Monday, November 25, 2013

MENADAH AIR MINERAL KAMPUNG SEMUNGKIS, HULU LANGAT, SELANGOR


Hari Sabtu baru-baru ni, teringin nak ke Ulu Yam, Selangor nak ambil air mineral.  Tapi, perasaan jadi tak tenteram disebabkan peristiwa wanita ditetak di mesin ATM berleluasa di muka buku.

Alahai meremang bulu roma.  Dahlah dirompak, dicederakan pula.
 Jadi, saya meneruskan hasrat hati ke Kampung Semungkis, Hulu Langat.  Air di sini, ramai penduduk kampung mengambilnya.  

 Di sini, tak payahlah nak berebut tempat, kosong sentiasa.  Oklah tu daripada pergi ke Ulu Yam, ramai dah menunggu walaupun keluar lepas solat subuh, siap tunggu lepas azanpun, sampai je di situ dah ada orang menunggu... alahai.



 Kenapa saya minum air ini?  Sebabnya, di rumah saya air paip agak kurang sikit.. nak kata kebersihan, tak tahulah, walaupun bertapis, tapi, saya rasa tak selesa. 

Saya biarkan air paip di rumah dalam 2 minggu, nak tahu apa berlaku?  Biarpun jernih, tetapi, agak berlendir.  Hmm, tak sanggup saya.

Mesti ada yang kata air ni pun tak bersih, tapi, sekurang-kurangnya rasanya tak ada klorin dan setakat ini tak ada orang kampung yang sakitpun.  

Kalau di Ulu Yam pula, ada hamba Allah yang selalu menukar paip dan membersihkan kawasan di situ.

Di sini pula, orang tak buat...

 Ini, kira kali ke 3 saya mengambil air di sini, banyak botol la juga.. saya bukan guna untuk minum je, tapi untuk masakpun guna air ni..


Oh ya, air di Ulu Yam tu, airnya ada lumut juga bila melebihi 3 bulan dan ada yang berkelodak juga.  Tapi, oklah saya minum  juga.  Alhamdulillah setakat ni tak memudaratkan...


Saya pernah berbual dengan orang kampung yang mengambil air di sini.  Dia kata setakat ni dah beberapa tahun keluarganya minum air di sini.  Rasanya ada manis sikitlah.. bukan manis bergula... tapi, rasa sendirilah air mata air kalau nak tahu... air perigipun ok kot.


 Di bawah ni, ada beberapa keping gambar yang saya ambil, jika nak ke sanalah...ye..

Kawasan ni sunyi juga, sekali sekala adalah kenderaan lalu... segan tu adalah bila sampai kat kawasan saya mengambil kereta asyik mandang kita je... 


Cantikkan? Kawasan di sini tenang, hanya dengar air sungai mengalir deras... bunyi kicauan burung dan sekali sekala angin menderu.


Alhamdulillah, masa mengambil air sorang di sini, tak pula rasa takut ke apa... 



Tak tahu pula di atas ni mendatar atau ada tumbuhan atau tanah kosong.


 Yang ni pula ada orang tak ambil lagi air tadahannya... Agaknya berat sangat ataupun dah penuh kereta kot.



Nak tunggu tong 10 liter penuh, kena bersabar... 



Saya ni pula kalau berkenaan dengan alam semulajadi, serah je pada saya.. tahulah saya sesuaikan diri dan melayan perasaan... 

Fikiran saya akan menerawang ke zaman dulu.. bagaimana orang-orang zaman dahulu hidup, macamana mereka mencari rezeki, bersilaturrahim dan sebagainyalah... menarik.




Penat menunggu hilang, bila tengok air mengalir ke dalam botol ni dan juga bunyi air mengalir dalam botol ni.. nyaman



No comments:

Post a Comment