Tuesday, February 26, 2013
REBUTLAH PELUANG JALAN KE SYURGA
semalam sempat la hadirkan diri di majlis tazkirah yang diadakan di surau. tazkirah disampaikan ustaz sahrudin.
topiknya pula mengenai sikap kikir. memandangkan saya ni orang 'baru' jadi saya dah terlepas bab terdahulu.
menurut ustaz, Sayidina Uthman b. Affan adalah seorang yang amat pemurah.
berkata ustaz, dengan bersedekah...
Allah mudahkan segala urusan kita, mudah disayangi dan juga dekat dengan syurga.
orang bakhil pula akan jauh dengan Allah dan manusia.
menurut ustaz lagi, ada kisah sahabatnya yang memulakan misi dengan memberi gula-gula kepada kanak-kanak. waktu itu sahabatnya itu hanyalah hidup sederhana sahaja... tak kaya dan tak juga miskin, cuma cukup makan sekeluarga.
sekarang ni pula, sahabat tersebut telah menambah pemberiannya dengan memberi beras kepada keluarga susah. di belakang bonetnya sahaja penuh dengan kampit beras. di mana sahaja dia singgah, bila nampak orang susah, dia bagi beras.
menurut ustaz lagi, sahabatnya tu hidup tenang, ada saja rezeki datang dan masalah pun kira tak ada sangat.
ada kisah piut Rasulullah pun memang gemar memberi makanan dan membawanya kepada orang miskin.
kalau kita beri kepada orang kaya ke orang susah ke, tak ada masalah, berilah saja, jangan berkira, kerana ganjarannya hanya Allah yang tahu.
orang yang suka memberi ni hampir kepada Allah, hampir kepada rahmat Allah dan juga hampir kepada pahala.... ha mudah bukan?
orang yang pemurah ni tidak ada hijab ke syurga
dan ini pula sesuatu yang baru...saya tahu... menurut ustaz lagi, orang yang pemurah, kalau ada hutang...Allah akan tunaikan (bayar).
dia juga jauh daripada kebencian manusia.
ada satu peristiwa, menurut ustaz lagi. ada seorang tu dia masukkan seringgit ke tabung masjid. lepas tu tiba-tiba ada seorang ulama 'menegur' dengan mengatakan bahawa duit seringgit yang dia masukkan ke dalam tabung tulah, atau yang disedekahkan itulah adalah hasil pendapatan 'HALAL'/
bila dia balik, jenuh dia fikir berbulan-bulan mengenai teguran ulama tersebut, akhirnya dia faham... selama ini pendapatan dia adalah yang tidak mengikut syariat....
cerita ustaz lagi...ada satu ketika, sahabat rasulullah dituduh mencuri unta oleh seorang yahudi.
nabi bertanya sahabat tersebut, adakah benar dia berbuat demikian? terus sahabat nabi berkata, lebih baik bertanya kepada unta tersebut jika ingin mengetahui jawapannya.
akhirnya dengan rahmat Allah, unta tersebut dapat berkata-kata. Rasulullah terkejut bagaiamana dia mendapat rahmat tersebut.
jadi Rasulullahpun bertanya apakah amalan yang dilakukan oleh sahabat tersebut sehingga untanya dapat berkata-kata.
jawab sahabat tersebut. amalannya adalah... berselawat tanpa setiap hari...
1. subuh 10 x
2. maghrib 10 kali...
jadi dalam satu hari 20 kali dia berselawat.
selawat yang paling baik adalah selawat ketika tahiyat akhir, iaitu selawat ibrahim.
menurut ustaz lagi, bukan mudah nak buat baik, ada saja ujiannya...semakin nak jadi baik semakin banyak ujian.
moral of the story, ustaz kata, buatlah apa saja amalan bank untuk dapatkan ganjaran ke syurga.
mulailah setiap pekerjaan dengan bismillah dan disudahi tugas tersebut dengan alhamdulillah.
sekian dulu tazkirah semalam... nanti ada lagi saya update
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment