Di sini saya nak kongsikan bersama mengenai keajaiban selawat. Memang banyak fadhilatnya...
Oh ya, selawat ada banyak, pilihlah yang mana nak...jangan kita jadikan alasan, panjangnya...susahnya nak hafal...padahal, Allah banyak memudahkan kita untuk mendapat pahala...
Saya ambil ni dari facebook Darulsyifa... insyaallah segala yang baik datang dari Allah...
Jom...
30 KEAJAIBAN SELAWAT...
1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku
sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR
Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari,
insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada
air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat
5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya
Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah
untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari,
dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau
sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti
yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm
dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat,
Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana
Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang
lain.
12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan
fikiran.
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya
setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha
mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin
keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita
menghadapi kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai
solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang
bencana.
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap
hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya
fitnah.
17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu
membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan
mendapat keampunan daripadaNya.
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin,
akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang
melalaikan.
19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang
akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan
Allah.
20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat
berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi
SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali
tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2
kecil seseorang.
23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari,
Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,
termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas
rahmatnya.
25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban
hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan
wabak penyakit berbahaya yang lain.
26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu
menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya
dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai
solat Maghrib.
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang
baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan
usaha yang berterusan.
29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku
sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan
keadaan bercahaya - HR Abu Naim.
30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali
pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh
syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani
emphasizes the transformative power of selawat (praising the Prophet). It's a practice that radiates positivity, inner peace, and blessings. What Chatting Threats Consistently invoking selawat not only fosters a spiritual connection but also amplifies acts of kindness, infusing daily life with a sense of grace and beauty.
ReplyDelete