Wednesday, December 12, 2012

bersantai di jeram pecah batu, terong, menggamitku ke situ

HUH... LAGI SEKALI 
Jumaat baru-baru ni, saya bersama Intan dan tunangnya telah membuat perancangan ke Taiping.  

Sebenarnya, agenda utama adalah mak abah dia suruh balik makan durian.  Durian Perak tu, yang sah-sah tersedap. 

DAH SAMPAI BATU PECAH, TERONG, PERAK
Bertolak pukul dekat pukul 5 petang.  Sampai ke Taiping dah malam.  

Bila dah sampai, mak dia jamu makan malam gulai udang galah yang dipancing abang Fawwaz di Jelebu.  Sedap, manis sebab segar lagikan.


JALAN MENURUNI KE JERAM
Lauk banyak kat depan mata, tapi malu nak jamah.  Mujur abah si Fawwaz dia cedok dan masukkan dalam pinggan saya.. hehehe... sukanya sebab dapat makan udang lagi... betul la kata orang, malu takkan kenyang. 
HUH, SEMPAT 'POSING' SI INTAN
Esoknya bercadang nak ke beberapa air terjun atau jeram di Taiping.  Tapi, paginya saya dan Intan belajar membuat pucuk ubi masak tempoyak.  Pergh... Terbaek dari ladang.  Pandai betul mak Fawwaz masak.  Apa lagi, sayapun tumpang sekaki la belajar.


NAMPAK AIR NI HATI DAH DUP DAP DUP DAP 
Abah si Fawwaz pula mengajar kami cara-cara nak memotong daun ubi dan kaduk serta serai.  Kena hiris halus.  

Dah siap masak, mak Fawwaz sempat lagi buat nasi ayam.  Mak ai, rajin betul.  Itu dalam dok payah nak jalan sebab tak sihat.  Rasa serba salahpun ada, tapi, rumah orang takkan nak pi memandai nak masak kan?
CANTIK TUMBUHAN YANG ADA DI SINI 
Ha, lepas makan, zass kami mai di sini.  Memang saya terjerit-jerit kecil dengan Intan.  Tak lepas mulut asyik dok puji, wah cantiknya, wah terbaek dari ladang... ladang apa? tah... dah terikut moto abah si Fawwaz. 
BUDAK-BUDAK REMAJA DAH 'COP' TEMPAT DI SINI 
Sampai di sini, rupa-rupanya ada kawan-kawan si Fawwaz, apa lagi, Intan terus zusss berendam.  Saya tak turut serta sebab saya tak berapa suka kalau setakat sejam dua, buat basah baju jer. 
NI KALAU DITANAM DI TAMAN, CANTIK NI - TAK LAMA LAGI DAH ADA KAT SUNGAI BULOH KOT HEHEHE

TURUN DARI SINI SENANG SIKIT

AKAR-AKAR KECIL DAH TUMBUH 

BATU

HAH, INTAH DAH TAK SABAU
Memang, saya teruja sangat sebab jeram di sini, sudahlah air jernih, kawasan besar untuk berendam dan belajar berenang kalau nak.   Macam saya tak pandai nak berenang, suka la kan..

Tapi, masa yang singkat kami singgah di situ memang menyeronokkan, tambahan pula, kepala si Fawwaz tu dah merancang buat piramid manusia dengan budak-budak yang dah lama mandi kat situ.
NI KALAU BERENANG SERONOK

AIR JERNIH LAGI MENGGODA 

KAT SINI AYAQ TAK DERAIH




TU DIA, TARZAN DAH NAK TERJUN 
Tu dia, depa dah bertukar jadi tarzan.  Intan setakat tengok je la.. ye la takdak geng mandi dengan dia, tapi, oklah tunang dia ikut sertakan. 
DEPA DOK TUNGGU NAK GELONGSOR 




TU DIA, EH TAK SAKIT KE
huh, kreatif bebudak ni bermain-main di sini. 
SERONOK DEPA DAPAT GELONGSOR







NI YANG BUAT BUNYI MENDEBARKAN JIWA

CANTIK 

TU DIA, DEPA DAH BUAT PERANCANGAN LAIN PULAK 

DERAS DAN DALAM KAT SITU 

PERGHHH


TENGOKLAH, KUATNYA AIR






DEPA DAH BUAT DAH PIRAMID MANUSIA

HUH... SAPA YANG KAT BAWAH TU LA SAKIT 
Tu dia, depa dah buat piramid manusia.  Sebenarnya ambil masa la juga sebab bukan ringan budak-budak ni.  Yang dok paling bawah dok menjerit, woi cepat la sakit bahu aku ni.  Hahaha
OPPS TAK JADI 

BOTAK TENGAH BUAT PERANCANGAN 


BUAT CUBA LAGI 



SIKIT LAGI, HAMPIR BERJAYA 


HAHA... DAH BERJAYA 
Akhirnya berjaya la juga depa buat beberapa kali.  Seronok tengok depa.  
YEE HAAA

DAH LAMA POKOK NI KAT SINI 

BUAT  LAGI 


Sebenarnya, sepanjang berada di jeram Pecah Batu ni rasa macam tak mau balik.  Kalau nak bermalam di sinipun boleh.  Indah sangat pemandangan di sini.  

Tak pa, lain kali boleh mai lagi.  Buat perancangan betul-betul, kena pi awai lepas sarapan.  Barula seronok.

Memang betul la, bila kita berada di jeram memang rasa tenang dan aman.  Ringan kepala.   Jiwa pun tenteram.  Ha, ni baru kat sini, syurga dunia.  

Bayangkan kalau syurga di akhirat nanti?  Syukur kepada Allah.








HATI-HATI, KAWASAN NI DALAM MELEBIHI KEPALA DAN DUA PARAS TANGAN KITA BILA DIANGKAT KETIKA TENGGELAM DI SINI... ARUS KUAT





TARZAN



TUKAR PERMAINAN LA PULOK 

SIB BAIK CIK MON TAK DAK, KALAU TAK, HABIH SEMUA BAJU TU DILARIKAN 




BEBUDAK DAH BEREHAT, TETAPI INTAN TETAP NAK BERENDAM 



SYURGA DUNIA 



NI MASA ON THE WAY NAK BALIK 








KENDERAAN YANG BERJASA SELAMA 3 HARI 2 MALAM



ADA YANG TAK NAIK SAMPAI KE ATAS, MANDI KAT SINI JE... KAT BELAH BAWAH 


HUH...TETAP CANTIK 







1 comment:

  1. serius tempat ni cantik sangat. gambar pun banyak untuk cuci mata. entri yg baik. btw nk dtg sini kena jalan kaki ke? x pernah dengar lagi jeram pecah batu.

    ReplyDelete