Friday, December 7, 2012

Petua hilangkan bau durian dalam kereta - sambung kisah durian jelebu


roti jenama apapun ok jer
Aduhai, petang tadi masa nak keluar, saya bukaklah bonet kereta nak simpan barang.  Tetiba bau menyengat menusuk ke hidung.  Oh... bau durian yang memeningkan tu dah ada.  Terus tak jadi simpang barang di situ.  

Mujur dalam kereta tak bau.   Bila saya buka penghawa dingin, ok lagi.  Lama-lama bau durian dah masuk dalam kereta.  Alamak, ini buat saya tak tahan. Kalau bau harum durian bolehla, tapi bau durian yang agak tengik tu, buat saya dah pening.

Malamnya, bau bertambah kuat.  Aduh, saya singgah kedai jap, cari roti.  Takkan nak beli Gardenia?  Membazir.  Cari keliling tak jumpa yang murah.  Yang jumpa pun roti High 5, itupun RM2.40.  Saya beli juga.

Dah bayar, bila nak keluar je, adegan yang tidak ingin saya temui berlaku juga.  Terpampang, jenama roti Sedap.  Belek harga.  RM1.70.  

Saya salahkan diri saya sebab tak teliti.

Sampai di kereta, saya buka bonet.  Saya letak dalam 6 keping roti.  Hishh, takkanlah nak letak semua.  Sayang tu.  Ini adalah makanan.  

Lepas tu saya lepak di kedai mamak Mosin di Taman Tun.  Terjumpa kawan-kawan ofis.  Apalagi terus bersembang sampai dekat pukul 1 pagi.  

Bila masuk dalam kereta.  Eh, bau durian menyengat tu dah hilang. Kurang yakin, saya tanyakan kawan saya di sebelah, ada bau durian tak?  (Dia tak tahu saya letak roti dalam bonet).   Terus dia jawab dah tak bau.

Padahal masa singgah masjid tadi, saya tanya dia, dia kata bau durian. 

Jadi, lain kali, letaklah roti dalam bonet kereta kalau nak hilangkan bau durian.  Kalau masa bawa buah ataupun buah tak ada, tapi bau ada.  Mana-manapun boleh.

Lagi satu, depa bagi petua arang.  Tapi, arang ni kureng sikit.  Selama penelitian saya berdasarkan pengalaman, chewah... rotilah yang paling berkesan hilangkan bau dalam masa singkat.

Cuma soda bikarbonat je saya tak cuba lagi.  Tapi, saya memilih rotilah, sebab bau rotikan sedap?

Jadi selamat menghilangkan bau durian dalam kereta.  Cubalah, modal tak mahal sangat. 





No comments:

Post a Comment