Wednesday, November 27, 2013

RAHSIA ORANG DULU-DULU : BILA DATANG HAID, SUCIKANLAH


aerospike page

Assalammualaikum,
Setiap kita yang bergelar perempuan akan melalui beberapa peringkat dalam hidup.  Paling penting, apabila usia mencapai akil baligh aka menjadi wanita sempurna bila mana didatangi darah haid setiap bulan.

Mungkin ada yang pelik, perkara macam ni pun saya nak menyibuk.  Kalau ada yang merasa tidak penting, bagi saya, ia penting.

Sebagai orang Melayu yang penuh dengan adab sopan dan Islam pula yang indah peradabannya... jom kita renungkan.

Apabila masuk ke tandas wanita, kita yang ingin membuang hajat, inginkan suasana bersih.  Tapi, apa anda rasa bila masuk, darah haid penuh di atas pelapik mangkuk tandas?  

Ada pula yang menitis di lantai?  Kenapa tidak dibersihkan?  

Saya geram, apabila banyak kali saya terjumpa dengan keadaan mangkuk tandas, lantai tandas dan tempat buang sampah serta buang tuala wanita yang kotor dan bertompok-tompok darah.

Selain jijik, tak segan ke kita dengan keadaan yang sebegini? Apa kata apabila kedatangan haid, pastikan diri kita juga bersih.  Ke mana saja kita pergi pun bersih.  

Bila nak menukar tuala wanita, apa kata bersihkan dulu.  Orang dulu-dulu pesan, wanita mesti cucikan pelapik / tuala wanita bersih baru dibuang.

Caranya?  Sebelum dibuang ke dalam tong tuala wanita, apa kata bersihkan dengan air, (takkan nak rasa jijik, lagipun darah sendiri)...

Basuhlah tuala wanita itu hingga tiada lagi darah pada air yang mengalir pada tuala wanita.  Dah bersih, ambil kertas suratkhabar atau tisu, balut elok-elok dan barulah dibuang.

Mudahkan?  Selepas buang hajat, dah bersihkan diri tu, sebelum keluar tandas, pastikan tiada titisan darah di mangkuk tandas, tiada juga di lantai, bersih.

Pili air jangan biar jatuh di lantai, sangkut elok-elok.

Orang dulu-dulu amat menjaga kehormatan diri.  Ia adalah rahsia penting wanita dan amat memalukan apabila rahsia diri yang pengotor terdedah.

Banyak tempat yang saya pergi, bila masuk tandas, aduh amat memalukan.

Bagi kita yang berbangsa Melayu Islam, tolonglah beritahu kepada anak-anak perempuan supaya bersihkan diri dan juga perbuatan apabila datang haid.

Cucilah tuala wanita itu dan buanglah dengan elok-elok.  Kalau seorang buat, lama-kelamaan ramai yang buat akan bersihlah.  

Tidaklah tandas itu menjadi makhluk lain bersarang dan tidaklah akan ada kisah seram.  Jin dan iblis wujud.  Fikirkan di manakah dan apakah makanan kegemaran mereka?  



AARON ANDERSON PAGE

Tuesday, November 26, 2013

KELEBIHAN AYAT 1000 DINAR


Dah banyak kali dah, dok nampak pos kelebihan ayat ni di muka buku.  

Apa kata cubalah buat, selain dapat pahala, dapat juga makbulkan apa yang kita hajati.

Allah dah bagi jalan, cuma kita je, nak atau tak nak.  

Permintaan kita dimakbulkan Allah dalam pelbagai bentuk, yakinlah.

Oh ya... kita kena minta sungguh-sungguh dan yakin.  

Bila yakin, akan dapatlah daripada Allah.  Sekurang-kurangnya hatipun tenang... 

Monday, November 25, 2013

MENADAH AIR MINERAL KAMPUNG SEMUNGKIS, HULU LANGAT, SELANGOR


Hari Sabtu baru-baru ni, teringin nak ke Ulu Yam, Selangor nak ambil air mineral.  Tapi, perasaan jadi tak tenteram disebabkan peristiwa wanita ditetak di mesin ATM berleluasa di muka buku.

Alahai meremang bulu roma.  Dahlah dirompak, dicederakan pula.
 Jadi, saya meneruskan hasrat hati ke Kampung Semungkis, Hulu Langat.  Air di sini, ramai penduduk kampung mengambilnya.  

 Di sini, tak payahlah nak berebut tempat, kosong sentiasa.  Oklah tu daripada pergi ke Ulu Yam, ramai dah menunggu walaupun keluar lepas solat subuh, siap tunggu lepas azanpun, sampai je di situ dah ada orang menunggu... alahai.



 Kenapa saya minum air ini?  Sebabnya, di rumah saya air paip agak kurang sikit.. nak kata kebersihan, tak tahulah, walaupun bertapis, tapi, saya rasa tak selesa. 

Saya biarkan air paip di rumah dalam 2 minggu, nak tahu apa berlaku?  Biarpun jernih, tetapi, agak berlendir.  Hmm, tak sanggup saya.

Mesti ada yang kata air ni pun tak bersih, tapi, sekurang-kurangnya rasanya tak ada klorin dan setakat ini tak ada orang kampung yang sakitpun.  

Kalau di Ulu Yam pula, ada hamba Allah yang selalu menukar paip dan membersihkan kawasan di situ.

Di sini pula, orang tak buat...

 Ini, kira kali ke 3 saya mengambil air di sini, banyak botol la juga.. saya bukan guna untuk minum je, tapi untuk masakpun guna air ni..


Oh ya, air di Ulu Yam tu, airnya ada lumut juga bila melebihi 3 bulan dan ada yang berkelodak juga.  Tapi, oklah saya minum  juga.  Alhamdulillah setakat ni tak memudaratkan...


Saya pernah berbual dengan orang kampung yang mengambil air di sini.  Dia kata setakat ni dah beberapa tahun keluarganya minum air di sini.  Rasanya ada manis sikitlah.. bukan manis bergula... tapi, rasa sendirilah air mata air kalau nak tahu... air perigipun ok kot.


 Di bawah ni, ada beberapa keping gambar yang saya ambil, jika nak ke sanalah...ye..

Kawasan ni sunyi juga, sekali sekala adalah kenderaan lalu... segan tu adalah bila sampai kat kawasan saya mengambil kereta asyik mandang kita je... 


Cantikkan? Kawasan di sini tenang, hanya dengar air sungai mengalir deras... bunyi kicauan burung dan sekali sekala angin menderu.


Alhamdulillah, masa mengambil air sorang di sini, tak pula rasa takut ke apa... 



Tak tahu pula di atas ni mendatar atau ada tumbuhan atau tanah kosong.


 Yang ni pula ada orang tak ambil lagi air tadahannya... Agaknya berat sangat ataupun dah penuh kereta kot.



Nak tunggu tong 10 liter penuh, kena bersabar... 



Saya ni pula kalau berkenaan dengan alam semulajadi, serah je pada saya.. tahulah saya sesuaikan diri dan melayan perasaan... 

Fikiran saya akan menerawang ke zaman dulu.. bagaimana orang-orang zaman dahulu hidup, macamana mereka mencari rezeki, bersilaturrahim dan sebagainyalah... menarik.




Penat menunggu hilang, bila tengok air mengalir ke dalam botol ni dan juga bunyi air mengalir dalam botol ni.. nyaman



Sunday, November 24, 2013

RESEPI : PUDING JAGUNG SENANG DAN SEDAP

baru letak atas api sederhana

Assalammualaikum,

Teringat semasa belajar di sekolah menengah, ada kawan buat puding jagung.. sedap.  Sayapun minta resepi, tapi, dia kedekut, tak bagi resepi penuh.  

bila dah panas adunan dah nak pekat sikit
 Dia cuma beritahu, tepung kastad, susu dan jagung..dan gula. tu je... dia kata senang je.. tapi, dia tak bagitau kena letak air juga... bila saya bagitau tak jadi, dia kata, eh senang je... takkan tak jadi.. lama-lama sayapun dah malas nak ambil tahu.. dah fobia nak buat puding heheheh.

 Tadi, pergi ke speedmart, niat nak beli biji bijan nak buat sos makan dengan stimbot... tapi, alih-alih saya bawa balik jagung dan planta la pulak, plus aiskrim... hampeh la..










Saya google je... saya baca semua dan saya tambah satu dua bahan jer... google yang ni katanya sedap.. 



Bahan-bahan  :

1 cawan tepung kastard - tambah la 2 atau 3 sudu makan tepung ni lagi... untuk dapat adunan yang cantik ye
3/4 cawan gula pasir @ ikut cita rasa sendiri
3 cawan air
1 tin susu cair 
1 tin jagung krim
secubit dua  garam
1 sudu makan mentega (nak bagi nampak berkilat cantik)

Cara :

1. masukkan semua bahan ke dalam periuk, kacau perlahan-lahan...
2. kacau sampai mendidih - biar la lama sikit, biar masak betul - sentiasa kacau ye dan perlahankan api, bila adunan dah mula pekat... kacau lagi...(sambil-sambil tu rasala, gula ok tak, masin ok tak.. tapi, garam tu bubuh sikit-sikit dulu supaya sesuai dengan rasa sendiri)
3.  dah siap masak... masukkan dalam bekas... biar sejuk kat suhu bilik baru masukkan dalam peti ais.. sedap dimakan ketika sejuk


Komen : bila makan sejuk, sedapppp




MISTERI : ANJING BERKUMPUL KALA MALAM JUMAAT


Assalammualaikum,


Semasa belajar dulu di UiTM Shah Alam, banyak juga la kejadian pelik berlaku, walaupun saya tidaklah berjumpa dengan makhluk bukan sedunia dengan kita terang-terangan.

Kisah yang ingin saya kongsikan ini berlaku apabila kami akan menghadapi peperiksaan akhir semester.

Saya tak ingat semester berapa.  

Saya menginap di Kolej K5 yang pintu depannya masa tu mengadap kawasan hutan kecil.  Hairan juga saya tak pernah nak ambil tahu ada apa di sebalik pagar kolej.

Ok, setiap malam Jumaat, mesti ada beberapa ekor anjing berkeliaran.  Pelik la juga, kenapa malam-malam lain dia tak datang.

Di belakang kolej pula, ada kaki lima berbumbung yang menghubungkan kolej K5 dengan kolej-kolej lain dan juga kolej S. 

Di sebelah kiri kolej pula ada makmal menyimpan barangan, tak tahu pula barangan spesifiknya... tetapi ada la nampak kerusi meja patah atau rosak.  

Bertentangan dengan makmal tu pula ada gelanggang badminton... jarang kami menggunakannya.. malas kot.

Oh ya kolej saya dulu dekat sangat dengan tempat makan pelajar... dinamakan K Inn.  Ha sesiapa yang pernah belajar di situ mesti tahu... zaman awal 90an...

Satu malam tu, saya rasa rimas, panas, gelisah.. tak tahu pasal apa.  Mungkin peperiksaan nak dekat, saya gementar kot, banyak yang nak kena ingat dan masa yang sama tugasan perlu diselesaikan.

Tiba-tiba terdengar bunyi anjing menyalak... saya buat tak kisah sebab ia perkara biasa bagi saya... makin lama makin banyak.  Saya tak kisah juga.

Masa tu cuma saya dan 2,3 orang kawan je yang tak tidur lagi.  Saya ni bukan kaki belajar sangat... tapi lepak tu adalah.

Entah macamana tiba-tiba anjing yang menyalak tu, bertukar melolong.. alamak... bulu roma dah meremang... 

Saya bukak tingkap.. saya intai.. dan nampak sekumpulan anjing membuat bulatan di gelanggan badminton.  Yang anehnya, ada seekor tu melolong di tengah-tengah.  Manakala anjing yang lain pula melihat saja anjing yang tengah tu melolong.

Oh ya, mereka membentuk bulatan, cantik, bulat betul, padahal anjing jer...yang sekor tu dok kat tengah bulatan... amacam?

Anjing yang di tengah tu melolong sambil memandang ke arah bulan.  Lupa pula waktu tu bulan penuh ke tidak.  Saya ni suka tengok bintang dan bulan waktu malam... jadi, tak pelik sangat.

Dalam pada itu, sempat lagi saya mengira berapa ekor... Kira punya kira.. dalam 9 atau 11 ekor tak ingat,tapi angka ganjil.  

Saya masih tak percaya apa yang saya lihat... jadi, saya pun memanggil teman sedorm saya untuk melihat di luar sambil bertanyakan beberapa soalan..

Dia pun mengintai dari tempat saya berdiri... terus dia terdiam.. dan sempat juga menjawab soalan saya.. Alah, soalan saya tu, saya tanya, betul ke anjing ada 9 atau  11 ekor tu dan buat bulatan,  di tengah-tengah ada seekor yang memandang ke bulan sambil melolong?  Dia mengiakan...sampai sekarang saya pelik kenapa berlaku pada malam jumaat je?

Apa lagi dia terus tutup tingkap dan menuju ke katil.  Di luar pula anjing-anjing tu bertambah rancak melolong.. alahai, meremang la pulak bulu roma saya... terus saya menuju ke katil dan.. apa lagi.. tidur le.. lampu pun tak tutup... takut... 

Oh ya, kejadian tu saya buat tak kisah sangatlah biarpun.. perasaan seram ada... tapi betul juga, kalau kita buat tak kisah... perkara tu taklah mengganggu kita sangat...

Ada lagi beberapa kisah yang berlaku...semasa di K5.. nanti saya sambung lagi yer... 


keropok lekor Batu Rakit, Terengganu,sedap



Assalammualaikum,

La, belek punya belek, dua ni je snap gambar gerai keropok lekor kat Batu Rakit?  Kenapa saya tak ambil lebih dekat?  Oh... malu la masa tu... orang sibuk membeli, takkan saya sibuk mengambil gambar?

Selalunya kalau orang ke Terengganu nak merasa keropok lekor, mesti ke Losongkan?  

Masa tu saya dalam perjalanan pulang daripada tugasan di Pulau Redang dan Batu Rakit.  Alhamdulillah, YB Bazlan Abdul Rahman bermurah hati belanja kami keropok lekor.  

Gerai ni, kira-kira tak sampai 5 minit perjalanan dari pejabat YB.  Maafla, saya terlupa pula nama kampungnya... tapi, tanya je la, Batu Rakit, semua orang akan beritahu...heheheh

Biasalah, krew saya yang lain nak beli lebih, jadi, kamipun ke gerai keropok lekor ni.  Mujur tak ramai orang.  Menarik la juga...(saya ni kalau nak membeli-belah mesti suka masa orang tak ramai).  Kira peluang yang menariklah ni.

Saya beli agak banyak jugalah, konon nak bagi kat abang-abang saya dan kawan-kawan ofis.  Tapi, bila sampai di ofis, saya bagilah kat sesiapa yang saya kenal untuk merasa sorang sedikit.

Ok, berbalik kepada keropok lekor ni.  Rasanya sedap.  Makan yang direbus begitu sajapun sedap dan yang digorengpun sedap.

Jadi, moralnya, bila ke mana-mana, 'adventure' la sikit.  Cuba rasa makanan tempatan dan juga jangan dok 'stick' kat one item only... 






Saturday, November 23, 2013

Fadhilat Al-Fatihah - dibaca lepas setiap solat fardhu

taken from wowmp3.net - thank you
Assalammualaikum,

2 tahun lepas saya ada pergi belajar mengaji, kursus haji dan quran di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail.

Lepas belajar bab haji, kami yang nak memperbetulkan sebutan, makhraj.. tajwid al quran, terus sambung kelas di situ juga..

Walaupun kita pernah belajar dulu, tapi, eloklah kita menambah ilmu lagi dengan belajar... tak rugi, malah lagi betul.

Alhamdulillah, sekarang ni bila baca quran.. lebih berhati-hati, dulu tak fikir sangat... walaupun tahu hal tajwid dan sebagainya...

Oh ya... guru quran tu pesan pada saya... setiap lepas solat fardhu, elok diamalkan baca al-Fatihah 7x setiap waktu.  Fadhilatnya, ia boleh menambah rezeki, kesihatan, bertambah iman, beri kelapangan, ada masalah, selesai atau diberi ganti dengan yang lebih baik...apa yang kita hajatkan insyaallah Allah akan makbulkan.

Sejak saya amalkan, alhamdulillah, rasa lapang dada, setiap kerja yang saya lakukan walaupun sukar, dipermudahkan... rezekipun, alhamdulillah, dipermudahkan dengan cara Allah.

Percaya tak, tahun lepas saya bekerja di tempat baru, tetapi gaji tidak diberi tepat pada waktu... malah dah berbulan-bulan gaji tak diberi oleh majikan, apatah lagi potongan EPF.  

Tapi, saya tak risau, rumah pula dah habis bayar dan rumah yang lagi satu selesai urusan dengan mudah, biarpun pegawai yang uruskan kata, susah juga bank nak luluskan pinjaman saya.

Alhamdulillah...

Hinggakan gaji berbulan-bulan tak masuk, tapi, kawan-kawan saya yang mengalami nasib yang sama ingat saya ni banyak duit, padahal sayapun macam mereka.

Yang paling buat saya ingat sampai sekarang, kawan saya ni ada dapat kerja buat skrip, maklumlah dia ramai kawan di stesen tv berbayar.  

Saya ajukan hasrat, kalau ada kerja begitu lagi, berilah pada saya, sayapun perlukan duit untuk kelangsungan hidup, boleh buat skrip dan juga terjemahan...

Biasalah sampai sekarang dia senyap.  Padahal, dulu saya kawan baik dia..

Dan buat saya 'terdiam' dia berikan kerja pada kawan saya yang lain dan tak ada kena mengena langsung dengan bidang penyiaran... tak apalah tak ada rezeki nampaknya... detik hati saya.

Tapi, benarlah, buat apa kita minta pada manusia, sedangkan Allah tu Pencipta kita? Allah lagi dekat dengan kita.   Memang benar, selama dalam keadaan terdesak itulah Allah yang beri rezeki untuk saya.

Sukar saya nak nyatakan di sini bagaimana rezeki tu datang... alhamdulillah... 

Al fatihah ini boleh dibaca 20 kali juga selepas setiap solat.  Oh ya... lepas kita bedoa tu, kita nak sambung kerja ke apa ke, baca je al fatihah ni, sampai genap angka yang diinginkan...

Tak semestinya masa kita masih di sejadah lagi...

Yakin dan mintalah pada Allah... ye...