Wednesday, December 5, 2012

APA ADA DI MAHA 2012 - BAB 4 - TAMAN DALAM AKUARIUM

Ketika berkunjung ke MAHA 12 baru-baru ini, mata saya tertangkap ke beberapa akuarium yang bukan berisi ikan, tetapi tumbuhan yang bagaikan taman di hutan.  

Menariknya, ia dihasilkan pelajar sekolah menengah.  Kreatif sungguh.  Nampak macam mudah, tetapi bukan senang nak menghasilkannya.  Tambahan pula perlu memikirkan kombinasi tumbuhan dan juga lanskap di dalam akuarium ini. 


HA, NI KAWASAN JURANG



Gambar yang saya ambil sepatutnya menunjukkan keseluruhan akuarium, barulah cantik juga.  Tapi, ramai pula orang dok melihat pameran ini, takkanlah saya nak kacaukan?

Jadi, ambil yang sempat dan sudut yang bolehlah. 


MACAM DALAM HUTAN

CANTIK KOMBINASI DI ATAS, TAPI, ORKID TU... 

Ada kombinasi tumbuhan yang padan di dalam sesebuah akuarium, tetapi ada juga yang nampak macam tak kena. 






CANTIK TAMAN INDAH INI. 


Add caption

Memang saya teruja ketika di pameran ini.  Tak cukup masa berada di sana.  Saya pula bukan jenis yang tengok lalu saja, tapi, suka meneliti objek yang menarik minat. 

Bagi saya, menarik juga tetapi, kalau yang rajin dan bertenanga, bolehlah berjalan-jalan je.   Kalau yang bawa anak-anak dan beli barang, hmm, kenderaan disediakan, tapi, biasalah rakyat Malaysia tak suka beratur.  Berebut-rebut nak naik bas dan tram yang disediakan. 

Ok setakat ini, nanti bersambung di Bab 4 pula ya. 

No comments:

Post a Comment