Thursday, February 21, 2013

kala hati resah gelisah, bacalah...


‎ 
Kita sebagai manusia, pasti ada ketikanya diselubungi masalah berat.  

Di sini, ingin saya kongsikan perkara indah yang boleh kita lakukan jika kita ditimpa ujian.  Biar seberat manapun bala menimpa, ada jalan untuk meringankan bebanan biarpun ia seberat gunung Himalaya.

Pernah diberi Allah ujian, teramat berat rasanya.  Ingin diluahkan kepada sesiapapun tidak dapat kerana  saya tidak ada sahabat, tapi kawan adalah... hmmm ada beza antara kawan dan sahabat... 

Kalau sahabat susah senang bersama...

Alhamdulillah... bila kita mengadu kepada Allah, bercakap dengan Allah... Allah pasti bersama kita... setiap detik...tidak pernah Allah terlepas pandangan terhadap kita..

Di bawah saya kongsikan kebenaran yang pernah saya lalui...Alhamdulillah... memang ia ubat mujarab...

Jangan putus harap ya... lakukanlah...  yakinlah.

Saya ambil ilmu disampaikan ini kat facebook jer.  Bacalah dan kongsikanlah.

Siri Tanyalah Ustaz 27 Januari Masjid Ar-Rahman

Soalan 4:
Saya ni selalu resah, tak tenteram. Bagaimana nak menjadikan hati saya ni tenang ustaz?

Jawapan:

Suka saya memetik pesanan sahabat, Ibnu Masud:

“Seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud dan menceritakan bahawa ia sedang dilanda risau, runsing, hatinya gelisah dan tidak tenteram. Ibnu Masud menyarankan agar mendatangi tiga tempat untuk menemukan ubatnya.

Pertama: Tempat orang membaca Al-Qur’an dengan mendengarkan baik-baik atau ia membaca sendiri Al-Qur’an itu dengan baik dan tartil.

Kedua: Mendatangi majlis ta’lim atau tempat-tempat orang yang sedang menuntut ilmu, mendengarkan syarahan.

Ketiga: Datang ke tempat-tempat yang sunyi untuk menyendiri dengan beribadah & dapat merasakan manisnya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Serta-merta ia berwuduk lalu mengambil Al-Qur’an dan dibacanya dengan khusyuk dan tawaduk. Tiada berapa lama kemudian, hatinya yang runsing dan gelisah itu telah berubah menjadi tenang dan tenteram.

Seorang hukamak pernah berkata:

“Ubat hati itu ada lima perkara iaitu membaca Al-Qur’an dengan kefahaman, mendekati orang soleh, bangun malam untuk beribadah, mengurangkan makan dan menghadiri majlis ilmu”.

Wallah hu a'lam

Prof Madya Ustaz Dr Ajmain Safar
TYDP IKRAM Johor











2 comments:

  1. emm..mmg betul.. saya akui saya x punya sahabat... kawan??? mana2 ada.. penah dulu saya mengadu pd seorg teman..tp alangkah kecewanya apabila dia x mampu menyimpan rasa hati saya... dtg masa gusar2 ..prlhn2 saya mengadu pd Allah... ceritakn segalanya..wlau ada rasa malu... tp saya x penah cerita tipu..sbb Allah taukn ...alhandulillah..saya dpt kecapi ktngn...walau x bnyk..ckplah buat saya trsenyum... moga Allah trus beri ktngn pd saya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah mengadu kepada Allah lagi buat kita tenang. Beban ditanggung tidak terasa... kerisauan hilang. Baca Quran hati memang rasa tenang selepas itu. Dengar ceramah agama melalui radio IKIM dan juga di tv...seperti yang dikatakan di atas...memang benar sangat-sangat... lebih baik kita mengadu segala yang terbuku kepada Allah... Allah permudahkan... malah kalau kita buat apapun kita buatlah kerana Allah...memang segalanya lancar sahaja...

      Delete