Ok, sambung lagi lawatan ke MAHA 2012 di Serdang, MAEPS Selangor.
Di bawah ini adalah antara gambar di pameran Antarabangsa. Di sini, kita boleh melihat pelbagai produk keluaran tempatan dan juga antarabangsa serta maklumat berkenaan hasil produk ataupun pengeluar negera tersebut.
Booth IKS tempatan lebih kurang je. Tapi, boleh bayangkan semua produk tempatan yang dijual di pasaran.
Saya amat menggalakkan anda berkunjung ke sini di semua lokasi. Menarik. Esok adalah hari terakhir. Pergilah...
Kepada yang berminat, apa salahnya pergi. Lupakan kat mana nak parking. Ikut je aliran, insyaallah adalah parkir untuk kita. Kalau yang bawa anak-anak bawah 9 tahun, fikir banyak kali sikit kalau nak ke sana ye. Kalau anak-anak jenis tak buat hal, lagi bagus.
Di sini, seronok sangat kalau kita nak melawat dan menambah pengetahuan.
Selain itu, kita juga berpeluang merasa sampel produk yang dijual di situ. Harga? Agak mahal la juga. Tapi, bagi yang tak kisah, bolehla kot.
Seeloknya kalau nak ke sini, kena pergi waktu pagi, taklah kita rasa masa singkat.
Aha, yang paling menarik minat saya, ke satu 'booth' khas untuk hasil pertanian yang mendapat tempat terbaik dalam pertandingan di MAHA.
Memang menarik, lihatlah foto di bawah.
LIMAU MANDARIN YANG MENANG TEMPAT PERTAMA |
UBI KAYU NI MEMANG BESAR SANGAT-SANGAT |
JAMBU NI MEMANG BESAR. SEBESAR SAIZ TEMBIKAI MADU. HADIAH NO 1. |
LABU YANG MENANG DALAM PERTANDINGAN DI SINI |
KELAPA LAUT - sepatutnya kena belah dan pamerkan. |
BUAH KERANJI DI DALAM PERAHU. DAH JARANG SANGAT NAK TERSEREMPAK DENGAN BUAH KERANJI. SALAH SATU BUAH YANG SAYA MINAT. SEDAP, RASA MANIS MASAM. |
Buah dabai sedap digoreng dengan nasi. banyak terdapat di Sabah & Sarawak. Tak pernah cuba. |
BUAH CERAPU - PERNAH DENGAR? |
ALAHAI TERBALIK, MALAS NAK BETULKAN... |
Bagaimanapun, ada lagi satu tempat di pameran antarabangsa yang mempamerkan orkid yang menang dalam pertandingan di sini. Ha, di sini boleh meroyan... cantik sangat-sangat.
BUAH KUNING TELUR, TAK PERNAH DENGAR SEBELUM NI |
No comments:
Post a Comment