami, tapi kerja... tak mahu, mungkin malas, mungkin tak suka bekerja dengan orang.   Sejak mereka berhenti  kerja dalam perkhidmatan awam,  masalah kewangan melanda.  Dari cerita yang dikongsi, suaminya berniaga... tapi konon ditipu... entahlah.  Tapi, takkan tak cuba usaha yang lain kan?

Oh ya, mungkin anda yang membaca ini akan mengatakan saya berkira?  Kalau anda di tempat saya bagaimana?

5@6 tahun lalu saya pernah meminjamkan wang kepada DIA, alasan perlu sangat-sangat untuk kelangsungan hidup.  DIA berjanji akan membayar segera bila duit dah ada.  Kenapa saya percaya DIA? Sebabnya dia adalah orang yang bijak dalam hukum hakam agama.  Lagipun semasa berkhidmat dalam sebagai penjawat awam, jawatannya berrstatus Ustazah dalam jabatannya.  

Bulan pertama DIA minta pinjam, saya beri rm3500. Dah dapat, DIA sms saya jangan sesekali telefon atau sms DIA kerana takut suaminya tahu dan membelasahnya.  

Saya akur.  Bulan kedua DIA minta pinjam rm3500, saya beri RM2700.  Sama juga, jangan hubunginya walau apa carapun.  Hati saya mula tak sedap.  Dua bulan berturut-turut dia minta pinjam dalam jumlah yang banyak.  Setakat itu, dia lah yang sms saya dan mengingatkan saya jangan sesekali mesej atau telefon DIA sebab takut suaminya tahu.  

Bulan ketiga berturut-turut, DIA mesej saya dan minta lagi bantuan RM3000 dengan alasan amat terdesak dan nak hidup.  Saya beri juga sebab kesian, tapi jumlahnya saya kurangkan RM2500 @ RM2300.  

Janjinya, DIA akan bayar apabila hasil padi bahagian DIA dapat nanti, akan disisihkan untuk membayar hutangnya.  

Selepas itu senyap sepi.  Saya beri kerana selalu teringat apabila kita membantu orang yang kesempitan, Allah akan membantu dan melapangkan kita kelak.  Saya yakin janji Allah itu BENAR. 

Pernah beberapa kali saya ke rumah mertuanya yang ketika itu sakit.  Dia datang kepada saya dan mengucapkan terima kasih kerana saya tidak mengganggu DIA dan juga saya tidak pernah meminta dan mengungkit hal tersebut.  Kemudian DIA berjanji akan membayar segera apabila mendapat hasil gaharu yang diusahakan keluarganya.

Saya tak pernah minta dia berjanji apa-apa, cuma DIA yang berjanji macam-macam dengan saya.  Saya cuma diam sahaja.   Dalam hati saya terlintas, hari ini mungkin hari dia...

Dia adalah isteri kepada dua pupu saya.  Saya tak kenal rapat pun.  

Cuma, terlintas juga.  Dia punya abang kakak adik.  Takkan mereka tak membantu?  Mungkin juga mereka sering membantu hinggakan DIA pun terasa malu.

Suaminya?  Sukar nak ditafsirkan.

Walaupun saya dan keluarga suaminya ada pertalian darah...saya masih ingat akan hinaan keluarga suaminya kepada keluarga kami.  Mereka tidak dapat menerima hakikat pelanggaran hukum agama yang terbuat keluarga mereka... di dunia kita boleh sembunyi.  Tetapi hukum Allah tetap dikira... dan benar... keluarga mereka agak kucar-kacir.  Dan alhamdullillah keluarga kami telah menunaikan tanggungjawab agama dan insyaallah mudah-mudahan terlepas daripada tanggungan yang amat berat itu...Biarpun pelbagai cemuhan kepada kami, kononnya nak saman... si suaminya kata kalau dia menyaman keluarga kami akan merengkok dalam penjara.  

Nak bohong tu agak-agaklah.  Perkara benar, orang-orang lama di kampungnya tahu kisah keluarga mereka. Cuma mereka mendiamkan sahaja.  Suaminya masih EGO lagi nak mempertahankan benang yang basah. Tak mungkin mereka akan menang...Cakap besar tak sudah-sudah.  Kalau ye... boleh je pergi mahkamah... tapi, kena lah kes dibicarakan di Mahkamah Syariah.  Ini bab hukum agama yang paling BESAR.  

Cuma salah seorang ahli keluarga mereka mengucapkan terima kasih kerana tidak menyembunyikan kisah keluarga mereka.  Kalau tidak sampai bila-bila mereka terpaksa menanggung dosa.  Kata seseorang itu, benarlah tindakan keluarga kami memberitahu kedudukan sebenar, kerana keluarga mereka kucar-kacir jadinya.  

Bayangkan mereka tidak dapat menerima hakikat dan takut menanggung malu.  Sampaikan keluarga kami dicerca dipulau keluarga mereka.  Demi silaturrahim kami tetap buang perasaan dihina dan alhamdulillah silaturrahim disambung semula.  Biarpun beberapa kali "direject".  

Cuma di sini saya agak terkilan.  Saya pula disyaratkan dengan itu ini.  Dan saya kasihankan DIA...kerana sayangkan suami... terpaksa meminjam dan menyembunyikan hal pinjaman daripada suami. Si suami pula takkan tak pelik, isteri dapat duit dari mana kerana isteri pun tak bekerja...

Anak-anak pula bersekolah di sekolah agama berbayar.  

Secebis kisah manusia yang agak rumit.. 

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete