ni bahagian dalam |
Siang-siang pun kalau setakat motor mesti dengar punya. Saya rasa depa ni jenis tak mau ambik tau. Nanti banyak hal pula. Tak kena kat depa, depa tak rasa la... kalau dah kena?
Bukan nak tuduh, tapi, musykil la... hal jiran-jiran. Ingat ka kat bandar besar jiran tak ambik tau, rupanya kat kampung pun ADO...
Alhamdulillah, selalu saya berdoa Allah pelihara keselamatan diri mak dan harta benda mak di kampung dipelihara Allah.
Betullah, kita minta pada Allah terus. Allah yang akan uruskan semua tu.
Mujur kawaq tu masuk, depa tak dapat ambik apa-apa. Kecuali syiling lama kot. Pintu dapur dua dua dah terbuka, agaknya depa cari kunci pedal ayam tu tak jumpa, jadi depa tak dapat la nak ambik barang-barang besar.
Yang mak dok sibuk sayang periuk dia, gerampun ada, kita dok risau pasal keselamatan dia, dia dok risau takut kawaq ambik periuk belanga dia... hissh...
Itulah, mak ni bila orang pasang lampu di keliling rumah malam-malam dia dok sibuk nak jimat. Memang bila malam, rumah mak tu gelap gelita kalau tak dipasang lampu.
Alhamdulillah, masa kejadian tu, mak tak dak di rumah. Tapi, kami semua dah risau... sebab mak tinggal sorang-sorang.
Sebenarnya, kami tak bagitau kejadian pecah masuk kat mak, takut risau. Sehari sebelum balik, abang saya dah proses rumah dengan lipat kain baju balik, simpan elok-elok.
Tapi, hari kedua mak dah perasan siling rumah lain..je. Saya buat tak tau... Bila abang mai...ha... saya suruh dia uruskan soal jawab dengan mak.
Abang kata dia buat repot polis, bayangkan dari pukul 5 petang sampai 8.30 tak mai-mai. Dah la dia ada kerja lain.
Tapi, depa ada telefon selepas tu nak mai rumah. Abang kata tak payah la, dia nak buat repot je. Tak payah tengok la apa yang hilang, sebab lambat sangat.
Itulah mungkin polis tu semua kes banyak kot, jadi, depa kena uruskan kes penting dulu...
Moral cerita, kita minta perlindungan daripada Allah banyak-banyak. Hanya Allah saja yang dapat pelihara keselamatan diri dan harta benda kita.
Ya, Allah kau peliharalah keselamatan diri ibu ku dan juga harta benda di kampung... Amin.
No comments:
Post a Comment