Saturday, February 2, 2013

SIRIH PULANG KE GAGANG...


1 Februari 2013, Jumaat,  hari pertama aku menjejakkan kaki ke Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa TV3.  Hari pertama aku bertugas semula di sini tapi, untuk kali ke 2. 

1 September 1995 juga hari Jumaat dulu, ia sepatutnya hari pertama aku ke Sri Pentas untuk memulakan tugasku sebagai Penolong Penerbit di Jabatan Majalah TV3.  Tapi, aku menunda ke 3 September tahun sama.

Memang benarlah, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita dan diberi anugerahNya tepat pada masanya.

Setahun lebih dulu aku melangkah pergi dari Sri Pentas untuk mencuba sesuatu yang baru dan mencabar.  Alhamdulillah, aku berjaya menempuh liku-liku bekerja di stesen televisyen baru.  

Tapi, rezekiku hanya setakat tahun lepas sahaja memandangkan, orang kuat stesen televisyen itu, tidak berupaya dan amat kurang pengalaman dalam bidang penyiaran.  

Bagaimanapun, aku tidak kesal, kerana ia adalah secebis pengalaman yang amat bermakna padaku.  Kini, aku lebih berpengalaman daripada kawan-kawanku di Sri Pentas yang tidak pernah keluar daripada zon selesa mereka.

Semasa aku keluar dari Sri Pentas, mereka yang juga rakan setugasku,  berkata aku terlalu berani dengan janji yang tidak pasti.  Tapi, waktu itu aku hanya nampak semangat ku untuk menjadikan stesen televisyen baru itu berdiri gagah di mata dunia.  

Paling aku terkejut, kini, aku ditawarkan bekerja di Sri Pentas semula tanpa aku memohon sebarang jawatan  di situ.  Allah Maha Kuasa. Alhamdulillah, tenaga dan akalku diperlukan di sana.

Sebelum kutahu rezekiku di sini, aku mendapat berita kurang menyenangkan daripada beberapa kawan-kawanku di jabatan lama.  Mereka berkata jangan sekali-kali kami melangkah kaki di Sri Pentas semula, kerana bekas ketuaku tidak mahu lagi kami di situ.  Kalaulah anda berada di tempat saya, mungkin anda terduduk.  Rekod saya bersih, tidak pernah menimbulkan masalah disiplin atau kerja di sana... 

1.  Masa dapat berita tu, memang tak terfikir nak balik semula ke situ.
2.  Kenapa tiba-tiba bos lama 'benci' kami padahal sebelum keluar dia amat diplomasi dan memberi nasihat amat berguna kepada kami 
3.  Semasa bekerja di tempat sebelum ini, bos selalu lalu di pejabat kami dan berhubungan dengan salah seorang rakan ku untuk  bertanya khabar...hmmm pelik dan aneh.

Tapi, aku  berserah pada Allah.  Semua yang ada di langit dan bumi adalah hak Allah.  Aku serahkan segala-galanya kepada Allah supaya ia bukan berita benar. 

Akhirnya semalam aku kuatkan semangat selepas melapor diri dan bertemu dengan ketua tertinggiku itu,  dia menerima baik kedatangan kami malah kami bersembang lebih 2 jam... seronok rasa dapat kembali bekerja di situ.  Malah aku dengan bekas ketua ku itu kini bekerjasama kembali dan tempatku di sebelah bilik dia lagi...ha...lagi dekat...ish ish ish... 

Jadi, berita yang kudengar itu tidak betul, rupa-rupanya hamba Allah itu yang takut dengan bayang-bayang sendiri.  Rezeki di tangan Allahlah kawan, bukan di tangan manusia.

Moralnya, jangan kita melatah apabila mendengar berita tak baik daripada seseorang yang kita tidak pasti benar atau tidak.  Walaupun dia baik dengan bos itu.

Seronok betul semalam.  Semua warga Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa menerima baik kedatanganku.  Malah terpancar kegembiraan di wajah-wajah mereka.  Ada yang menawarkan untuk menghulur bantuan jika aku memerlukan.

Rupanya ia kuasa Allah kerana Allah yang menggerakkan hati-hati mereka yang terlibat ini untuk ku ke sana semula.  Alhamdulillah.

Kenapa aku gembira berada di tempat baru?  80 peratus yang bekerja di jabatan ini adalah teman-teman yang kenal diriku... ya la aku ni terlebih peramah dulu, walaupun jabatan lamaku dan jabatan baru ini cuma berurusan masa tertentu... kita bertegur sapa bagaikan bekerja di satu jabatan, malah kadang kala selamba je aku duduk minum dengan rakan sekerja jabatan ini.

Memandangkan aku dah lama tidak memerah otak dan tenaga untuk mengejar 'deadline' - huh perkataan ini adalah mimpi buruk kami di sini, hehehe.  Aku amat teruja...

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana mengembalikan ku tepat pada waktunya.  Doa ku dimakbulkan... pada masa yang sesuai.  

Aku tak menafikan aku berdoa 'spesifik...antaranya, Ya Allah Kau kembalikanlah aku bekerja di TV3.  Akhirnya Allah makbulkan.  Kenapa aku ingin kembali bekerja di TV3 semula?  Cuba bayangkan tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain .. ye tak.

Satunya, ia lebih baik bekerja dengan pihak pengurusan yang faham penyiaran, malah telus dengan kita mengenai hal ini.  Kalau kita biasa tanam sayur, tak sama kalau kita nak tanam buah-buahan tau.  Bajanya mesti lain.  Peralatan menuai mesti lain.  Jadi, yang biasa bertanam sayur perlu memahami dan mahu belajar menerima nasihat dan pendapat orang yang menanam buah, bukan sebaliknya.  Ha, itu je kiasan yang boleh aku luahkan di sini.  

Nak tergelak pun ada, bertungkus lumus aku tak balik nak siapkan kerja, dan mengetuk papan kekunci komputer buat skrip berita juga, alih-alih rakan-rakan sekerja yang tak tahu macamana kita bekerja...dan juga ketua tertentu yang tak pernah terbabit dengan penyiaran menganggap kami goyang kaki.  Aduh...ha masa itulah aku selamba je bercakap... itulah orang yang tak faham penyiaran mesti tak faham cara bekerja. 

Kita bukannya bekerja berlari ke sana sini kalau memang kita tak keluar membuat tugasan, berita pula kita ambil dari sumber yang mana-mana stesen televisyen dunia gunakan tanpa kita perlu keluar... ini khas untuk berita, contohnya kita ambil sumber daripada Bernama, IPTV dan sebagainya yang disalurkan dengan alat tersendiri.

Bila mereka yang tak faham asyik-asyik kata kita tak buat kerja bengang juga.... sukarnya bekerja dengan orang yang kabur mata dan akal...

Bila tak faham, susahlah kita nak meneruskan tugasan kita.  Betul kata orang lama yang pernah bekerja dalam penyiaran, kalau orang baru nak buka stesen baru, kena faham betul-betul..PENYIARAN itu apa...

Kami kena kerja shift bukannya bekerja macam biasa dari 9 hingga 5.30.   Tapi, ada pihak tertentu nak kami bekerja ikut masa ditetapkan.  Kalau diberi insentif kerja lebih masa tak apa juga... tapi itu mereka tak kira.  Pekerja di bahagian pentadbiran dan lain-lain asal pukul 5.30 petang je...zass hilang... kita pulak kerja tak ingat nak balik...Kalau betul la kami ikut 9 hingga 5.30, jadi, kalau berita datang pukul 6 petang, semua orang bali camana?  Lagipun berita kami perlu disiarkan pukul 8 malam, kalau balik juga camana?  Eh ada yang terlalu cerdik jawab, itu kena la tunggu, tapi mereka sendiri tak sanggup tungu walaupun untuk lebih daripada 15 minit...

Tapi, aku tak kesal bekerja di tempat sebelum ini, kerana ia memberiku pengalaman amat berharga. Walaupun ada kawan-kawan stesen kabel baru memujukku ke sana pula, aku berhati-hati.  Aku bertanyakan latarbelakang ketua tertinggi di jabatan itu dari mana.  Bila je aku tahu dari media cetak.  Aku angkat tangan.
Sungguh, kini, aku dapat cerita macam-macam pula mengenai stesen itu.  

Aku tak menafikan di TV3 ada juga dari media cetak, tapi mereka menerima dan belajar mengenai penyiaran, ha, akhirnya ia menjadi hasil lebih baik.

Semalam dari orang bawahan hingga atasan, menerima baik kedatanganku.  Insyaallah aku akan memberi hasil yang terbaik untuk mereka.

Terima kasih TV3... 



No comments:

Post a Comment