Selepas subuh tadi, adoi, sakit kat urat belikat, tak tahan. Terus ambil batu sungai, panaskan, lepas tu balut dan buat tunku. Aduhhh, tak kurang juga.
Itulah penangan makan langsat. Petua orang tua kata kalau tak mau sakit urat, jangan makan langsat. Betullah. Kesan seliuh saya berbelas tahun dulu terasa kembali.
WALAUPUN TAK BERAPA BANYAK, TAPI PENGALAMAN BIDAN TERJUN KE JELEBUH DARI DAMANSARA PERDANA KE AMPANG DAN TERUS KE JELEBU, NEGERI SEMBILAN, ADA BERANI? |
Semalam, Fawwaz dan Intan mengajak saya ke Jelebu untuk makan durian. Ha, mungkin ada yang kata, apa ke hal pergi jauh-jauh setakat nak makan buah.
Kalau kita menunaikan hajat orang, insyaallah Allah tunaikan hajat kita. Itulah pegangan kata-kata hikmah yang selalu di hati saya.
Mak Fawwaz telefon suruh dia pi Jelebu. Memandangkan dia takdak kereta, sayapun ok jer.
Lepas Isya' terus ke kawasan kondo mewah berhadapan Hospital Ampang. Jadi, dah tentu sampai ke Jelebu 15 minit lagi ke tengah malam. Berbaloi. Bukan berbaloi dapat makan buah, tapi, senang tengok depa ceria. Sekurang-kurangnya dah bersilaturrahim
KALAU YANG KAKI SUKA MAKAN LANGSAT... MENARIK BUAH NI |
Sebenarnya, Allah Maha Kaya, Maha Mendengar. Semalam tah, saya tiba-tiba teringin pulak nak makan durian. Ada di jual di pintu masuk apartment tempat saya tinggal. Tapi, saya malas nak keluar. Kekonon, malam ni (hari Rabu) ada pasar malam kat Penchala. Ha, dah sekali keluar pi pasar malam boleh la beli makanan lain. Tapi, hui... tah apa ke benda teringin sangat nak makan durian. Bayangkan dari tengahari sampai ke maghrib dok ingat, ish.. kalau dapat durian 2,3 ulas sedap ni. Kali ni nak beli yang sedap. Terlintas juga dalam hati, tak pa, rezeki Allah bagi. Kalau dia nak bagi, bila-bilapun. Ha.. esok Rabu, rezeki aku tu.
TAK AMBIL RAMBUTAN BANYAK, SEBAB SEGAN LA JUGA |
Barang diingat. Kita ni manusia. Jangan memandai nak tetapkan rezeki kita tu bila. Lepas masuk maghrib, terus Intan telefon. Masa dia dok terangkan kedudukan sebenar, minda saya merayau. Subhanallah, Allah Maha Mendengar, Dia akan beri rezeki ikut masa Dia. Bukan masa aku. Keinginanku dah dimakbulkan.
2 BIJI UNTUK SAYA DAN 2 LAGI UNTUK JIRAN |
Paling menarik, masa kat Jolobu tu, ketika dok santap durian, gedebuk gedebak, durian jatuh. Totapi, disobabkan waktu tongah malam. Heii takkan la den nak poe kutip. Agak-agak la kan.
Kalau siang mesti seronok, sebab pokok durian di keliling rumah, di belakang rumah tu pula ada sungai besar dan sungai kecil. Itula, kalau pi siang, saya mesti nak makan kat sungai punyalah.
AGAKNYA KALAU ORANG YANG DOK MABUK BUAT DURIAN CREPE, PASTI DAH SELAMAT MENJADI JUADAH ITU. |
Disebabkan durian ni baru jatuh. Huh, payah juga la nak membukanya. Saya dengan Intan tersengih-sengih je tengok tunang dia dok pulun nak buka. Masa buah ketiga, dia mengalah. Dia minta sepupu dia tolong bukakkan. Laa.. rupa-rupanya buah tu tak masak.
Nak tergelak juga bila tok dia dok bebel kat buah tu. "Hey apasal ko luruh? Ko kalau nak luruhpun tunggula buah ko masak dulu. " Hehe macamlah buah tu faham.
Ha moktan di atas sepupu tunang Intan main petik je. Berlambak buahnya. Dah puas makan dalam pukul 1.20 pagi kami pun gerak. Ada la sikit buah tangan kat atas yang mak sedara tunang Intan suruh kami bawak balik.
Sayapun ambil la sikit. Laa pagi tadi baru saya sedar, tempoyak 3 tupperware. Hai nak buat apa bebanyak tu? Tak apa bagi kat orang ajalah.
Jadi, saya kongsikan juga dengan jiran saya buah yang tak seberapa ini. Biarpun saya suka, tapi, lebih baik berkongsi.
Pengalaman berkenderaan di tengah malam di lebuhraya Lekas memang mengujakan. Golap golita di kawasan tertentu.
BUAH TAK BERAPA BESAR DISEBABKAN HUJAN TURUN SENTIASA, TAPI, TAK KISAHLAH SEBAB RASA SAMA, TAPI, ADA JUGA YANG MASAM |
KALAU YANG TERSELIUH, JANGAN MEMANDAI NAK MAKAN LANGSAT. HUH... RASA MACAM ORANG TUA UMUR 70, SAKIT SANA SAKIT SINI. |
No comments:
Post a Comment