Monday, January 27, 2014

ZAMAN MEWAH DENGAN MAKANAN, RAKYAT SYRIA MATI KEBULURAN… WAJARKAH?



SUMBER FOTO : IKRAM FB
TAK TERGAMAK SAYA MELIHAT KEADAAN INI

Bila lapar, kita masih terfikir-fikir nak makan apa, di mana, apa  yang sedap?  Tapi, pernah terfikirkah kita, di negara yang sedang bergolak, mereka sedikitpun tidak sempat nak berfikir… pasal makanan.

Di fb, ramai yang sibuk 'upload', ni je 'lunch' untuk hari ini.  Dengan ayam masak merahnya, dengan sayur masak lemaknya, dengan ikan bakarnya, dengan sambalnya, dengan macam-macam lagi.  Masak itu ini atas permintaan En. Somi. ugghhh.. makan cuma berdua, tapi dihidang macam nak makan 6-7 orang.


SUMBER FOTO : IKRAM FB
 Saya tersentuh melihat penderitaan yang melanda rakyat Syria.  Kebuluran.  Perkara yang tidak terlintas akan melanda negara ini.  Kenapa ia berlaku?  Di mana pembela hak kemanusiaan?






SUMBER FOTO : IKRAM FB


Saya pernah ke Kota Kuala Muda Kedah, semasa tsunami.  Kami pergi ke kawasan rumah yang terkena bahana tsunami.  Mengagihkan makanan dan keperluan asas lain.

Bila dikenang kembali, ada salah seorang sukarelawan tiba-tiba emo, sebab marahkan kita tak sediakan makanan yang 'logik' akal untuk diberi kepada mangsa.

Ya saya masih ingat, kami beli sardin dalam tin, beras, susu, teh, gula, kopi, milo, serta makanan kering lainnya.  Selain daripada tuala wanita, telekung, lampin pakai buang bayi.

"Tau tak mereka dah bosan nak makan ikan kering, sardin… bla bla bla...  Mereka nak juga makan ayam, daging bagai."

Saya terdiam.  Bukan rasa kasihan kepada mangsa tsunami.  Tapi, rasa betapa egonya manusia.  Dalam keadaan 'darurat' kecil inipun masih lagi merungut bila nikmat hadir.  

Mana kami nak cari daging, ayam mentah semua?  Kalau dapatpun, bila hantar ke rumah mereka tentu dah berbau bahan mentah semua tu.  

Lagipun ia hanya untuk bantuan sementara, sehingga keadaan pulih semula.



SUMBER FOTO : IKRAM FB


Saya agak kesal dengan rungutan beberapa orang yang tidak bersyukur.  Bukanlah saya nak kata hebat sangat pemberian kami.  Sekurang-kurangnya ada juga makanan untuk lapik perut sementara.

Saya tengok mereka dapat beras berkampit-kampit, minyak masak dan sebagainya sampai boleh buka kedai runcitlah kalau diingat semula.

Nikmat syukur atas bantuan yang diberi Allah dipandang rendah pula.  Adakah nikmat yang banyak yang Allah turunkan menjadikan hati manusia semakin keras?

Ye lah kejadian tsunami di negara kita tidak dijangka. Tiada persediaan untuk bencana besar memandangkan selama ini negara kita aman.  

Saya sedih sangat melihat gambar-gambar di Syria.  Kebuluran menjadi biasa kini.  Banyak negara membazir makanan… tetapi, di Syria pemerintah zalim berkuasa dan sewenang-wenangnya membunuh rakyatnya sendiri.  

Ramai yang mati akibat kebuluran, malah ada yang tak ingat bila kali terakhir dia dapat makan.

Kita pula sibuk .. ah tak sedaplah, makan itu ini.  Padahal kalau orang yang hidup di paras kemiskinan di negara kita, ia adalah nikmat.

Saya masih ingat, masa kecil-kecil dulu, ikan masin, telur goreng dimakan dengan kicap dan nasi panas, memang sedap.  Tak pernah pula merungut.  Walaupun lauk lain yang sedap ada, itu juga kadang kala kita rasa nak makan.

Tetapi, di dalam program membantu mereka yang memerlukan, ia seolah-olah terlalu daif bila ditunjukkan makan nasi, kicap dan telur goreng.


Apa yang terlintas di benak kita apabila seorang remaja terpaksa makan kotak untuk mengalas perutnya?  Apa rasa naluri kemanusiaan kita apabila di sini kita mewah dengan pelbagai makanan dan masih lagi mencemuh dengan rezeki yang ada itu.  Di Syria pula mereka terpaksa makan kaktus bagi mengalas perut.  Ia sepatutnya tidak berlaku.  

Ya Allah, aku bermohon kepadaMu, Kau selamatkanlah rakyat Syria yang menderita.  Kau bantulah saudaraku di Palestin, Lubnan, Mesir, Libya, Iraq daripada dizalimi secara kejam oleh musuh agamaMu.




No comments:

Post a Comment