Saturday, January 24, 2015
KEDEKUT KE ATAU TAK TAHU ADAB?
sejak kecil lagi, saya telah diajar supaya murah hati. berilah semampu yang kita boleh.
jika ada orang bertandang, paling tak ada apa pun, sekurang-kurangnya air teh atau kopi kosong dijamu kepada tetamu yang datang.
pengalaman saya ke rumah bekas rakan sepejabat membuka mata saya... la orang macam ni pun ada.
saya selalu dijemput ke rumahnya untuk bersembang. selalunya dalam 2,3 jam akan menemaninya. tapi, yang pelik... sekalipun dia tak pernah menjamu saya waima secawan air kosong.
pernah beberapa kali dia makan dan minum tanpa menjemput saya. dalam hati...(la sanggup dia buat dek je... makan depan tamu buat tak tahu je)
oh ya cuma sekali je dia jemput saya makan sebungkus nasi lemak, itupun dia share beli dengan kawan lain yang tinggal di blok yang sama dengannya. kami berdua selalu dijemput untuk bertandang ke rumahnya. yang nasi lemak tu pun sebab dia dan kawan saya lagi seorang tu kesian kat pakcik tu... nasi lemak rm1.50 yang ada ikan bilis 2,3 ekor je...sambal dan bawang besar banyaklah.
ada sekali saya dijemput lagi untuk ke rumahnya, jadi, saya pun belilah 2 jenis aiskrim untuk kami bertiga, kawan saya yang sorang lagi lambat datang. saya pesan, nanti bagilah kat A, ni aku beli untuk kita bertiga.
bila kawan saya dah sampai... dah dekat setengah jam, dia buat dek je. saya pun cakaplah kat dia.. eh W, bagilah aiskrim tadi kat A. tu aku beli sorang 2, tapi, dia keluarkan 1 je. hmmm
then ada sekali dia ajak saya ke rumahnya... dia kata baru balik kenduri rumah mak sedara dia... dia ajak datang pukul 3, tapi saya dekat pukul 4 baru sampai...
sampai je di rumahnya, saya nampak ada 2 bungkus makanan dan setiap satu bungkus ada 3 bekas polistren...
dia ajak saya menonton sampai malam.. ada AF ke atau Maharaja Lawak... tak ingat pulak. congak-congak kira pukul 11 lebih baru habis.
bayangkan dari pukul 4 petang sampai pukul 7 malam tak ada pun dijamu air. (sebenarnya saya dijemput pun sebab lebih kepada mendengar kisah peribadinya - pendengar )
tiba-tiba dia ke dapur tapi saya tak pandanglah apa dia buat tapi saya dengarlah dia bukak plastik bekas makanan.
kemudian dia masuk bilik dan saya mendengar dia mengunyah keropok kentang yang saya lihat dia ada atas meja makan.
masa saya mendengar dia mengunyak keropok di biliknya... saya boleh tersenyum sebab saya pun nak menduga samada dia menghargai tetamu.
setelah 15 minit, tiba-tiba dia mengajak saya turun sebab dia nak beli air... (dalam makna dia bagi petunjuk suruh saya balik) padahal dia yang ajak saya temankan dia... ye la dah puas dia mencurah rasa sedih dia.. saya mendengar dan beri pendapat mana yang patut...
sebab apa saya kata dia suruh saya balik dengan terhormat. 1. dia yang ajak saya supaya menonton tv sampai tengah malam. 2. dia bertanya saya pada pukul 7 lebih... eh kau nak balik pukul berapa? kalau kau nak balik jomlah, aku nak turun.
wah dihalau cara hormat. bila dalam susah sedih dia minta kita datang juga juga katanya ada hal penting.
kesian saya dengannya sebab mungkin dia tidak diajar melayan tetamu...
tak apa lain kali saya pergi saya akan bawa air bungkus dan makanan bungkus untuk kami.
Wednesday, January 7, 2015
CIMB - TAK MESRA PELANGGAN
HARI NI DAPAT PANGGILAN DARIPADA CIMB ISLAMIC, BERKENAAN ANSURAN RUMAH. SELALU SAYA BAYAR SEBELUM 1 HB SETIAP BULAN ATAUPUN 1 HARIBULAN.
ALAMAK... YANG MENGGETARKAN (PERASAAN GERAM LA). SAYA TANYA BERAPA KENA BAYAR? (DALAM KEPALA DOK CONGAK 2,3 RIBU LA... TAPI MUSYKIL JUGAK SEBAB SAYA SELALU BAYAR SEBOLEH-BOLEHNYA ON TIME, CUMA KALI NI SAYA TERLEPAS PANDANG SEBAB BANYAK URUSAN) TAPI SAYA TAK LAH CULAS BAYAR. PEGAWAI TU MEMAKLUMKAN SEBANYAK RM500... HUH...TERUS SAYA CAKAP... LAA INGAT KE BERIBU-RIBU...
TERUS DIA TANYA, BILA NAK BAYAR .. SAYA CAKAP OK.. NANTI SAYA BAYAR...
EH DIA SIAP CAKAP KALAU BOLEH HARI INI ATAU MINGGU INI.
SAYA JAWAB, MINGGU NI LAH KOT...
LA.. DIA CAKAP LAGI, KALAU MINGGU NI BILA? HARI APA?
AMBOI, INI SUDAH LEBIH... SAYA CAKAP .. SAYA BALIK OUT STASTION NANTI SAYA BOLEH LA MASUKKAN...
EH.. LAGI DIA CURAH MINYAK... DIA TANYA LAGI... SAYA OUT STATION DI MANA?
SAYA CAKAP NAK TAHU KE SPESIFIKNYA?
DIA CAKAP YE... NAK TAHU SPESIFIK DI MANA EXACTLY...
WAH.. CIMB... KITA BERURUSAN DENGAN PUBLIC BANK LAGI BAIK LA... PERNAH TERLEWAT BAYAR 2 BULAN.. OK JE PEGAWAI DIA CALL INGATKAN... TU PUN SEBAB URUSAN KERJA YANG MASA TU TEAM SAYA 3 ORANG.. DAN KENA SIAPKAN PROGRAM WEEKLY. TAK MENANG TANGAN.
INI CIMB.. SIAPA URUS? OHH PATUTLAH... (HATI BENGKAK ) SEBAB KITA SELALU BAYAR ELOK JE. CUMA BULAN NI KELAM KABUT SEBAB BANYAK URUSAN
MASA BAYOR LEBIH TAK PULAK CIMB KOMPLEN
MASA BAYAR AWAL PUN TAK SUDI CIMB KOMPLEN KAT SAYA
NI MASA TERLEWAT BAYAR DAN JUMLAHNYA PUN TAK BANYAK SANGAT SIAP CAKAP AGAK KURANG SUMBER MANUSIA? HAHAHAH.. HAMPEH CIMB
TERUK BEBENOR CIMB... MULAI HARI INI SAYA ISTIHAR SAYA TAK AKAN LAGI BERURUSAN APA-APA LAGI DENGAN CIMB... KECUALI ANSURAN RUMAH INI JE SAYA AKAN SETTLEKAN SECEPAT MUNGKIN... MAKSUDNYA ADA JE RM... HABIS KAN CEPAT2...
EH TAK NDAK LA SAYA NAK BERURUSAN UNTUK URUSAN LAIN LAGI... NI YANG BUKAK PUN SEBAB SYARIKAT SAYA BEKERJA DULU TU SURUH BUKAK KAT CIMB KONON SEBAB NAK TOLONG BANGSA SENDIRI YE LE.. DENGAN BANGSA SENDIR BUAT CAMNI... HMMM HAMPEH LA...
OK... NAK LANGSAIKAN CEPAT2 DAN NAK TUTUP AKAUN CEPAT-CEPAT.
BYE BYE CIMB... THIS IS MY LAST RESPECT FOR YOU...
TAK SABAR NAK TUTUP AKAUN
Monday, April 7, 2014
SARAPAN : TELUR DADAR SELERI
Assalammualaikum,
Dah sarapan? Hari ni nak makan lain, tapi, diet punya pasal, saya buatlah dadar batang seleri. Tak pernah dibuat saya sebelum nih. Wah…sedap juga. Mungkin saya lapar kot
Bahan-bahan :
1. 2 biji telur ayam
2. 3-4 inci batang seleri - dihiris
3. secubit garam
4. minyak zaitun untuk menggoreng telur
5. mayonis paling rendah karbo - kewpie
Cara masak :
1. pecahkan telur, masukkan seleri dan garam, pukul sekejap je
2. panaskan minyak dalam kuali dan masukkan telur tadi bila dah keras takde lagi meleleh kat bawah, baru alihkan ye
3. bila dah masak, angkat letak mayonis, hidang dan makan..
yummy - jangan lupa minum air kosong banyak…banyak..banyak… bagus pe, sebab bila kita buang air, toksin pun ikut sama….
Sunday, April 6, 2014
MENU DIET ATKINS
Hari ni hari ke 5. Dah relaks dah. Tak terasa nak makan macam-macam. Tapi, agak terkantoi sikit sebab beli bahan tak perhati betul-betul. Beli herba campuran (mix herbs) rupanya ada perasa… ish, macam tu pun depa jual juga..
Dah termasak baru tau.
Tak pe, semalam berjaya habiskan air 4.5 liter.
Nanti kalau masak resepi atkins. Saya share lagi.
Berat asal 76kg. Dah turun 4 kilo. Wow… merapu betul diet atkins.
Jom jaga kesihatan… tapi, kalau nak mula, kena baca betul-betul. Rajin-rajinlah tanya Encik Gugel. Fahami apa yang tak boleh dan apa yang boleh ambik.
Senang je peraturan dia, tak boleh ambik carbo, untuk 2 minggu pertama dibenarkan 20gram karbohidarat je. Pantang manis.
Ambik sumber protein, sayuran hijau, air kosong. Yay
Saturday, April 5, 2014
DIET ATKINS : RESEPI SALMON LADA HITAM & HERBA CAMPURAN
Hari ini hari ke4 saya berdiet. Atkins diet. Tak boleh ambik carbo banyak, cuma 20g je sehari selama 2 minggu. Protein boleh ambik, terutamanya telur. Nak rebus ke goreng ke… boleh… sayur pula yang warna hijau je boleh ambik.
Sarapan tadi dengan 2 biji telur rebus, kecik je.. lepas tu lapar… tapi boleh tahan la…
harap-harap… saya mampu mengikut mereka yang berjaya turun berat dengan jayanya...
harap-harap… saya mampu mengikut mereka yang berjaya turun berat dengan jayanya...
BAHAN - BAHAN
1. 2 blok ikan salmon
2. 1 sudu besar, lada hitam ditumbuk kasar dalam
3. sedikit garam
4. 2 ulas bawang putih ditumbuk kasar ( bagi pecah 2-3 je)
5. sayur yaw mak tam (beli kat tesco, macam salad tapi saiz kecil, boleh dimakan mentah juga)
6. 2 sudu besarminyak zaitun
7. mayonis kewpie
8. herba campuran
cara
1. sapukan salmon dengan garam, herba campuran (mix herb) juga serbuk lada hitam - perap dalam 10 minit
2. panaskan 1 sudu besar minyak zaitun
3, masukkan 2 ulas bawang putih - dah kuning sikit
4. masukkan sayur, lada hitam, sedikit garam.. masak dalam 30 saat je
5. angkat
6. panaskan terus 1 sudu besar minyak zaitun
7. ikan tadi dimasak macam grill, bila isi & kulit nampak macam garing, alihlah - bila dah bertukar warna kelabu, alihkan sebelah lagi, hati-hati sebab mudah pecah.
8. dah siap, masukkanlah dalam pinggan, sedap dimakan panas aka suam...
Wednesday, March 26, 2014
DOA MERAWAT SAKIT PINGGANG
Dah beberapa lama saya mengalami sakit pinggang. Tak tahu sebabnya. Bagaikan ada beban di pinggang rasanya.
Alhamdulillah, terjumpa doa merawat sakit pinggang ini di fb. Mungkin elok saya mencubanya. Lagipun ayat al quran. Kalam Allah. Saya yakin.
Mudah-mudahan sakit akan hilang.
Sunday, March 23, 2014
PANDUAN SOLAT UNTUK PESAKIT
Biar apapun keadaan, di mana, bila, siapapun kita, solat telah pun diwajibkan ke atas kita untuk mengerjakannya.
Biarpun anggota tubuh kita tidak dapat bergerak, ia bukan alasan untuk kita tidak bersolat. Perkara pertama yang akan disoal di akhirat kelak, adalah solat kita.
Jom kita pelajari solat yang perlu dikerjakan dalam keadaan tertentu.
Eloklah kita beli buku dan bertanyakan ustaz atau mereka yang arif bagaimana untuk mengerjakan solat ketika sakit.
Jom kita tambah ilmu… adakanlah masa untuk kita belajar lebih mendalam lagi bagi menambah iman kita.
Kalau kita sibuk dengan tugas, keluarga,… maka kita tidak akan ada masa untuk mendalami ilmu agama…
Subscribe to:
Posts (Atom)




