Selalunya, orang akan bercerita mengenai perjalanan pergi ke Taiping, tapi saya terbalik la pulak. Biar saya bercerita mengenai perjalanan pulang dari Taiping le ye.
Semasa bertolak balik, hanya ini je yang sempat saya ambil ketika keluar dari simpang perumahan Fawwaz. Orang tua Fawwaz memang baik sungguh. Abahnya pula berasal dari Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Apalagi, dah jadi geng.
Kamipun borak tanpa sempadan. Bercerita mengenai sekolah-sekolah di Kepala Batas dan juga bahasa utara kami yang dah lama tak digunakan. Hehe, nak tergelak la juga. Lupa daratan sekejap.
Taping memang antara kawasan menarik la. Saya suka dengan air terjun, jeram dan pemandangan berbukit bukau di sana. Rasa macam nak bawa balik je semua tu.
Nak buat macamana, Fawwaz tak bagi. Dia kata kalau nak, tukar suka sama suka satu menara KLCC dengan jeram yang saya nak. Alamaks, melampau suda....
Ok, pacuan 4 roda di ataslah menjadi kenderaan rasmi 3 hari 2 malam ke Taiping. Saya tukar kereta saya dengan abah si Intan.
Walaupun malam mula sampai tu segan gila. Tapi, buat dek la juga. Abah Fawwaz kelas la. Dia layan kami sampai rasa segan tu lama-lama hilang. Dia pun jenis loyar buruk. Ha, kena la...dengan saya yang ada masa gila-gila la juga.
Masa balik, Intan kata macam tak nak tinggalkan Taman Air Kuning tu, sebab ... terbaek la tempat dan layanan di sana.
Dia memangla akan jadi keluarga Fawwaz... ha, boleh la dia pi lagi, saya cuma tumpang sekaki jer.
Pengalaman berada di sana memang terbaek. Terbaek dari ladang... segar dari ladang.
Jumaat petang bertolak ke Taiping. Sampai dah dekat pukul 9 malam lebih. Kami dijamu dengan gulai udang galah. Huh, terbaek dari ladang. Kena paksa tambah 2 kali. Lepas tu kena makan durian. (hehe kena paksa makan tu)
Ha, bab durian ni memang terbaek dari ladang. Saya eja baik tu jadi baek.. sebab sebutan dia kena lain sikit. Itu adalah kata-kata abah Fawwaz kepada saya.
Masakan yang dimasak mak Fawwaz kebanyakan bahan-bahannya adalah dari kebun di belakang rumah depa. Segar dan tanpa bahan racun serangga. Subur.
Gambar ni saja-saja ambil. Dah jauh dah tinggalkan rumah Fawwaz.
Nanti saya kemaskini pengalaman di sana ya. Tapi, apa yang kami buat tu, tak semua la saya cerita. Yang penting, ha, dapat juga ke kawasan rekreasi air terjun yang cantik lagi hebat. Terbaek dari hutan daa...
Oh, mujur la ada pasangan ni sudi mengheret saya ke dalam 'dunia pengembaraan' mereka. Hehe, saya juga boleh bersilaturrahim. Alhamdulillah bertambah lagi kenalan.
Nantilah saya sambung lagi la apa pengalaman saya di sana. Huh, rasa sekejap sangat di sana. Padahal, bila malam rasa sayu sebab dok kat rumah orang... bila balik rasa rindu pula di sana..
No comments:
Post a Comment