Huh, berada di pameran orkid semasa MAHA 2012, buat saya rambang mata. Kalau boleh tak mau keluaq. Cantik sangat-sangat orkid di situ. Mana taknya, kebanyakan orkid ini adalah yang memenangi pertandingan orkid. Kira pemenang 3 yang utama.
Ada yang besar, ada yang kecil. Warna terang, warna pudar dan tak sangka, nampak macam bunga biasa tapi, sebenarnya spesis orkid.
Teringat pula masa ke taman orkid di serendah, macam berada di taman bunian. Aih, awat semenjak dua menjak ni asyik sebut bunian ja? Udah-udah la.
SAYA SUKA WARNA KUNING INI. |
Yang kat atas ni macam bunga melong ja. Yang daun panjang tu, yang orang buat untuk balut masa tergeliat / seliuh.
CANTIK |
Ada juga orkid yang semerbak harum. Tak ingat, yang mana satu. Lalu ja kat situ bau... wangi
MACAM BUNGA BUTANG |
HUH, YANG NI MENJADI PILIHAN UNTUK ORANG BERGAMBAR. MERAH GARANG |
INGAT KA ORKID HITAM... BUKAN... |
HA, TENGOKLAH, RAMAI BENAR ORANG |
YANG HAMPIR WARNA HITAM MENJADI PILIHAN SAYA.. |
Ini baru pameran bunga orkid. Bayangkan kalau ke pameran di Pesta Flora.
Itulah pengalaman menarik ketika di pameran MAHA 12.
Salam..
ReplyDeletememang menarik mata melihat segala keindahan
Assalam,
DeleteItulah... ciptaan Allah...membuatkan kita sentiasa terpesona